Petua Sembuh Virus Demam Melanda Dunia | ! sha my heart

.

Selasa, 11 November 2014

Petua Sembuh Virus Demam Melanda Dunia


Alolo, ciannya dia


Virus demam melanda dunia. Al-kisahnya bebaru ini aku dijangkiti virus demam yang sangat kuat. Aku kelaskan ia sangat kuat dan berhantu kerana teruk aku demam (sakit kepala, pening, angin, sejuk sangat sampai menggeletar, badan panas membahang berapi, dan  bermacam lagi). Demam pula seminggu teruk. Seminggu kemudian beransur. Minggu ketiga masih ada simtom demam.

Dalam tempoh aku sakit ini, aku dah pergi ke tiga buah klinik, dua kali ke hospital, tigakali ambil ujian darah, sekali ke Darul Syifa untuk rawatan alternative (rawatan Islam). Terima kasih bebanyak untuk kawan aku yang banyak membantu di kala aku kesusahan. Iyalah, demam teruk sampai menggeletar sejuk dan suhu badan naik mendadak membahang sampai 47 darjah Celsius. Tak larat nak ulang alik tandas sebab asyik nak muntah dan nak kencing saja. Penat dow.

Alhamdu lillah, sekarang aku dah ok. Dah sihat macam biasa. Cumanya aku kena banyakkan minum air. Lagipun ujian darahku menunjukkan partikel air dalam darah tu kurang. Ujian gula dalam darah standard 6.5. Tekanan darah 62. Semua ok. 

Petua untuk cepat sembuh demam ialah makan ubat ikut masa. Kalau kata 3 kali sehari, kenalah makan tepat pada masanya. 24 jam bahagi dengan 3. Jawapannya, 8 jam sekali kena makan ubat. 

Antibiotik tu kena habiskan. Ubat antibiotik aku tu punya la banyak, sepapan kot. Dalam 30 biji semuanya. Sehari makan sebiji. Jenuh nak habiskan. Tapi kena habiskan juga sebab kalau tak habiskan, nanti virus akan serang kembali. Lagipun system imun korang masih lemah sebab kan baru lepas demam.

Doktor sarankan banyakkan minum air. Kalau dah banyak, banyakkan lagi. Kalau demam, cepat-cepat jumpa doktor. “Baik doktor. Hehe”

Jadi, korang jagalah kesihatan diri kerana ianya sangat berharga. Prevention better than cure. Pencegahan lebih baik daripada mengubati.

3 ulasan:

Ania berkata...

Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)

CintaHati Lina berkata...

Thanks sharing yunk.. betul..bencegah lebih baik dari merawat... Alhamdulillah.. semoga kita sentiasa menjaga kesihatan kita sedari ini....

Sha My heart berkata...

Cinta Hati Lina: Sama-sama. Semoga bermanfaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...