Kisah Lelaki Kawan Baikku (1) | ! sha my heart

.

Selasa, 6 Mac 2012

Kisah Lelaki Kawan Baikku (1)



Kawan lelaki aku tu boleh tahan kacaknya macam mamat Korea ni juga. =)
Assalamualaikum.

Aku tak tahu bagaimana harus mulakan ayat dan bercerita. Ikut je la k.

Aku jenis sempoi-jenis reti kawan dengan lelaki. Kadang-kadang aku terlupa yang aku ni perempuan. Haha, dah teruk krisis identiti. Tapi jap je aku terlupa diri bila dengan kawan-kawan lelaki aku (ayat cover). So, sape nak kawan dengan aku, dialu-alukan =)

Aku nak kongsikan kisah kawan-kawan lelaki aku. Erk, macam jahat plak aku ni. Pada aku, mungkin aku dah terbiasa ada kawan lelaki, dah tak rasa janggal. (Tolong tegur aku, kalau aku salah).


Aku ada seorang kawan lelaki. Aku rapat dengan dia. Masalah dia ada dalam poket aku. Aku kenal dia macam mana. Walaupun dia macam agak teruk dengan orang lain tapi dengan aku dia baik. Ramai kawan-kawan aku duk kutuk dia. Tapi aku bantah dan mempertahankan dia sebab aku kenal dia. Aku boleh faham dia. Kadang-kala aku rasa dia macam adik lelaki kesayanganku (sorang je adik lelakiku).

Tapi hubungan kami terputus kerana aku terlepas cakap pada sorang awek kesayangannya. Dia pinjam duit awek tu. Katanya dia tak ada duit. Rerupanya dia nak beli handphone je. Masa aku jumpa dia atas tujuan nak serahkan baju tempahan, dia tunjukkan aku handphone barunya. Bila aku tanya, dia kata itu duit dia. Terkejut juga aku sebab aku kan kenal dia, jadi aku tahu la dia ada duit ke tak.

Awek dia tu pun kawan aku. Kami saling kenal. Jadi, aku kesian pada awek ni. Aku cerita pasal perangai sebenar kawan lelakiku itu. Kemudian, kawan lelaki aku tahu pasal ni. Dia marah aku. Dia cakap dah tak nak kawan dengan aku. Aku sedih gile malam tu. Aku nangis je. Aku dah tak kisah dah orang nak tengok pun..





(Petua: kalau nak nangis tapi tak nak sakit kepala, biarkan air mata tu turun macam dalam tv tu tanpa diseka. Biarkan/Rasai perjalanan air mata tu turun perlahan-lahan. Jangan control nangis, jangan fikir malu. Kalau tak, korang tak kan dapat kelegaan yang sebenarnya. Cubalah..)

Kemudian, aku hantar mesej-mesej pujuk dia, tapi hati dia keras. Keras sangat. Memang la aku sedih tapi apa boleh buat, awek dia tu pun kawan aku juga. Maaf aku tak boleh cerita banyak pasal awek dia. Tapi aweknya seorang yang baik.

Kesimpulan dari cerita ini, aku yang tersilap langkah. Memang aku menyesal
.

Kebetulan atau dirancang, dia mengenali kawan perempuanku yang juga jenis playgirl, dah ada steady bf, lagi mau ada scandal! Diorang selalu on YM. Bila aku jawab YM kawanku kerana dia berada jauh dari lappynya dan suruh aku jawab, dia seperti tidak mahu bercakap denganku. Oh, sangat  terasa!

Tapi masa kami terselisih semasa di depan Koop masa baru-baru bergelar pelajar Sarjana, dia tersenyum melihatku. Aku tak tahu sama ada dia masih marahkan aku atau tidak. Tapi itu sudah menjadi satu petanda yang baik. =)

Kenapa tak tegur? Aku biasa say hi je. Kenapa tak tegur (ulangan)? Sebab aku tengah rushing rasanya. Lagi pun otak tengah blank nak cakap apa. Ye la, sebelum ni kan gaduh.

Apa pun, aku bahagia dapat mengenalinya. Kami memang rapat sampaikan ada yang bertanya kami bercinta ke? Bercinta? Mana ada. Aku berharap agar perhubungan itu akan mekar kembali.

Maaf, terpaksa sambung dengan orang yang lain pula sebab dah terlalu panjang ni.

Korang ada kawan rapat berlainan jenis tak?

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

10 ulasan:

C.M.A @ CikMoonAdnan berkata...

hmm moon mmg ada bestfren lelaki.. rasanya dah 10 thn berkawan...

hmm xpernah gaduh serius ngan dia.. sbb kitrg suka gurau kasar dari segi percakapan laa..

shiema sufian berkata...

Shiema memang kawan dengan lelaki sebab tak slesa dengan perempuan. tapi ingatlah, serapat mana pon kita dengan lelaki mesti ada jugak rahsia antara kita dan mereka (:

Puan Pelangi berkata...

ada ada ! ada kawan lelaki ! kami masih berkawan , cuma dah tak rapat macam dulu . tak hua hua macam dulu sebab masing masing dak mula sibuk . dia dengan degree . Fiqa sibuk dengan family . Sekarang bertanya khabar pun 6bulan sekali . hahaha

*tapi rasa kehilangan

sha my heart berkata...

Cik Moon: bagusla tak pernah gaduh. bertuah =)

tapi bergaduh pun okay juga, sebab kita boleh kenal siapa dia sebenarnya. Hihi~

sha my heart berkata...

Shiema: mana pun sama, mesti ada rahsia sikit. =)

sha my heart berkata...

pelangi: ohh. =)

biasalah tu, tuntutan masa dah menjarakkan =)

NUR AYNIE berkata...

sesungguhnya aynie x pandai bergaul dengan dak laki hahahah...=.=

Obat Herbal Kanker Payudara berkata...

salam kenal....

Tanpa Nama berkata...

Kwan ngan lelaki ni kena tau bats kta ngan dia...klu x lain jdi nya...

Tanpa Nama berkata...

Ade kwn baik lelaki dah kwn almost 9 years. Tetiba skrg dah xcnct sbb slh phm sikit haritu. Biasa gadoh ngengada je tp this time xtau la knp dia lgsg xde effort nk berbaik. Sedih sgt ;(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...