Langkau ke kandungan utama

Musuh Dalam Lipatan

A poison apple is so sweet!

Geram. Kenapa dia selalu nak kacau hidup aku lagi? Kenapa dia nak burukkan aku lagi? Sedangkan aku sudah angkat kaki dari syarikat tu? Apa tujuan dia? Supaya bos sayang?

Sorry, i dont think so.

Aku angkat kaki pun secara elok. Beberapa hari mereka menghubungi aku. Pujuk untuk bekerja balik. Aku sudah tawar hati lebih-lebih lagi apabila mengetahui perangai teruk mereka dan betina itu. Maaf, aku tak mampu nak sebut namanya lagi atau menghormatinya apabila begini dia buat kepadaku.

Aku baik kepadanya, malah dia merupakan kawan rapatku. Dia sanggup tikam belakang aku. Dia adalah musuh dalam selimut. Gunting dalam lipatan.

Fitnah
Dia fitnah aku. She make my bos look underestime on me! Aku rasa lain apabila bos langsung tak sebut namaku tetapi nama betina tu saja. Tengok muka aku, bos tarik muka masam. Tapi bila depan betina tak sedar diri tu, dia bermanis muka.

Sape tak rasa pelik, kan? Sebelum ini, panggil aku tapi sejak hari itu, langsung tidak sebut namaku. Jahatnya kau wahai betina!

Cemburu? Aku tak cemburu.

Hari terakhir aku bekerja di sana, aku  jengkel dengan perangai dia. Memang aku sudah mahu berhenti pun. Dengan perangai mereka, lagi menguatkan diriku untuk terus menghentikan langkah kaki ke tempat itu. Banyak lagi peluang kerja di luar sana.

Selama berhari-hari mereka memujukku. Tapi aku buat tak endah. Sudah sakit hati sangat. Sampai ke ayat mereka memburuk-burukkan orang lain, aku tidak sanggup bersabar lagi. Tapi, aku cakap dengan elok. Aku tak mahu untuk mengerohkan keadaan. Cukuplah dengan apa yang terjadi. Aku banyak berdiam diri. Sepatutnya, aku buka mulut memberitahu mereka siapa dalang yang jahat sekarang ni.

Tapi, aku malas nak panjangkan cerita. Nanti ada yang tuduh aku cemburu. No, i am not! Jadi, langkah terbaik adalah mendiamkan diri. Biar masa yang membuktikan kebenarannya. Aku tunggu sangat saat itu.

Kebenaran

Tak kisah lah, sekarang ini, aku mahu hidup sempurna dan tenang tanpa ada orang yang jenis tak berguna macam betina tu. Dia cerita jumpa dan tegur aku, picit hon tapi aku buat tak tau. Hei betina, fitnah apakah lagi yang mahu kau taburkan?!

Cerita sebenarnya, memang kami terserempak tapi dia langsung tak kalih pandang aku, apatah lagi nak bunyikan hon. Dia yang masuk jalan aku, sedangkan aku tengah berjalan ke hadapan. Mana mungkin aku mahu kalihkan muka, jalanku di hadapan. Lagipun, tepi jalan raya, manalah aku boleh membahayakan diri.

Tak apalah perempuan, kau ceritalah yang kaulah terbaik dan orang lain jahat. Buatlah. Aku sikit pun tak hairan. Lagipun, aku sudah tiada kena mengena dengan kau.


Ini adalah entri peribadi. Aku tak kisah walau tiada SEO yang melekat. Yang pasti, aku dapat meluahkan apa yang terbuku di hati.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker