Zaman teknologi dewasa ini yang canggih dan moden, sudah
semestinya perubatan turut berubah menjadi lebih mudah dan konvinient
(selesa). Kabur sikit-sikit itu tidak
menjadi masalah kerana kanta lekap berkanta sudah sedia ada dalam pasaran.
Harganya pula tidaklah membebankan. Adakalanya lebih murah berbanding kaca mata
(spek).
Nak pakai contact lens bukan senang bagi mereka yang pertama
kali mencubanya. Cuba bayangkan untuk
memasukkan sesuatu bendasing dalam mata sedangkan mata itu adalah sangat sensitive
dan peka terhadap cahaya mahupun apa sahaja yang berada dekat padanya, kelopak
mata pasti akan tutup mata awal-awal. Benda paling berharga, mestilah ada
penjagaan yang khas dan khusus.
Namun begitu, bagi mereka yang kerap kali memakai kanta lekap,
tidak mempunyai masalah untuk memasukkannya ke dalam mata. Sekali dah Berjaya masuk
ke dalam mata, kita akan tahu caranya.
Pertama: Basuh dahulu kanta lekap menggunakan air solution khusus
untuk kanta lekap. Jangan guna air paip pula.
Kedua: Buang air yang dibasuh. Biarkan kanta lekap dalam
keadaan yang lembab. Sebabnya, ia tak boleh kering. Nanti mata kita akan sakit
bila kering.
Ketiga: Pastikan betul bentuk kanta lekap adalah dalam
keadaan betul. Keadaan betul yang dimaksudkan ialah bentuknya melengkung ke
luar, bukan ke dalam. Selain itu, kena pastikan bentuknya betul-betul jadi
separuh bulatan, bukan kemek-kemek ye. Kalau salah ia akan menyakitkan mata.
Keempat: Letakkan kanta lekap di hujung jari. Letak kat hujung jari je. Lagi senang nak pakai. Gunakan hujung
jari telunjuk untuk memasukkan kanta lekap ke dalam mata, manakala jari hantu
dan jari ibu untuk membuka mata dari arah atas dan bawah.
Kelima: Apabila kanta lekap telah masuk ke dalam mata, jangan
kelipkan mata. Bertahan untuk 10 saat. Jika perlu, tarik perlahan-lahan kanta
lekap dalam mata anda itu, kasi betul-betul kedudukannya dan selesa dalam mata
anda.
Adalah normal kalau keluar air mata dan pedih sedikit. Tapi
tidaklah sepedih mata kena cili. Itu memang pedih tahap gaban. Hehe. Waspada
jika anda rasa mata anda pedih sangat. Mungkin mata anda tidak sesuai memakai
kanta lekap. Kalau mata merah sikit-sikit itu perkara biasa.
Pantang Larang Memakai Kanta Lekap
-
Pastikan kanta lekap dalam keadaan bersih. Paling
kurang pun, basuh kanta lekap dengan air solution khusus untuk kanta lekap
sebelum memakainya.
- Basuh tangan dahulu sebelum memakai kanta lekap. Ini penting ya. Supaya sebarang habuk atau kuman dapat dibasmi. Juga, sabun tangan anda betul-betul jika baru menggunakannya untuk makan makanan yang pedas seperti sambal dan sambal belacan kerana air tangan itu akan menyerap pada tangan dan lekat pada kanta lekap jika kita menyentuhnya lama kerana proses untuk memasukkan ke dalam mata mengambil masa yang lama (bagi mereka yang baru belajar memakai kanta lekap).
- Air solution dalam bekas menyimpan kanta lekap mestinya ditukar apabila ingin memasukkan kanta lekap dari mata. Amalkan apabila pakai contact lense, basuh bekas kanta lekap. Buang air di dalamnya. Apabila tanggalkan kanta lekap, masukkan ke dalam bekasnya, masukkan air solution hingga penuh, tutup.
- Kanta lekap bersifat lembut dan mengering apabila terdedah kepada haba. Oleh itu, apabila pakai kanta lekap di dalam bilik berhawa dingin (air-cond), berada di bawah matahari, anda perlu memakai eye more khas untuk kanta lekap.
- Isikan air solution dalam paras hampir penuh kerana jika airnya setengah, apabila bekasnya senget, kanta lekap di dalamnya berada di atas, ia akan kering.
- Pemakaian kanta lekap adalah hanya untuk tempoh 8 hingga ke 12 jam sahaja. Jika lebih, ia akan memudaratkan mata.
- Apabila anda tidur malam, buka kanta lekap ya. Risau terlekat pada ruang dalam mata. Tidur sekejap (nap) tak apa. Aku dah cuba. Hehe.
- Buka kanta lekap apabila anda mahu mandi. Risau air akan membuatkan contact lens ke atas dan ke bawah.
- Jangan pakai jika sudah tamat tempoh. Contohnya, sebulan expirednya, maka boleh pakai dalam tempoh sebulan sahaja dari hari pertama anda memakainya. Pakai dan tanggalkan ye. Bukan pakai dan tak buang-buang pula.
- Jika mata anda sakit, merah, hindari daripada memakainya.
Sebenarnya, memakai kanta lekap tidaklah rumit mahupun
bahaya. Jika ikut peraturannya, tiada sebarang masalah. Namun, anda perlulah
menjadi seorang yang pembersih kerana perlu BERSIH, BERSIH, BERSIH dan BERSIH.
Selamat bergaya dengan kanta mata anda. Pastinya anda lebih
elegan dan anggun selepas ini.
Hukum pakai kanta lekap dari http://panduanislam.com/blog/2012/07/hukum-memakai-kanta-lekap-wudhuk-solat-dan-puasa/
kita jarang pakai contact lens ni. sebab tak pandai nak jaga
BalasPadamNurul Inani: Mudah sahaja cara penggunaannya
BalasPadamsalam .. kenapa aq susah sgt nk masukkan lens !!!! hemmm . da beli tapi tak pkai ..
BalasPadamYups samalah kita .. Hmm
PadamSamaa.
PadamSamaa.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSusah
BalasPadam
BalasPadamInfo yang menarik. Bila seseorang itu memakai kanta sentuh, dia harus mengetahui risiko yang boleh berlaku sekiranya teknik penjagaan kanta sentuh tidak diamalkan dengan betul. Selain itu, sebaik-baiknya kita membeli kanta sentuh dan pencuci kanta sentuh yang berkualiti bagi memastikan mata kita tidak mengalami sebarang alahan terhadap kanta sentuh. Yang penting, produk tersebut telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Klu jarang pakai lens kena tukar hari2 ke air solution nyer ?
BalasPadamKlau cuci bekas contact lens guna air apa ? Sblm masukkan solution ?
BalasPadamKenapa yer lens y sy baru beli bila pkai pedih sangat2...mata jd merah...sebelum nih sy pkai ok je..
BalasPadamKlw tak air solution utk rendam lens ble tak rendam guna eyemo?��
BalasPadamSaya dua hari jee dah bole masukkan dengan pantas .. 1st pakai seksa rasa mcm nk buang lens tu kikiki ..
BalasPadamMule² pakai pedih ya amatt .. Rse cam tgah potong bawang merah .. Hahaa .. Bte thanks for the methods .
BalasPadamTakut lah nk masuk kan lens dlm mata...
BalasPadamTanpa Nama: Ya, memang susah sebab kalau tak pernah pakai. Tambahan pula kalau kita takut dan sering kerdip mata.
BalasPadamLps pakai lens tu, sebelum nak letak lens je bekas tu air solution tu kne tukar hari2 ke?
BalasPadamBekas tu nk basuh cm ne...
Lps pakai lens tu, sebelum nak letak lens je bekas tu air solution tu kne tukar hari2 ke?
BalasPadamBekas tu nk basuh cm ne...
sblm letak lens dalam bekas smula lens tu kene basuh guna air solution dulu ke? atau letak trus?
