Langkau ke kandungan utama

Doa Orang Teraniaya Itu Betul-betul Makbul, Kisah Benar Dari Penulis Blog Sendiri



Doa orang teraniaya itu betul-betul makbul, kisah benar dari penulis blog sendiri. Kisahnya memang benar-benar berlaku. Nyata. Realiti, tau.

Sha teringat mengenai kisah benar dua orang kawan Sha ni. Diorang tu sepasang suami isteri. Sorang tu kawan Sha, seorang lagi bos Sha. Okay, kita letak nama. Suaminya Din adalah kawan Sha. Isterinya, Kak Nor pula merupakan bos dan boleh kata kawan juga la, sebab jarak umur kami cuma setahun tapi kami boleh berborak macam kawan. Kebetulan kawan Sha, Aida juga kawan Kak Nor. Diorang sama batch. Aida juga kenal dengan si Din, juga sama batch. 

Kisahnya, pada Sha betul-betul buat Sha terkejut gila-gila. Tapi tu la, kan.. Allah itu ada. Dia Maha Melihat dan tidak pernah tidur. Bukan kawan Sha yang teraniaya tapi mereka yang menyaniaya orang lain. Terkejut Sha dengar macam tu. Ye la, kawan sendiri dan Sha pernah bekerja dengan mereka. Sha kenal mereka. Tak sangka mereka sanggup buat begitu.

Tapi, biasalah kan kalau orang yang berbisnes ni biasanya jenis cekal dan sampai hati sikit. Hati batu kata orang. Ya, mereka ada bisnes. Bisnes kedai gambar. Sha pernah bekerja secara part time di sana. Masa tu, masih dalam fasa baru nak berkembang. Sha keluar sebab dah habis study.

Sha tak putuskan hubungan di situ sahaja. Facebook, kan ada. Sha ikuti kehidupan bisnes mereka melalui facebook pula.  Mereka ada buka kedai sampai ke bandar besar. Dari sebuah kedai, dia ambil kedai sebelah pula. Maju. Sehinggakan ada signage sendiri yang terkenal. Kerabat Diraja juga menggunakan khidmat mereka. Sha turut bangga. Sha ucap tahniah di atas kejayaan mereka, dibalas dengan untaian kata, "kalau bukan Sha yang pernah tolong (kerja) dulu, kami takkan berada di tahap ini". Ya ALLAH, rendahnya diri mereka. Humble. Down to earth. Sha tersenyum bangga. Bukan bangga kerana jasa Sha diingati tapi bangga sebab kawan Sha berjaya. Doakan yang baik-baik sahaja.

Sha dapat kerja lain. Budak yang kerja dengan Sha, (dah lupa namanya) ada beritahu Sha satu cerita yang buat Sha rasa malu, sedih, tak patut, marah dan sebagainya. Budak ini kita namakan Ina. Ina cerita ramai yang Din dan Kak Nor tak bayar duit kerja. Mulanya Sha tak percaya juga. Tapi dikuatkan dengan seorang lagi pekerja lelaki, Syafiq. Dia pun tak dapat juga duit tu. Ina pun tak dapat. Syafiq pun tak dapat. Kawan-kawan diorang pun tak dibayar gaji juga.

Ya Allah, menzalimi orang lain..

Sha pening tak tahu macam mana nak cakap. Nak tegur, siapalah kita.. Orang dah berada di dalam kejayaan dan di atas puncak, mana nak dengar cakap kita kan.. Sha terpaksa redha je la. Tapi tetap berharap kawan Sha berubah.

Beberapa tahun kemudian, Sha nampak Din update status sedih. Rerupanya, bisnesnya sudah lingkup. Gulung tikar. Sha terkejut ya amat. Ye la, siap ada legasi perniagaan terkenal tapi boleh musnah sekelip mata.

Benarlah janji ALLAH bahawa doa orang yang teraniaya tu makbul. Tiada hijab. Maka, kita janganlah menzalimi orang lain. Kelak, buruk padahnya. Insaflah..

Terima kasih singgah sini

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:


Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Demam Campak: Tips Cara Nak Ubati

Assalamualaikum...

Kali ini, aku nak berkongsi dengan korang semua mengenai cara penjagaan dan mengubati demam campak.

1. Tempek bedak sejuk, jangan kena hujan (nanti akan tinggalkan parut kekal). Jangan makan kicap,minum air kelapa banya-banyak. Insya-Allah tak teruk sangat. Boleh tengok di sini, Pantang larang orang demam campak dan Menjaga makan orang demam campak

Tapi parut tu mesti ada melainkan kalau kena masa baby mungkin tak nampak parut tu.


2. Pakai calomine lotion.
 Losyen ni sejuk, untuk menghilangkan kegatalan. Losyen ni selalunya doktor akan bagi selepas kita jumpa doktor untuk ambik ubat.

Kalau campak biasa iaitu measles takkan ada parut.Jika kena chicken pox iaitu cengkering - yang macam jerawat tu, barulah ada parut jika masa jerawat campak ni jadi kuping tu kita tanggalkan sendiri.

Open Tracker