Langkau ke kandungan utama

Tujuan Berkahwin, Kerana Apa

Kahwin dan perangkap

Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrap.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI.

HIDUP kepada makhlukNYA . Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh.. Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..

Jangan Mencintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur.

Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku, Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh.

>>Terima kasih Semanis Kurma.

# dan berbahagialah mereka yang berkahwin kerana ALLAH. ALLAH.. ♥

Sumber https://www.facebook.com/profile.php?id=100000528800300

10 ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)