6 Jenis Hubungan Percintaan yang Mesti Anda Tahu | ! sha my heart

.

Ahad, 11 Mac 2012

6 Jenis Hubungan Percintaan yang Mesti Anda Tahu





Assalamualaikum.

Apa khabar? Sihat tak? Kalau tak sihat, sila cari ubat ye.. =)

Lama rasanya tak baut entri perhubungan (relationship) ini. Jadi, jom la baca. Hehe~

Ada enam jenis pasangan yang wujud dalam sesebuah perhubungan . Justeru, terpulanglah kepada pasangan anda untuk menilau perhubungan anda dan pasangan. Berikut adalah enam jenis pasangan yang ada dalam dunia yang telah aku buat suai padan dengan perumpamaan Melayu. Let’s check out! =)

1. Ibarat ubat batuk ibu dan anak
pasangan ini seperti memerlukan sokongan. Penyebabnya, mungkin kerana menghadapi masalah dalam hidup seperti kehilangan pekerjaan,
Salah seorang pasangan akan menyokong dan memberi nasihat.
Hubungan sebegini akan berkembang hingga ke akhirnya sampai mereka mempunyai anak.

2. Ibarat anjing dan kucing
Mereka sering bergaduh. Bergaduh dan bergaduh. Tetapi mereka tetap memerlukan antara satu sama lain.

3. Ibarat aur dan tebing
Mereka saling memerlukan. Selalunya mereka mempunyai persamaan baik dari segi hobi, makanan, pakaian mahupun pendapat. Mereka serasi bersama kerana mempunyai persamaan antara satu sama lain.

4. Ibarat idola dan peminat
Hubungan sebegini biasanya tidak akan kekal lama kerana apabila tamat kekaguman terhadap seseorang atau seseorang itu mahukan perhatian yang sama, tetapi semuanya telah tamat akan menoktahkan hubungan mereka.
Macam minat artis agaknya. Apabila telah tidak minat artist tu, tukar perasaan minat kepada orang lain pula. Hubungan begini tak akan kekal lama.

5. Ibarat kejar rama-rama
Hubungan jenis ini ialah salah seorang pasangan mengejar untuk memberi perhatian dan kasih sayang. Rasanya mereka yang dikejar itu adalah orang yang banyak pilihan. Jadi si pasangan ini selalu  terasa terancam. Maka, dia akan buat yang terbaik untuk pasangannya supaya hanya tetrtarik kepadanya sahaja.
Apa yang aku perhatikan biasanya berlaku kepada orang yang mempunyai rupa dan tak kurang juga mempunyai harta. Hehe~

6. Ibarat orang dewasa
Hubungan mereka jarang mengalami pertengkaran kerana sudah memahami tugas dan tanggung jawab masing-masing. Mereka boleh menukar konflik kepada perbincangan atau boleh disesuaikan dengan keadaan yang selesa.
Biasanya aku tengok orang yang berkahwin selalu begini, saling bertolak ansur. Rumah tangga pun aman damai.

Dah tahu kan enam jenis perhubungan. Korang pula bagaimana, nombor berapa punya jenis perhubungan?

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

5 ulasan:

UniMeOw berkata...

ermmm uni xtaw lg tmasok dlm kategori mn..nt dah ada calon baru taw..haha


harap2 jenis dewasa la...:p

Dapur Link berkata...

wis mantapp
Kunjungi blik ya :)
http://dapur-link.blogspot.com/

NUR AYNIE berkata...

pyh nyer nk pilih ni hihihi..=)

Sam Banjamin berkata...

single jugak lebih best... bercinte, selagi tak jumpa yg betul2 ikhlas, jarang yang bahagianya... nak bercinte lepas kawen la...

sabree hussin berkata...

saya punya tak masuk dalam mana-mana kategori la pulak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...