4 Sebab Kenapa Blogger Tak Balas Kunjungan Anda | ! sha my heart

.

Rabu, 29 Februari 2012

4 Sebab Kenapa Blogger Tak Balas Kunjungan Anda



Assalamualaikum.

Ayat di bawah adalah keras dan berbisa. Kalau anda bertelinga kuali (eh patut ke?) silalah baca sampai habis. Tetapi kalau terkena batang hidung sendiri, silalah ingat siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya. Hehe~


Sebab kenapa blogger tak balas kunjungan anda

1. Blog korang sangat teruk
a.      Fizikal blog- Lambat loading sebab dah campak macam-macam eksesori. Dah macam pokok krismas pun ada. Hihi~ Buanglah semua tu, tinggal benda yang penting je. Ingat, orang terpikat pada entri yang memikat hati bukannya hiasan blog.

-Satu lagi, ada notification word pada komen. Macam mana nak buang, sila google.
Aku bukannya tak nak kasi tau caranya. Tapi bila aku dah terangkan satu persatu dia kata guna dashboard baru. (Ello, ko ingat aku ada satu blog ni je ke? Ko tak tahu kan, aku ni dah setting berapa buah blog? Tak kan semua hal aku nak kasi tau dalam blog ni, bukan macam blog ko, semuanya nak sumbat sampai tak fikir halal haram [sarcastic]).

So, daripada aku nak sakit hati dengan pembohongan ko yang ko tak jumpa apa yang aku ajar, ko pergi la berbaik-baik dengan pak cik google ye.
b. Body blog/kandungan- korang tulis entah apa-apa yang sampai tak tau nak komen apa. Ada juga ke? Ada.. Kemungkinan juga pembaca korang tak faham apa yang korang tulis. Sebab apa? Mungkin terlalu berahsia atau korang tulis guna short form atau guna bahasa rempit.
Terdapat juga blogger yang tidak bersetuju dengan apa yang anda tulis, jadi dia malas nak komen.


2. Perangai yang tidak disenangi
Banyak perangai yang bloggers tak suka.
Kalau aku, tak suka nak singgah lagi blog yang nak salahkan orang lain jer dan berlagak diva. Tak ketinggalan berlagak Datin/Datuk. Ello, ko ingat ko bagus sangat ke, hah?
 Oh ya, maaf ye aku dah tak larat lagi nak pergi ke blog yang begini. Aku tak mampu nak bohongi diri lagi nak berjimba-jimba kat blog macam tu. Rimas aku doe. Aku bukan jenis orang hipokrit. Jadi, lu fikirlah sendiri.


3. Blogger otai


Mungkin korang adalah blogger yang masih hijau (sedangkan aku masih kuning, tak cukup pigmen warna biru untuk menjadikan ia warna hijau. Maknanya aku lagi mentah dari korang), yang tak tahu kalau kita singgah komen pada blogger otai, tiada sebarang balasan komen. Janganlah kita mogok tak nak masuk blog itu lagi. Kerana siapalah kita pada mereka? Trafik mereka berpuluh-puluh ribu sehari. Kita berapa? 10 je sehari kot.

Kita juga kena faham, blogger otai yang famous-amos tu bukan kerja dia setakat blogging je. Mereka juga ada kerja lain. Sibuk. Kalau dia blogger sepenuh masa pun, sudah tentu dia akan fikirkan tentang bagaimana nak memperkembangkan lagi blog dia. Kalau setakat nak balas kunjungan korang satu persatu, yang komen satu entrinya beratus-ratus, dia dah rugi beribu-ribu lemon. Tu kalau sepenuh masa, kalau part time blogger lagi la sibuk. Please la fikir macam kita ni blogger otai untuk menyelami hidup mereka bergelar blogger otai, okay.


4. Silent reader
Kelompok ini sukar dikesan kecuali mereka sendiri memberitahu anda. Blog ini ada juga silent reader yang bukan dari golongan aku yang kenal secara peribadi seperti keluarga dan rakan-rakan. Ada juga blogger lain yang menjadi silent reader. Bila aku minta dia komen, dia enggan. Pelik juga aku.
Baru aku faham apakah makna silent reader sejati. Tapi rasa tak best pula sebab kadang-kadang rasa macam aku tulis tapi tak ada siapa yang membacanya. Dah nama pun silent reader, memanglah diorang takkan komen entri anda. So, redha je la, bukan semua orang ada silent reader. Ehem-ehem. Haha~


Kesimpulan

Tolong letak diri anda dalam tempat orang lain jugak. Berblogging bukan sekadar untuk syok sendiri je. (Oh ada yang bangkang, ada je orang tu blog dia ada 50 orang pengikut tapi komennya banyak. Korang kena sedar, dia tu sape. Yang mengomen blog dia tu siapa? Mungkin dia ketua pasukan Pandu Puteri, mana korang nak tahu kan, ke dia tu bakal ketua kampung ke.. )

Jadi, tepuk dada tanya apakah hala tuju blog anda. Kalau sekadar suka-suka, sila abaikan apa yang telah anda baca dari mula sampai ke perkataan ini.

Aku hanya menyampaikan apa yang perlu disampaikan. Janganlah pula memikirkan aku ni banyak ilmu. Aku juga sedang belajar macam korang. Aku adalah blogger baru yang lagi newbie. Sila beri tunjuk ajar, okay.

Sila tambah rencah dalam ruangan komen, ya. U are rock, bebeh! =)

P/s: Kalau nak baca pasal tips blogging sila klik sini
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

31 ulasan:

Feenas Sya berkata...

setuju ..

Zakaria's daughter berkata...

haha.

( wa silent reader lu )

pes time komen.
nak tunjukkan bahawa wa pes silent reader yg mengomen )

okay tak ? :/

UniMeOw berkata...

dulu kak sha ada bengang kt org yg skadar singgah n tulis kat shoutbox je,,tp x komen kan..

yg 2 uni stuju sgt..

& uni pon jrg layan org yg cm2..sb dh taw dy xbc pape pon kt blog kte..lalalala~

anif abdullah| AA berkata...

win-win situation..kalau orang komen,kita kena komen balik.. tak bole lagak diva al malatops..haha

huda jamil berkata...

setuju setuju. anyway, thanks for sharing tau dear. mane tau kot2 ada terlepas pandang ke.

nia marlissa berkata...

nanti ada yang tersentap biji durian

peyansanstaro berkata...

Kadang2 bila baca entri kak sha ne lawak pon ada jugak.. memang terbaik..

Oh ya, pasal silent reader?
saya salah sorg darinya...
hehehe =))

ABU berkata...

Aku dapt rasa orng tak suka kat Blog aku sebb Blog aku Buruk, berat banyak Sgt gambr dan penulisan yang ntah pape.. Kdng bukan belagak diva, tp Sbb kekangn masa.. Nak jugak post entry Baru even tak dpt sempt balas kunjugan komentar di privous entry..

Tak pe prasaan ingin balas dn komen balas tetap ada.. But soon will endup ur satisfaction and u know, why u still here keep blogging.. Yg Penting ikhlas, tel them wht info u got.. Kan.. Setuju tak ;P

luqman zakaria berkata...

betui betui...cek sokong hampa nohhh~

IZAHAR™ AZIZAN berkata...

setujunyee... hehe ala.. relax2 cool.. jgn marah.. mungkin diorg bloger muda yg tak tahu cara nk mesra dgn bloger.. biarlah saja.. lama2 diorg faham sendiri....(pandangan memandai2) :P hehe

Natasya Naslin berkata...

haha =p ada betolnye...

*kdg2 jadik silent reader/ kdg2 hyperactive reader ... depends on entry & blog .. mcm skrg ni .. agaknye aku TERhyper kot... hehe

AcidFlynN WraitH berkata...

<-- silent reader. hhaha malas nak komen sebab kelajuan pc lembab nak mampus hahahahah load 1 blog pon dekat 15minit. kalau 10 blog? hahaha gurau je

misskonspirasi berkata...

oic..baru tahu..salam kenl dari saya..budak baru berblog

cik ika berkata...

err..blog ika cmne ea?
tkut lak org ta ske kt blog ika

emy zulaiha berkata...

haha sy newbie jugak! :) haha

IdaRaida berkata...

saya pun suka jd silent reader..hahahha..:)

~ ADANDO ~ berkata...

Ada yang Berblogging sekadar untuk berkongsi cerita....

Bagi adando,kita Buat aje entry baru lepas tu ada ke @ tak orang nak baca terpulanglah...

Nak komen @ tak nak komen, terpulang pada hak individu itu sendiri.

faiz fakhirin berkata...

wa jalan jalan cari makan..bagi duit la skit pada tuan blog ni..nanti claim ngn nuffnang yea..

Sam Banjamin berkata...

catatan yang bagus... baru saya tau, kenapa hint di stats sy tinggi, tapi tak de lak komen yg banyak... rupe2 silent reader....

p/s : harap sudi singgah,,, komen la seadanya
http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/02/kian-melayu.html

Mr.Trollulz berkata...

DPP mana? :)

Panjang bena mu nulis. Pening aku baca. Lagi pening daripada memahami subjek kalkulus. :)

Tapi nasib baik apa yang mu kongsikan benar belaka. Setuju 200%. :D

Fendy berkata...

btol tu....

ANISA berkata...

entry yang best... tak nafikan semuanya betul...

Mia Adriana berkata...

setuju sgt2 !

mizmarmalade berkata...

HEHE.. ada betulnya tu kak sha, hihi :)

p/s : kak sha, I'm having problem nk letakkan link blog akak dlm my blog list sbb dia x appear as ur blog... cmne ek? huhu...

C.M.A @ CikMoonAdnan berkata...

moon kalo de blogger yg mcm no 2 tu.. mintak maaf laa.. xde makna nak g blog dia dah..haha

cik kiwi's berkata...

hahahaha. orang tu nak komen ke tak nak komen ke. terpulang pada diorang.

kita? relek2 sudah..:P

sabree hussin berkata...

kadang2 bukan sengaja tak nak buat kunjungan balas.. tapi lupa eheheh

perfect life z berkata...

buat pertama kali aku komen

Hanif berkata...

Aku bukan silent reader...aku nak komen gak...
Tapi paling benci ialah loading time....huhuhuuh

Bobby berkata...

Betul, mungkin newbie cam sy kena tingkat ilmu penulisan blog pula kan? Tq, entry yg berguna!

Jefry berkata...

Mungkin saja sibuk.. itu pasti dan bisa dimaklumi juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...