Kisah Seorang Bapa Hebat dan Lima Orang Anaknya | ! sha my heart

.

Ahad, 12 Januari 2014

Kisah Seorang Bapa Hebat dan Lima Orang Anaknya

KISAH SEORANG BAPA HEBAT BERSAMA 4 ORANG ANAK YANG KURANG CERDIK (bodoh) DAN 1 ORANG ANAK YANG BIJAK.

Satu hari, seorang bapa kaya raya yang berada jauh dari keluarganya membuat satu kejutan kepada anak-anak yang disayangi. Beliau memberikan sebuah peta harta karun kepada semua anak-anaknya yang sudah meningkat dewasa. Peta dan arahan-arahan di dalamnya telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu memandangkan anak-anaknya semua orang Melayu. Bahasa asal dalam peta itu ialah bahasa yang lain dan asing.

Anak pertama tak baca langsung.
Anak kedua masuk sekolah bahasa asing itu belajar untuk fahami peta dari bahasa asal.
Anak ketiga menghafaz peta itu dalam bahasa asal
Anak keempat masuk pertandingan dan menang dalam pembacaan peta secara berlagu.
Tinggallah anak yang terakhir mereka

10 tahun kemudian, semua anak-anak ini mengeluh.

Yang pertama mengeluh hidup tak tenang
Yang kedua mengeluh hidup tak senang
Anak ketiga mengeluh buka sekolah ajar orang lain hafal peta tetapi tersepit dengan kesusahan hidup.
Anak keempat dah tua, suara tak dapat tarik dan tak jadi johan pembacaan peta berlagu.

Semua mereka mengadu kepada anak terakhir yang baca peta yang telah diterjemah oleh bapa mereka dan terus bergerak mengikut semua instruction yang ada dalam peta itu sehingga menemui harta yang sangat banyak. Lalu menjadi si bongsu ini orang yang kaya raya dan gembira dalam hidupnya.


PETA ITULAH AL-QURAN. Satu kebijaksanaan yang telah diberi tetapi tidak digunakan. Satu sistem terbaik yang telah dicipta tetapi kita masih panggil Mat Saleh jadi konsultan bina sistem yang kita guna.

Namun, Al-Quran itu tidak menjadi apa-apa sekadar baca-bacaan, ayat-ayat yang disyairkan dan dihafaz tetapi tidak dijalankan arahan-arahannya. Lalu menjadi orang Islam, orang yang miskin dan hina di atas bumi milik Allah.

Al-Quran seperti Window 8, Taurat yang dapat kepada Yahudi hanyalah Window 95. Kedua-duanya dari pencipta yang sama (Allah). Tetapi, Window 95 orang Yahudi digunakan 100% dan Window 8 orang Islam hari ini digunakan untuk buka Facebook, Youtube dan Microsoft Words sahaja. Ia hanya mencakupi 1% keupayaan sebenar Window 8 itu sendiri.

Soal ILMU mesti AMAL.
Soal RITUAL mesti ada ACTUAL.

Di mana kita?

Penghafaz peta harta?
Pengkaji bahasa peta harta?
Pentilawah peta harta?
atau anda seorang Pencari harta yang berpeta?

Bila hari anak-anak itu dipertemukan semula dengan bapanya yang jauh itu, agak-agak siapa yang kena pelempang?


LIKE IT? SHARE IT


AL-USTAZ HAJI SAIFUL NANG AL-PUCHONGI
Mufti Puchong Jaya


p/s Anak jiran sebelah lagi best. Sorang ambil peta buat tangkal, sorang lagi buat serapah jampi ubatkan orang pakai air jampi yang dah dibacakan peta.

1 ulasan:

Wirda Amir berkata...

merenung jauh dibuatnya..tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...