Langkau ke kandungan utama

Pesta Penang 2013 Best dan Meriah

Ada sesiapa yang berhajat nak ke Pesta Penang? Pergilah. Aku sendiri telah sampai ke sana. Tak sangka juga keinginan untuk ke sana termakbul.




Aku ke sana pada 29 Disember 2013. Balik kerja, Isha budak rumah ajak keluar. Aku yang kebetulan tak kerja pada keesokan harinya aku cuti. Sekali Isha cakap nak ke Pesta Penang. Pucuk dicita, ulam mendatang!

Aku pergi berempat orang. Aku, Adda, Isha dan Ashraf.

Tempatnya sebelah dengan Stesyen Bas Sungai Nibong, Pulau Pinang.


Kalau tak tahu jalan nak ke Tapak Pesta Pulau Pinang, senang saja. Korang ambil jambatan Pulau Pinang (Penang Bridge) dan lalu ke depan USM, Gelugor. Jumpa lampu trafik, buat U turn, lepas tu terus sahaja sampai jumpa.



Kat tapak pesta dikenakan bayaran masuk RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Tapi, aku dan kawan-kawan pergi tu masa dah dekat pukul satu pagi, sebab tutup pukul satu, dah tak de sapa nak jaga untuk caj kami masuk. Mainan pun last je diorang nak habiskan minit-minit terakhir.



Aku terkejut tengok air minuman RM2 sebekas tu. Mahal. Kat Kedah, ada lagi air RM1. Kalau nak jimat, korang bawa saja air sendiri. Tempat tu luas juga, nak tawaf. Hehe~

Better, korang tak payah bawa anak kecil la. Sesak. Hilang ke, letih ke, susah nanti.

Ramai yang borong barang-barang macam karpet. Murah. Duk tanggung-tanggung karpet sampai langgar-langgar orang yang berjalan. Baju-baju dia standard la harga macam pasaraya juga, standart la harga, tak mahal mana, tak murah mana. Kerongsang murah la. Kasut, standart harganya.


Kat dalam tu, ada I-City macam kat Shah Alam tu. Tapi kecil je la. Okay la kan dari tak ada.


Tapi, best la Pesta Penang. Pergi lah.


P/s: Hari ini, 30 hb ada kawanku nak ke sana lagi tapi dia kata dah sesak giler. Malam esok, 31 hb pasti lagi ramai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker