Langkau ke kandungan utama

Mee Udang versi Utara


MEE UDANG versi Utara

Untuk kuah
*5 biji cili kering
*3 ulas bawang putih
*3 biji bawang merah
* sebiji bawang besar
*setengah cm halia
(Blender semua bertanda *)

#1bji ubi keledek merah atau kentang
Agak-agak ye nak pekat mana. Kalau ubi keledek tu ambil yang kecil dah laaa sbb dia pekat sangat nanti
#10 ekor isi udang
Rebus bahan bertanda # dan blender

-sayur sawi asingkan batang dan daun
-kubis
-fish ball/fish kek (kalau suka)
- 3 sudu sos tiram
- 5 sudu sos tomato
- setengah cawan sos cili
-garam
-gula
-3 sudu minyak masak
-5 cawan air
-2 biji telur
-20 ekor udang
-1 biji tomato belah 4

Daun bawang, daun sup dan cili besar diracih nipis-nipis.
Limau nipis dipotong kecil.
Tauhu yang telah digoreng, dipotong nipis-nipis.


Cara-cara:
1.Tumis bahan kisar * sampai naik minyak
2. Masukkan sos cili, tiram, sos tomato
3. Masukkan bahan # dan air. Tunggu mendidih
4. Masukkan batang sawi n kobis..
5. Pecahkan telur dan masukkan bebola, fish kek dan udang
6. Masukkan tomato, gula dan garam
7. Akhir sekali masukkan daun sawi.
8. Sediakan mee yang dicelur dan ditoskan airnya.
9. Hiaskan dengan bawang goreng, daun bawang, daun sup, cili besar, limau nipis, tauhu yang  sudah digoreng dan dipotong.
Curahkan kuah ke atas mee yang berada dalam pinggan. Sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba.

Resipi ini dari kawanku, Tieha Karim. Nampak sedap. Bolehlah cuba. Memang sedap.
Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)