Duit On Line, Jawab Soalselidik Global Test Market | ! sha my heart

.

Jumaat, 30 Januari 2015

Duit On Line, Jawab Soalselidik Global Test Market


Sebenarnya, aku kurang ingat dari manakah dapat link, sama ada daripada kawan atau dari emel yang dilanggan. Aku cuba. Lama-lama seronok pula bila point bertambah.

Kerja
Kerjanya menjawab soal selidik yang diberikan. Tetapi pihak Global Test Marketing ada membuat tapisan dahulu sebelum anda layak untuk menjawab sesuatu questionnaire. Bukan semuanya ada tapisan. Tak semua questionnaire memerlukan tapisan.

Ganjaran
Anda boleh pilih untuk mendapatkan apa jenis ganjaran yang dihajati. Ada beberapa jenama, pemberian cek dan voucher elektronik. Anda boleh tebus AEON, Isetan, KFC/Pizza Hut/Ayamas, Mc Donalds, MPH Bookstore, Parkson untuk membeli belah. Sementara itu, anda boleh masukkan duit ke dalam voucher elektronik seperti Rixty dan Superbuy. Apa yang paling menarik ialah anda boleh tebus dengan cek bernilai USD $50. Kalau didarabkan USD $50 dengan RM3.6 dengan nilai pertukaran semasa, anda boleh menjana duit sehingga RM 180.00. Yuhuuu.

Cek itu akan terus ditukar kepada nilai wang negara kita. Jadinya tak perlu susah-susah lagi. Apa yang perlu, pergi ke bank (bank tutup pun tak apa sebab boleh guna mesin automatik yang masuk boleh cek. Tidak perlu berurusan di kaunter bank. Tapi kena pastikan mesin masuk cek tu ada sebelah mesin ATM)

Korang boleh lihat dan kira sendiri duit semasa (currency converter money) melalui link Bank Negara Malaysia, di sini.
Di samping itu, janganlah melupai golongan yang kurang bernasib baik. Dermalah melalui UNICEF, ganjaran anda tersebut. Maka, akan lebih berkat rezeki anda.

Mata
Mata serendah 160 sudah boleh dapat ganjaran. Tetapi, mata anda mestilah mempunyai 1000 mata, barulah layak untuk menebus mata dengan ganjaran yang diingini. Menarik, bukan?

Setiap questionnaire akan beri mata 35 mata macam tu. Kalau terkeluar pun, jangan risau, anda layak mendapat 5 mata. Kumpul sampai 1000 mata, kemudian tebuslah apa yang anda teringin. Hehe. Kalau ikutkan aku, nampak ganjaran duit tu. Lumayan rasanya.

Masa
10 ke 15 minit sahaja. Sekejap sahaja. Pada bila-bila masa boleh jawab selagi belum penuh orang menjawabnya. Aku ada banyak juga terlepas untuk menjawab soal selidik kerana sangat sibuk. Memang rugi tapi nak buat macam mana, dah kerja kan. Utamakan yang utama.

Kaedah kerja
Link akan dihantar ke emel anda. Jadi pastikan emel anda aktif (masih boleh dibuka). Buka link dalam emel, kemudian terus menjawab soalan. Nak jawab suka hati pun tak apa. Tak kisah. Yang penting, anda jawab.

Siapa yang layak membuat kerja ini
Sesiapa sahaja. Yang penting ada internet dan gajet. Juga masa sekitar 10 ke 15 minit sahaja. Sekejap sahaja. Bukan hari-hari pun ada questionnaire job ini. Seminggu adalah dua tiga kali. Jadi, sesiapa sahaja pun layak untuk menceburi bidang ini. U are welcome.

Korang pun boleh cuba jugak. Bagi aku emel korang. Aku akan membuat jemputan. Kemudian, korang isi dan daftar. Selepas itu, link jemputan untuk menjawab soal selidik akan dihantar kepada anda. Mudah, kan?
Masa yang diambil dalam sesuatu soal selidik itu tidak lama. Sekitar 10-15 minit sahaja.

Tak salah kalau kita luangkan atau curi-curi masa sedikit untuk membuat 'part time' kerja. Lagipun tak susah dan sangat fleksible. Ikut masa kita. Lagipun, benda ini boleh dipercayai.

Jangan lupa, hantarkan aku emel korang yang masih aktif.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Untuk pengetahuan,GTM dah x bagi duit untuk redeem poin samaada melalui cek atau paypal.saya dah tanya pihak GTM.yang ada hanyalah voucher2 barangan yang saya rasa tidak berbaloi dengan point yang hendak ditebus berbanding redeem duit sblm ni.tetapi apa salahnya jika berminat untuk menebus barang yang ditawarkan.sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...