BalasPadamMasa masuk dalam mata tu.. Pedih sangat... Mcm pedih potong bawang tu.. Mcm xleh bukak mata. Takpe ka?
BalasPadamMasa masuk dalam mata tu.. Pedih sangat... Mcm pedih potong bawang tu.. Mcm xleh bukak mata. Takpe ka?
BalasPadammaybe lens awak terbalik..pengalaman saya xde masalah..mmg okay je..x rasa sakit dan x rasa ada benda dalam mata...
PadamMuhd Zuhri: Memang susah kalau pertama kali pakai. Nanti bila dah selalu pakai, pandai la
BalasPadamDr Muhammad Akhbar bin Abdullah: terima kasih kerana sudi singgah blog saya.
BalasPadamIya, kita semua kena dengar nasihat dan pesanan doktor tu ya. Sha pun memang sangat menitikberatkan hal ini
Tanpa Nama: Yup, set give a five sikit
BalasPadamTanpa Nama: Tukar air solution hari-hari? Pernah juga dengar pasal ini. Eloklah tukar hari-hari
BalasPadamTanpa Nama: Sakit ya pakai lens baru? Sebabnya ada tu. Lens tu tak sesuai dengan mata. Kelembapannya, itu ini..
BalasPadamTanpa Nama: Cuci bekas guna air paip sahaja
BalasPadamx boleh cuci guna air paip..ph x sama. kena guna sollution jugak..
PadamWilma Nessa: Tak tahu pula. Sebab tak pernah buat expriment guna air eye more
BalasPadamSalsabilla Noryai: Iya kan.. Mula-mula sahaja susah. Lepas tu, senang dah
BalasPadamUnknown: Ooh, kalau bawang tak adalah pedih sangat. hehe
BalasPadamTanpa Nama: Beranikan diri.
BalasPadamLee Haidhae: ikutkan yang Sha tahu, hari-hari kena tukar
BalasPadamBekas tu basuh bersih-bersih dengan air paip
Unknown" Ye, sep sikit
BalasPadamAna Teah: Give me five!
BalasPadamUnknown: Tak boleh buka mata tu lama tak? Kalau lama, tak payah pakai lah lens tu. Beli baru yang lebih lembut
BalasPadamNabilah: Takut..
BalasPadamAssalamualaikum Shaa My heart klau setiap hari pkai lens xmemudaratkan mata ke?sbb ramai yg ckp klau setiap hari selalu pakai lens bole memudaratkan mata n bole jadi buta?����
BalasPadamfirst time pkai lens kwn tlong pkaikn.sblah ok..bila pkai lgi sblh mata terkejib2 n pengsan.skrng ny teringin nk pkai.adkah mta sy blh pkai lens
BalasPadamAqillah 01 Hamdan: Waalaikummussalam.
BalasPadamKalau sentiasa pakai, 24 jam dalam sehari dan pakai setiap hari memang bahaya. Ada masa kena buang kanta lekap ni dari mata. Kasihan pada mata, letih bila pakai lens ni.
Memang bahaya. Tak boleh pakai setiap hari. Sha ada kawan yang doktor sahkan matanya dah tak boleh pakai contact lens selalu. Pembuluh matanya dah luka. Nasib baik cepat jumpa doktor dan ikut arahan doktor.
Contact lens ni bahaya sebab ia sentuh terus pada bebola mata. Sebab tu aspek kebersihan kena jaga. Sebab tu kalau boleh, beli jenama yang dipercayai dan beli di kedai cermin mata sahaja.
Riana Lara: Pengsan? OMG.
BalasPadamBoleh je pakai. Tapi pasal pengsan tu yang rasa pelik sikit. Rujuk doktor la.
Kalau jenama color soft OK x??saya blom buka lagi bru beli..blom pkai
BalasPadamboleh buta ke kalau expiedate
BalasPadamSebaiknya tanya kpda yg pakar... Bnyk pantang larang dlm pengunaan contact lens yg user x ikut...
BalasPadam