Langkau ke kandungan utama

Tolong, Kena Serang!

Assalamualaikum.

Apa khabar? Sihat tak?
Aku kurang sihat. Virus selesema menyerang! Pi jumpa doktor? Cepat ambil ubat? Dah, aku dah jumpa doktor. Dah makan ubat.

Selesema kali ini sangat teruk melanda. Adakah kerana aku sudah tua dan antibodi lemah? Mungkin.

Untuk pengetahuan (bajet je ada yang nak ambil kisah,haha), aku susah nak dapat selesema lama. Paling lambat sembuh pun 3hari, dah sembuh. Ini dah masuk hari ke-4 tetapi gelaja demam selesema masih wujud.

Aku rimas kalau dapat selesema. Sebab tu aku dapat jap je virus tu, maksudnya aku cepat cari penawar. Tapi kali ini virus kuat, tak berkesan penawar aku tu.

Aku dah pergi ambik ubat kat Klinik Nur. Sekali dapat 5 jenis ubat dengan bayaran RM38, duit kakak aku. Hehe.

Doktor tu peramah sangat. Muka dia Pan-Asia la. Mesti kacuk anak Mat Salleh ni. Bukan Melayu sebab macam kurang faham bahasa Melayu je walaupun dia cakap Melayu. Ahaks!

Nama dia? Tak ada pulak nama doktor tu. Quack? I dont think so. Sebab dia punya penerangan buatkan aku ingat balik subjek sains yang aku minat masa sekolah yang aku dah tinggal hampir 10 tahun.

Pagi tadi rasa malas nak telan ubat. Tapi tetiba je teringat yang si dia c0ncern gila terhadap kesihatan aku, terus tak berani nak p0nteng makan ubat. Hehe.

Bayangkanlah aku terbatuk pun dah suruh ambil ubat dan bebel-bebel. Kalau dia tahu aku sakit teruk macam ni tapi tak nak ambil ubat, memang berasap la kepala aku dengar dia punya lecture. Hehe.

Orang bebel sebab sayang, kan?

Aku demam, lappy pun demam. Aku taip guna handphone je.

Ok la, aku nak tidur dulu. Mengantuk makan ubat batuk.

Doakan aku cepat sihat, k.


Salam sayang,
Sha.

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker