Ini Jawapan Kepada Persoalaanmu | ! sha my heart

.

Rabu, 20 Mac 2013

Ini Jawapan Kepada Persoalaanmu








Assalamualaikum.

Wah, tajuk tak boleh blah sungguh. Nak tarik perhatianlah katakan. Hehe~

Teringinnya nak menulis kembali. Teringin nak menulis novel, paling tidak pun menulis blog. Lama sudah ku tinggalkan semuanya. Hal ini demikian kerana sang lappy yang berpenyakit dan masa yang suntuk. Masa oh masa!

Aku kerja. Pergi pagi balik malam. Penat. Kemudian nak tunggu lappy pun lambat nak buka la, apa la, lebih baik aku gunakan masa yang suntuk itu untuk tidur. Itu lebih menuntutku.

Bulan ni, aku dah tak kerja. Aku berhenti kerja. Gila aku nak kerja kat tempat tu. Ah, tak suka! Ada gangguan. 

Tapi masalah sekarang, puas sudah aku mencari kerja. Namun tetap tidak menampakkan hasilnya. Ya ALLAH, permudahkanlah ujian-Mu ini. Aku tahu mesti KAU ada perancangan yang lebih baik. Jadi aku kena banyak bersabar dan terus berusaha. Mungkin sebab aku berumur, dah 28 tahun yang menyebabkan aku tak layak nak sandang jawatan yang ku pohon. Alahai..

Aku ada mengusahakan kerongsang menggunakan kain felt. Tapi kami (aku dan Adda) tak tau nak letak mana hasil kreatif kami itu. Ada yang nak beli pos tapi kos pos plak yang mahal, RM6. Macam tak berbaloi plak.


Aku tengah pening sekarang. Aku belum dapat kerja lagi. Adda dah dapat kerja. Ya, itu rezeki dia. Rezeki masing-masing. Bulan ni, aku baru nak kumpul duit, nak buat beli motor. Tapi kalau macam ni, macam mana? Kadang-kadang cemburu jugak dengan orang lain. Ada duit, boleh beli harta. Aku? Nak makan pun tak lepas. Kenapalah jadi begini?

Aku kena berbalik kepada Tuhan. Banyakkan istighfar. Buat solat dhuha.

Sabar Sha, sabar. Smile.
Hidup tak seindah yang kita sangkakan..

Tinggalkanlah sedikit komen untuk aku ye..

8 ulasan:

Lady berkata...

semoga dapat kerja baru :)

sha my heart berkata...

Terima kasih lady

Sarah Mohd Saleh berkata...

takpe ade rejeki tu.percaya dgn rejeki allah swt ;)

Ana Farhana berkata...

comei3

sha my heart berkata...

Tq2.
Ya rezeki di mana mana

noly anna berkata...

hi.
i am blogwalking.if u want to be a glampreneur like me,do visit my blog http://nolyanna.blogspot.com/

Aishah Jahirah berkata...

saya pun baru dapat keje tetap...umo dah nak 30an.keje dpt xsetaraf kelulusan. cuma fikir positif rezeki masing2... cepat or lambat je nak berjaya tu...InsyaAllah awk akn dapat keje yg sesuai... Awak kreatif mgkn boleh wat mcm2 lg dr felt yg setara dgn harga pos...

moizate berkata...

xpe...... rezeki ada kat mane2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...