Langkau ke kandungan utama

Dingorat Tak Henti-henti




Setahun dua ini, ada saja kumbang yang mahu merapati si bunga, aku! Masa aku ada saja berhubungan dengan lelaki-lelaki. Seorang lelaki dalam satu masa.

Mungkin di usia yang patut kahwin ini, maka ramailah lelaki yang cuba rapat. Ada yang aku layan. Ada yang tak. Aku ni pula jenis garang kalau bebaru nak kenal. Entah kenapa.

Ya, aku memang garang pada orang lelaki yang baru aku kenal tapi kawan perempuan aku cakap aku ni tak garang langsung. Aku susah nak suka kat lelaki. Tapi kalau aku suka, fuh.. lembut gila aku. Hahaha~

Ramai jugak la lelaki yang aku kenal. Rapat. Tapi tak ada jodoh. Tapi tak apalah, kalau aku jadi dengan diorang pun belum tentu aku boleh tahan dengan hidup dia. Sebab itulah Tuhan dah tentukan, dia bukan jodohku. Aku redha =)

Motif aku tulis entri ini adalah nak bagitau, walaupun aku tak kahwin lagi tapi bukan laku. Laku. Tapi jodoh belum sampai. Harap doa dari anda semua.
2 ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)