Langkau ke kandungan utama

Comelnya Anak Sulung Blogger Ben Ashaari




Assalamualaikum.

Rasanya ramai tahu yang blogger otai super hot, Ben Ashaari dah dapat anak. Aku tahu isterinya mengandung tapi tak tau pula anak ke berapa. Rerupanya anak sulungnya. Patutlah caring lebih. Pernah pula si baby tu berhenti jap bergerak dalam kandungan membuatkan Abg Ben dan isteri agak panik dan takut. Bila pergi ke klinik, bergerak pula. Saja je nak takutkan abi dan uminya. Hehe, nakal.

Lebih 4 jam tunggu, semua bilik operation penuh kat Hospital Putrajaya. Nak masuk labor room penuh pulak. Isteri blogger tersebut ada kes sikit, tu yang kena masuk operation room.

Alhamdu lillah, 2hb April 2012 -tarikh lahirnya. Anaknya 4kg. Lelaki.

Hah, 4kg? Jenuh tu nak beranak. Semangat kata orang tua-tua. Comel babynya. Bapaknya pun hensem, ibunya pasti cantik punyalah, orang Kelantan kan?

Aku tak ikut sangat pasal Ben ni. Aku cuma tahu sikit-sikit je. Okay la tu, tahu juga sampai boleh cerita balik kat korang kan?

Kakak kepada si dia pun baru dapat baby perempuan hari ni,2hb April anak kedua kat Hospital Putrajaya jugak. Nama? Nur Qaisara Naisyah kalau tak silap. Haha, memang silap ingat pun nama tu. Baca sekali je, tak ingat.

Biras kakak pun dapat baby juga, 1 hb April. Anak-anaknya semua comel-comel. Argh, rindu Uwaish yang baru dua tahun tu..

Bestnya dapat baby. Bila la nak dapat baby sendiri ni.

Komen?

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)