Langkau ke kandungan utama

Ramadhan Penuh Berkat, Semoga Taubatku Diterima


 Lama rasanya tidak mengemaskini entri terbaru. Masa yang agak mencemburui kita. Alasan! Sebenarnya, broadband aku ada masalah dengan line semput macam siput ini tidak memungkinkan aku untuk update entry. Nak up date. Blogger akan ada selalu idea nak up date apa. Aku ada idea tapi internet tak ada. Kat pejabat pula, diorang block sekat blogspot. Kalau tak, hari-hari aku update. Hehe. Tapi, kerja aku akan tetap buat. 

Jadi, kesempatan pada hari ini, aku nak kemaskini entri-entri lama yang lama tidak mesra SEO. Search Engine Official. Sebab entri aku yang lama-lama sebelum aku belajar pasal SEO tu banyak tapi tidak memberi trafik ke blog. Agak rugi di situ. Jadi, nak edit kasi mesra SEO dan buang gambar yang tidak menutup aurat. Aku tak nak berdosa dan terus berdosa kerana menayangkan aurat orang lain. 

 Sekarang ini, Bulan Ramadan, dah tengah bulan. Alhamdu lillah, masih dipertemukan-Nya dengan bulan yang penuh berkat ini. Kita ini banyak dosa, rebutlah peluang dengan ganjaran yang banyak ini. Jom kita baca al-Quran. Bertadarus. Kalau tak pandai, merangkak-rangkak, teruskan usaha membaca setiap hari. 

Kisahnya, pada hari Jumaat lepas, aku gerak balik Klang. Dalam LRT yang sesak, aku tak selesa dengan himpitan beg seoorang perempuan. Aku pusing pandangnya. Sekali, aku renjak ke hadapan sedikit. Dua kali, juga begitu. Kali ketiga, aku pusing pandang dia. Dia sedang membaca Al- Quran yang dipegang sambil berdiri! Subhanallah. Rasa tidak senangku tadi bertukar kepada rasa kagum. 

Aku fikir-fikir. Teringat pesanan Saidatina Aishah, kalau kita terasa teringin berbuat kebaikan, maka segerakanlah. Aku capai handphone telefon bimbit dalam beg dan buka aplikasi Quran. Aku pilih surah dan baca dalam hati. Orang tengok pun, aku abaikan. Aku bukan nak tunjuk baik. Tapi rebut peluang untuk berbuat baik. Mujur juga, aku memilih gerabak koc wanita. Tak ada lelaki. Mudah dan selesa. Memang aku gemar pilih gerabak ini untuk pulang ke Klang. 

 Sekarang ini, aku rasa macam tak lengkap kalau dalam sehari tak baca Al-Quran. Aku bukan pandai, tak alim dan tak warak. Tapi, aku mahu berubah ke arah kebaikan. Aku banyak dosa. Mungkin dosaku lebih banyak dari orang lain, sebab itu aku mahu berbuat baik. Mungkin aku nampak okay saja sebab ALLAH dah tutp aibku. Kalaulah ALLAH buka, tiada siapa mahu menghampiriku. Ya ALLAH, hinanya aku. Semoga ALLAH mengampuni dosa-dosaku. Amin..


3 ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)