Assalamualaikum.
Maaf, agak lama menyepikan diri. Lappy demam sekali dengan tuannya. Tapi, alhamdu lillah, tuannya dah sihat.
Dulu-dulu tak pula terfikir pasal bab aspek kenduri kahwin ni. Ada fikir juga tapi tak de la fikir dalam-dalam sangat, bukan apa, tak nak terluka sendiri. Uii, sakitnya frustrated! Tak nak tambah lagi, cukuplah.
Tapi sekarang ni dah siap search dan nak tahu dengan lebih jelas lagi. Kenapa? Ehem-ehem, rasanya dah makin dekat. Sweet.
See, perasan sendiri. Tak ada orang pun kata sweet. Gedik! Ahaks..
Ok, inilah antaranya yang perlu difikirkan oleh bakal pengantin:
Senarai persediaan/persiapan pengantin
1. Kad kenduri dan panggilan kenduri walimatulurus-off line dan on line
2. Banner dan bunga manggar
3. Katering/pakat orang kg - menu
4. Potong kelapa -photographer la..Hehe~
5. Souvenir/buah tangan/bingkisan - utk kawan-kawan -apa nak letak dalam goodies bag?
6. Ada bunga tak untuk kereta rombongan?
7. Baju untuk sedara mara ada tak? T-shirt ke, warna tema sama ke?
8. Pelamin, meja dan bilik sape nak hias? Konsep?
9. Baju pengantin - jenis kain, warna- ini kena kedua-duanya lelaki dan perempuan cuba dahulu untuk tengok warna sesuai tak terutamanya warna kulit gelap sedikit. oh ya, perlu juga ambik gambar untuk pastikan korang cantik dalam gambar dgn baju itu.
10. Mekap - mak andam mana? Pukul berapa nak mekap?
11. Tarikh yang sesuai -masa cuti sekolah ke masa cuti umum atau tak ada cuti langsung
12. Bila nak akad nikah -uruskan hal2 borang2 kebenaran nikah, surat pengesahan bujang dari majikan, ujian HIV Aids, nak kasi saksi tanda tangan, tok kadi/imam free bila
13. Kenderaan - sape nak drive? Tak kan pengantin sendiri kot?
14. Pengapit -siapa nak jadi pengapit?
15. Tempat -rumah atau dewan majlis kenduri, masjid atau rumah untuk akad nikah
16. Tempat untuk pengantin perempuan menyambut pengantin lelaki - tempat untuk rombongan menyinap, rumah atau hotel (kalau jauh)
17. Bayaran duit minyak/tol untuk setiap kereta rombongan/bas untuk jarak jauh
18. Inai- bila nak pakai, nak ambil mana
19. Apa-apa yang difikirkan sesuai.
Semua ini melibatkan kos.
Banyak juga perkara nak kena buat bila dah buat senarai tu, sebab aku ni jenis agak details. Duit juga tak ketinggalan, kena peruntukkan (spend on it).
Ui, macam ni rupanya pening kepala orang yang nak kahwin tu. Baru aku rasa. Aku belum nak buat majlis. Tapi aku nak buat preperation (persediaan) awal-awal sebab aku kan details (berlaku pengulangan di sini, hehe~).
Ramai orang berpesan yang bertunang tak perlu heboh-heboh, risau ada yang busuk hati. Tapi masa dah kahwin kena war-warkan, sebab nak bagitau kita dah kahwin dan nak suruh orang lain pun kahwin juga. Hihi~
Ops, aku belum bertunang tapi ke arah itulah. Ada yang wish tak? Haha, gediks betul pula. Entah jadi ke tidak pun belum tahu lagi, tapi nampaknya kali ini serius la. Kalau tak jadi pun, aku tak kisah sangat, alah bisa tegal biasa. Hehe~
Semoga ini sedikit sebanyak memberi panduan untuk anda melangsungkan perkahwinan ya. Semoga berbahagia.
Jom undi blog ini di sebelah kanan atas sekali atau boleh tekan link ini Digi Wow Awards.




6 ulasan:
belum punya rezeki untuk berkwin..
salam kenal saudari..blog ni nampak cantik
lmbt ag nk kawin..hihi
bila la diri ini nk kawen huhu
Woofer: insya-ALLAH, ada nanti =)
tq. Slm kenal jgk
Eira: lambat xpe. Persediaan awal
Sutera: ada tu. Sabar2. Hehe
Catat Ulasan