Buat Duit Internet, Boleh Dapat Ke | ! sha my heart

.

Isnin, 21 Mei 2012

Buat Duit Internet, Boleh Dapat Ke


Assalamualaikum.

Buat duit dengan internet? Boleh. Ada kawan-kawanku buat duit beribu-ribu dengan internet. Diorang main Churp-churp. Kawan yang buat duit dengan Nuffnang baru ada beratus-ratus. Aku ada la sikit, setakat seratus lebih. Kira ok la kan, siapa nak bagi duit macam tu free je kan?

Hajat nak buat duit dengan internet memanglah tinggi tapi nampaknya blog pun tak la banyak sangat trafik. Nak apply dengan syarikat yang besar-besar, jangan haraplah. Tapi Bro Framestone ada cakap blog bangsa lain walau dengan blog yang ada follower berapa kerat dan trafik pun tak tinggi tapi boleh dapat duit poket beratus-ratus sebulan. Sampai bila nak tulis blog dengan percuma?

Iya, memang mahu dapat side income dengan blog tapi tak tahu cara.

1. Churp-churp
Kalau korang nak join, klik sini: churp-churp

Churp-churp ni dikira bila korang kongsi iklan dan diklik. Kongsi pada facebook, twitter, myspace, blog, web dan sebagainya.


2. Nuffnang
Apa yang aku tahu, korang mestilah mempunyai sebuah  blog atau web sebagai tempat nak letak iklan diorang.
Daftar di nuffnang. Kemudian, anda daftar dan lengkapkan semua yang diperlukan. Selepas itu, bolehlah anda meletakkan kod di dalam blog anda. Tunggu iklan naik, dalam masa sebulan baru iklan akan berlari-lari dalam blog anda. Ini adalah tempoh pengesahan blog anda dari pihak Nuffnang.


3. Iklan kedai
Buat ruangan iklan berbayar pada blog anda. Ada juga butik kadang kala nak tarikkan pelanggan mereka. Anda dibayar setiap bulan, ikut kepada apa yang anda tetapkan. Aku belum buat. Nak juga buat.


4. Iklan syarikat
yang ni, lebih kurang macam iklan kedai-kedai tapi syarikatnya lebih besar. Mungkin anda perlu bertanya dan memasarkan blog anda kepada bakal pembeli. Kena pandai yakinkan bakal pelabur. =)


Bukan aku nak ajar korang bertukar niat berblog kepada nak buat duit. Tapi apa salahnya kalau berblog sambil dapat duit kan? Rugi sangat kalau ada blog tapi tak dapat sebarang bayaran. Semoga kita beroleh duit dari blog.

Terima kasih sudi lawat aku. Sayang korang.

15 ulasan:

gdsbnga berkata...

susahlah duit nak naik kalau trafik sikit :(

piika berkata...

u bagi i idea laa.
tq.

cinta siswi berkata...

siswi xreti..hukhuk.. ade blog sje2 je..huhu

sha my heart berkata...

Gds bnga: boleh je wlu trafik sikit. Yg penting bl0g kita valuable. Kena pandai yakinkan orang terhadap bl0g kita :-)

sha my heart berkata...

Piika: sama2, dear.

bagus, ada yang terkesan dgn entri ini. :-)

sha my heart berkata...

siswi: apa yg xtau? Bagitau lah. Apa yg sha tau, sha akn t0l0ng siswi, k. :-) xtau, tanya, k.

C.M.A @ CikMoonAdnan berkata...

moon suka nuffnang, pastu join global test market dan mysurvey..

3 tu mmg mendatangkan hasil yg terbaik... :)

sha my heart berkata...

Cma: kan kan? :-)
sha belum buat lg link yg u kasi tu.. On9 bnyk pkai hp je. Mcm skrg ni.

aswadz berkata...

trafik rendah je. income sket je. tp ok la dr xde lgsg kan.

sha my heart berkata...

aswady ok la daripada x ada lgsung kan. Untung la.

ABU berkata...

nice info.. bagus tuk orng yg brjinak jinak nak menjana pendapatan sampingan katanya..hahahahaha..

sebenarnya aku tak yakin aku blh berjaya menjana duit beriban riban dgn blog..

pelik je aku blogger baru ni selalu cakap pasal duit blog (macam aku dulu2).. after all baru aku sedar sebenrnya bukan mudah nak capai duit beriban riban tu..

sepuluh blogger yg keluar aku blh cakap mungkin 2 atau tiga je yg berjaya.. tu pun mata nak lebam jaga trafik..

tengok je la post diorng tiap2 hari.. sebulan mahu sampai 400 post.. gigih digging info, kopi pest berita, tips orng lain, main SEO bagai..

tapi tu pun bergantung kepda bilngan orng yg klik iklan.. kalau tak de.. tarak la money..

so, untuk yang baru baru tu nak blogging tu.. decide awal awal.. nak mata lebam atau jdi blogger suka suka sahaja..

kasihan je aku tengok mati matian jaga trafik tapi derrrr..

frankly speaking.. spanjang dekat setahun aku blogging duit aku cma 71 ringgit je.. baru je aku cek pagi semalam ahahahahahaha.. lawak pun ada.. baik aku gi buat OT atau buat part time.. banyak lagi aku dapat banding mngadap lappy 24/7...hahahaha..

cuma komen jujur*

sha my heart berkata...

Abu: memang betul komen ko. itu kan pengalaman ko sebagai seorang blogger.

memang sangat susah nak dapat duit. Better kerja. Sekarang ni blogger ramai. makin sengit persaingan yang ada. makin susah dapat duit.

aku pun sama. tak larat rasa nak cari duit dgn blog ni. tapi kalau kena caranya, menjadi juga.. tapi bukan iklan macam nuffnang la.

terima kasih komen panjang2 wei.

Nurul Akmal berkata...

Bro pun pernah bagtahu benda yg sama dekat Nurul..

RAN Gabriel berkata...

nice entry.. feel free to visit n follow my blog. thanks :)

MaMaRey berkata...

buat duit gdn internet..apa salahnya..sambil berblog sambil buat duit..banyak ke tak terpulang la pd rezeki masing2..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...