Langkau ke kandungan utama

Dialah Ubat Saya Sekarang Ni


Dialah ubat saya sekarang ni. He is my medicine. Ewah.. Eh, betullah. Pada mula-mula, aku pun kurang percaya. Pernah dengar orang cakap juga tapi dengar sipi-sipi sahaja.

Rasa macam ajaib pula. Macam hubungan mak dengan anak saja, yang mana ibulah yang boleh menyembuhkan sakit anaknya. Amazing! Hebat. Ya, kuasa ALLAH itu sangatlah hebat.

Kisahnya bermula apabila aku sakit.  Tetapi aku tidak memberitahunya bahawa aku sakit. Aku pendamkan sahaja. Naluriku memang menyatakan dia boleh menyembuhkan aku. Tapi segan. Ye la, baru kahwin. Nanti dikatakan menggatal pula. Malu doe. Dia pula kuat mengusik. Nanti sampai lembab dia mengusik. Hahaha.

Cara nak sembuhkan ialah ambil tangan dia dan letak pada tempat yang aku sakit. Sekejap saja, sudah sembuh. La, kalau tahu awal-awal lagi aku nak minta tolong dia. Sekejap sahaja telah sembuh. Rasa sia-sia saja masa dibuang menderitai sakit padahal ada penyembuhnya. Dua kali juga lah aku berpengalaman sakit begini. Satu lagi, aku selesema. Minta suami tanganinya. Sekejap sahaja sudah sembuh.
Kalau sudah bergelar suami isteri, memang akan berkongsi segalanya. Dia dapat ‘hikmat’ transfer angin yang aku miliki. Demam pun sama-sama.
Kesimpulannya, hidup berumahtangga berkongsi segala sesuatu. Sakit  pun sama-sama kongsi. Subhanallah. Jaga elok-elok hubungan kalian, okay.

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker