Langkau ke kandungan utama

Nak Cari Calon Pasangan



Assalamualaikum.

Sepupu sebayaku selalu didatangi rombongan merisik. Aku? Jarang-jarang sebab aku yang tegah mereka. Ye la, aku dah tak berkenan kot. Tak nak lah aku terima orang yang memang aku tak boleh nak 'masuk'.
Apa yang aku pentingkan, ialah agamanya. Kalau nak jawab rukun Islam pun tak lepas, solat entah ke mana, macam mana nak bimbing aku ke syurga? Orang kata, kalau sama-sama tak ada ilmu agama, kena belajar.
Tapi aku tengok beberapa pasangan, lagi teruk perangai lepas kahwin. Sebelum kahwin, solat. Lepas kahwin, entah ke mana solatnya..

Kadang-kala terfikir juga, bila kita (orang perempuan) tak ada pendidikan, diorang (orang lelaki) nak cari perempuan yang ada pelajaran.
Tapi, bila kita dah ada pelajaran, diorang nak pula cari yang biasa-biasa sahaja. Argghh! Tension.

Tengok orang lain yang tak berpelajaran pun hidup bahagia di samping suami dan anak-anak.
Bila tanya kita, kenapa lambat kahwin?
Aku belajar la doe. Aku ada sijil-sijil. Ko ada ke? Ko kahwin awal, kan? Tak belajar pun. SPM pun tak ada. Memang patutlah ko kahwin awal.
Aku? Aku ada sijil itu ini, penuh fail. Ko ada?

Jadi, janganlah nak banding-banding aku dengan ko. Apa ko ingat ko ada famili tu dah syurga bagi ko?
Bukan nak berlagak tapi kalau dah belajar, memanglah tak leh kahwin awal. Macam la mak ayah aku kasi aku kahwin masa belajar dulu. Jangan harap la. Selesaikan satu persatu dulu. Korang mak bapa korang yang sporting tu, ok la..

Ah, aku tension. Aku nak kahwin jugak!!!
Tapi, tak boleh tension-tension. Kang muka berkedut, tak cantik, tak de sape pula yang nak.


Kak aku pesan, sesiapa yang nak datang, biarkan. Mana tau kalau-kalau berkenan.. Argh, mana mungkin kak. Mana la tau, nak berkenan pula? Adei. Tapi, aku mula dengar nasihat kakakku itu.
Ye la, mana la tau, kalau-kalau menjadi. So, dia nak datang hujung bulan ni. Erm, tak tau la kalau-kalau dia tukar plan pula.

Apa komen korang?

Terima kasih sudi baca.

8 ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)