Langkau ke kandungan utama

Dah Berpunya Tapi Masih Mahukan Orang Lain

Setiap insan mahukan perkahwinan yang bahagia hingga akhir hayat

Kisah ini berlaku kepada temanku. Aku namakan dia sebagai Ain (bukan nama sebenar), berumur 23 tahun. Orangnya cantik dan berkulit cerah. Dia telah mempunyai tunang. Tetapi tunangnya mengabaikannya lantaran jarak yang memisahkan.

Zaman kecanggihan teknologi sekarang, sudah memudahkan kita berhubung. Tetapi tunangnya seperti tidak mahu berhubung. Ain kesunyian. Dalam masa yang sama, seorang kenalannya bernama Wan (juga bukan nama sebenar) mengakui menyukai Ain setelah dimiliki orang.

Hati perempuan bagai kerak nasi. Wan memujuk Ain untuk menerimanya. Tetapi dalam pada masa yang sama dia juga sudah bertunang. Sekarang ini, Ain dan Wan mempunyai skandal. Tiap-tiap hari keluar dating. Tunangnya Wan mengetahui hal ini. Tetapi Wan marah tunangnya. Katanya, jangan kata apa-apa (tentang skandalnya) kerana dia berhak untuk berkahwin empat. Atau dia tinggalkan saja tunangnya!

Sekarang ini, si Ain pun Wan mahu, si tunangnya pun dia mahu. Ain berharap agar Wan memilihnya untuk berkahwin, sama juga dengan tunang si Wan.

Kejam. Memang kejam. Wan mahu memiliki Ain tetapi dia tidak mahu melepaskan tunangnya. Perancangan ke arah perkahwinannya rancak berlangsung seperti tiada apa-apa masalah. Wan mengatakan dia mahu kahwin kedua-duanya. Dan Ain terus menelan hidup-hidup kata-kata yang dijanjikan oleh Wan.

Aku memberi pendapat dan nasihat berhubung hal ini. Aku harap Ain dapat berubah dan 'move on'. Aku tahu, bukan senang. Aku pernah merasainya. Tapi kekuatan hati itu sangat dituntut.

Oh Ain dan wanita di luar sana,
lelaki memang pandai bermanis mulut. Dia tak dapat lagi, manisnya lebih dari madu. Habis madu, sepah dibuang.

Wahai  perempuan,
lelaki memang banyak akalnya. Mereka dikurniakan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Janganlah kita terpedaya dengan janji manis lelaki. Kata nak jadikan kita isteri kedua? Yang sorang pun belum tentu Wan mampu kerana belum berkahwin. Belum tahu mampu dari segi zahir dan batin. Ada suami orang yang mahu memperisterikan aku pun aku tolak. Aku tak makan hati dan paling penting aku tak mahu melukai hati perempuan lain yang juga sepertiku perasaannya.

Itu dah beristeri dan mahu menjadikan aku isteri keduanya, aku tolak. Apatah lagi yang belum bergelar suami dan bakal bergelar hak orang, berapa lama nak tunggu? Berapa lama nak memendam rasa? Dan yang paling penting, buat apa 'bekas' orang?

Lelaki, kamu memang sangat suka akan peluang mendapatkan perempuan. Kalau boleh, sebanyak-banyaknya. Tetapi ingat, apa perasaan kamu kalau anak, adik, kakak, sepupu kamu diperlakukan sebegitu? Apa akan relakah kamu tanpa ada apa-apa rasa marah?

Kita yang menjadi wanita jangan jadi bodoh. Kita boleh memilih yang terbaik untuk hidup bersama sampai ke syurga. Lagipun perkahwinan bukan untuk sehari dua. Ia adalah seumur hidup.

Hidup kita, kita yang tentukan. Mahu Syurga atau Neraka!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker