Langkau ke kandungan utama

10 Tips Cara Menghadapi GST dan Mengekalkan Perbelanjaan Kewangan Yang Makin Menipis

Good and Service Tax
Anda ingin pelajari cara-cara pantas menguruskan masalah kewangan?
Apabila merenung kembali di saat saya kanak-kanak dahulu, dengan hanya wang 50 sen saya mampu membeli sebungkus nasi lemak beserta teh panas. Kini dengan jumlah yang sama, jika saya membeli sebungkus nasi lemak, mungkin saya hanya dapat bekas pembalutnya sahaja. Nampak sangat nilai matawang kita semakin lama semakin sikit nilainya. Perkara ini terjadi akibat daripada kenaikkan kos sara hidup tanpa henti setiap tahun.
Hari ini, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan pertambahan kos sara hidup yang baru iaitu cukai GST. 1 haribulan April 2015 merupakan tarikh bersejarah bagi negara ini, kerana tarikh ini merupakan bermulanya kuatkuasa GST. Terus terang saya katakan ramai di kalangan rakyat negara ini runsing akan wujudnya GST. Mereka masih belum bersedia untuk menghadapi cabaran baru ini. Golongan berpendapatan rendah dan sederhana antara golongan yang paling gelisah dan golongan ini jugalah yang kini tengah sibuk-sibuk memikirkan pencarian pendapatan baru bagi menampung kos sara hidup GST.
“Jangan bazirkan tenaga fokus kepada masalah, lebih baik fokus seluruh tenaga bagi mencari jalan penyelesaiannya.”
Bila difikirkan semula, memang tidak dinafikan orang ramai akan menjadi marah? dengan GST ini. Lagi-lagi jika kerajaan boros dan tidak uruskan kewangan dengan baik melalui cukai yang diterima dari rakyat jelatanya. Bagi saya, GST wujud atau tidak bukanlah perkara utama memberi lesen untuk anda membebel cerita masalah kewangan diri serata negara. Bukankah lebih baik masa membebel ini digunakan untuk membina satu pelan kontingensi bagi menangani masalah GST sebelum ianya memudaratkan anda dalam jangka masa yang panjang.
Saya amat peduli dengan keharmonian ekonomi keluarga orang ramai, terutamanya mereka yang tidak pernah didedahkan dengan ilmu-ilmu kekayaan dan kejayaan. Bagi mengurangkan kerunsingan, saya bercadang untuk berkongsi beberapa tip-tip peribadi yang berkesan ke atas diri saya dan saya berharap ia juga dapat memberi kesan positif terhadap sesiapa yang membacanya.
Tip GST #1 : Akaun Kewangan Peribadi 
Sebelum anda mencari pendapatan baru, apa kata anda cek dahulu akaun kewangan peribadi anda. Cuba teliti perbelanjaan-perbelanjaan bulanan anda sebelum ini, kemudian bandingkannya dengan anggaran perbelanjaan yang bakal dikenakan GST. Adakah berlaku peningkatan kos? Bagaimana pula dengan pendapatan bulanan apatah lagi jika anda bergaji tetap, adakah ia masih mampu menampung peningkatan kos ini?
Jika tidak, mulalah anda memotong kos-kos yang tidak memberi manfaat diri seperti kos perbelanjaan hiburan. Sebelum anda sibuk menjaga kewangan negara, lebih baik anda sibuk uruskan kewangan keluarga terdahulu.

Tip GST #2 : Jangan Bakar Duit
Ini isu yang paling sensitif, kalau cakap ni mesti confirm ada yang marah. Hentikan aktiviti-aktiviti bakar duit, dalam bahasa lain beli rokok, apatah lagi jika ia merosakkan kesihatan. Kos bagi merawat kesihatan bukanlah murah. Saya pernah terbaca satu papan tanda di Jakarta yang bertulis “Jika anda miskin, anda jangan jatuh sakit sebab kos merawat kesihatan itu tidak murah."
Anda faham ker tak faham apa yang diperkatakan oleh papan tanda itu? Tak kisahlah anda tuan kepada medical card takaful atau tidak, sebab bila dah sakit teruk nanti anda akan tetap tafakur walau ada takaful.

Tip GST #3 : Buat Perbandingan
Jangan berbelanja 'memkhinzir' buta. Rajinkan sikit diri itu, pilih di mana tempat hendak berbelanja dan bandingkan harga dengan kedai lain. Pilih dan beli barang harga yang paling menjimatkan kos. Berhati-hati dengan peniaga yang tamak, ini kerana terdapat peniaga yang sesuka hati menaikkan harga barang atau servis tanpa mempunyai pendaftaran cukai GST yang sah. Jika jumpa peniaga macam ni, jangan bagi peluang, pergi lakukan report ke pihak berkuasa berkenaan peniaga itu. Bak kata pepatah orang Melaka, “memang hawau peniaga ni”.

Tip GST #4 : Memasak
Siapa yang rajin ke dapur sahaja faham bahawa makan di rumah lebih murah kosnya dari makan di kedai. Sepatutnya, makan di rumah lebih kos efektif dan sihat kecuali anda penggemar makan mee segera yang akan memutuskan urat perut serta gugurkan rambut. Alang-alang dah memasak, lebih baik jadikan ia bekal ke tempat kerja atau sekolah.

Tip GST #5 : Pengangkutan
Masih ingat lagi satu ketika dulu, TV ada mengeluarkan iklan “Jom berkongsi kereta." Mungkin jika iklan ini dikeluarkan pada hari ini, pasti ramai yang akan mengikutnya. Kira kos perbelanjaan pengangkutan bulanan anda, jika anda memandu kereta sendiri dan rasa kosnya terlalu mahal maka ajak rakan sepejabat join naik satu kereta dengan anda. Pakat-pakat dengan rakan, kongsi kos petrol kereta. Kalau anda tidak mempunyai rakan, belajarlah pergi ke tempat kerja dengan menaiki pengangkutan awam.

Tip GST #6 : Jangan Tambah Hutang
Sudah-sudahlah dengan perangai lagak berbarang baru seperti berhutang duit membeli kereta baru sekadar untuk ditayangkan orang sekeliling. Jangan tambah hutang yang tidak mendatangkan hasil.

Tip GST #7 : Tambah Ilmu
Belajar membina kewangan. Bersedia untuk laburkan sedikit wang dalam pencarian ilmu yang boleh meningkatkan pendapatan bulanan anda. Anda boleh dapatkan ilmu ini menerusi bahan bacaan seperti buku, majalah, internet dan media sosial. Jika ada pulus lebih, cuba lapangkan masa untuk hadiri seminar-seminar dari mentor yang berjaya. Hanya dengan ilmu yang tepat sahaja anda mampu menangani GST.

Tip GST #8 : Jom Berniaga
Bermulalah berniaga dengan modal yang rendah, nak lagi best belajar niaga tanpa modal. Berniaga itu mudah. Ramai anak didik saya berniaga secara online atau menjadi ejen dapat hasilkan pendapatan RM20,000 hingga RM50,000 sebulan.

Tip GST #9 : Tingkatkan Sedekah
Sedekah memilik kuasa dan impak yang besar terhadap kehidupan. Melaluinya, Allah SWT mampu datangkan anda rezeki tidak disangka melalui cara aturanNya yang cukup luarbiasa. Dengan bersedekah juga, Allah SWT akan lapangkan setiap rezeki kita. Lagi banyak anda bersedekah, Insya Allah lagi banyak anda akan menerimanya kemudian.

Tip GST #10 : Tingkatkan Pergantungan Kepada Allah SWT
Dari kesemua tip-tip diatas, tip terakhir inilah yang paling penting dan utama yang wajib anda lakukan. Tingkatkan lagi pergantungan diri kepada Allah SWT. Percaya di setiap kesusahan yang diterima pasti ada kesenangan yang menjelma. Tidak akan bergerak satu zarah pun jika Allah SWT tidak mengizinkannya.
GST bukanlah punca sebenar masalah kewangan kita, diri kita sendiri merupakan punca utama kenapa wujudnya masalah kewangan diri dan keluarga. Uruskan kewangan dengan cara yang terbaik bagi mencipta kebebasan dari masalah kewangan di masa hadapan.

Sumber: Dato' Azizan Osman

Di kala kesempitan kewangan dek diragut oleh sistem cukai Malaysia, maka kita kenalah berbelanja dengan berhemah supaya kita tetap mempunyai duit apabila tengah bulan mahupun hujung bulan. Nak buat macam mana? Gunakanlah tips di atas okay. Aku dah buat juga. Memasak dan bawa bekal. Memang terasa jimatnya di situ (gaya cakap macam lagu Sakitnya ku Di Situh).


Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)

Open Tracker