Langkau ke kandungan utama

Resipi Juadah Berbuka Puasa


Resipi di kala berpuasa di dalam Bulan Ramadhan adalah sangat dicari kerana siang kita berpuasa, tiba malam kita mahu menjamu selera.

Beli juadah di Bazaar Ramadhan? Boleh juga tetapi lebih seronok bila dapat dimasak sendiri dan lebih terjamin kebersihannya.

Di sini, Sha paparkan resipi yang sesuai dibuat untuk berbuka puasa.

Resipi 1: Ayam Krim Mentega (Butter Cream Chicken)

Bahan-bahan:
500 gram isi ayam -dipotong senipis satu inci
2 biji bawang putih - dicincang
1 biji telur ayam - untuk disalutkan ke atas ayam, kacaukan sedikit dengan garfu
2-3 pelepah daun kari
2 sudu besar butter
2 sudu besar susu pekat manis (boleh juga digantikan dengan susu cair)
10 biji cili padi - dipotong nipis-nipis
2 sudu besar tepung gandum - untuk salut ayam
Minyak untuk menggoreng ayam
Sedikit air - untuk membuat salutan
Garam secukup rasa.

Cara-cara:
1. Celupkan isi ayam ke dalam tepung gandum yang telah ditambahkan sedikit garam. Gaulkan.
2. Seterusnya, gaulkan ayam sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk berisi telur. Kemudian masukkan semula ke dalam tepung.
3. Panaskan kuali. Tunggu kuali panas, masukkan minyak yang banyak untuk menggoreng. Apabila minyak telah panas, masukkan ayam yang telah digaul dengan tepung dan telur tadi.
4. Semasa mengalih ayam yang telah masak, lurutkan pelepah daun kari ke dalam minyak yang panas. Ini akan menaikkan aroma ayam goreng tadi. Goreng sehingga ayam bertukar warna keemasan.
5. Panaskan kuali yang berasingan. Masukkan butter. Apabila butter telah cair, masukkan bawang putih.
6. Kemudian, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan susu. Kacau. Masukkan cili. Kemudian, tutup api. Siap. Boleh dihidangkan. Boleh dimakan bersama nasi panas atau roti.


Resipi 2: Cekodok Pisang

Bahan-bahan:
3 biji pisang berangan yang sudah masak -dikupas kulit
1 sudu besar gula
2 sudu besar tepung gandum
sedikit garam
sedikit air

Cara-cara:
1. Lenyekkan pisang menggunakan hulu lesung batu di dalam besen.
2. Masukkan tepung dan garam serta gula. Masukkan gula. Gaulkan sebati.
3. Panaskan minyak di dalam kuali. Ambil sesudu bancuhan tepung pisang yang telah digaulkan dan letakkan di dalam kuali. Masakkan sehingga bertukar warna keemasan. Jangan lupa untuk kalihkannya.
4. Angkat, sejatkan minyak dahulu. Kalau tiada bekas sejat minyak. Kaut cekodok pisang ke atas bekas yang diletakkan tisu. Tujuan tisu disediakan ialah untuk menyerap minyak.

Bau cekodok pisang akan mewangi sampai satu rumah dan hinggap ke rumah jiran. Selamat mencuba.

Sambal bilis dengan bawang

10 tangkai cili kering - dikisar
3 ulas bawang putih (1 ulas dikisar, 2 ulas dicincang)
2 ulas bawang merah (1 ulas dikisar, 1 ulas dicincang)
1 labu bawang holland (Bawang kuning) - dipotong nipis
1 genggam ikan bilis - rendam dalam air dan toskan
2 sudu besar minyak
1 keping asam keping
1 sudu besar gula
secubit garam

Cara-cara:
1. Panaskan kuali, masukkan minyak. Apabila minyak panas, tumis bawang putih. Apabila bawang putih sudah layu, masukkan bawang merah.
2. Apabila bawang kekuningan dan naik bau, masukkan cili kering yang telah dikisar bersama dengan bawang putih dan bawang merah. Masak sehingga pecah minyak dengan api sederhana.
3. Apabila cili telah pecah minyak, masukkan asam keping, ikan bilis dan gula. Gaul sebati. Tunggu sekejap.
4. Masukkan bawang holland. Masukkan garam. Gaul. Siap untuk dihidangkan.

Sambal bilis sedap dimakan bersama nasi panas dan roti. Aromanya yang cukup istimewa memikat hati. Sesuai untuk juadah berbuka puasa atau bersahur.

Resipi ini semua Sha olah sendiri hasil daripada resipi turun temurun. Apa yang pasti, ianya sangat menambat hati dengan aroma yang sungguh mencairkan selera. Selamat mencuba ya. Rugi kalau tak cuba.

Salam Ramadhan

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:


Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker