Langkau ke kandungan utama

Rahsia Top Blogger Otai


Assalamualaikum.

Korang kenal tak Fatin Liyana, Lyssa Faizureen, Yuyu Zulaikha, Hanis Zulaikha, Ben Ashaari, Ariff Shah, Eqbal Zack, Just Khai (yang memiliki rangkaian Oh,…! Oh, tidak! Oh, Media! dan lain-lain), Siti Badliah, Dunia Sebelah Zara, Nisa Menaip? Sekadar memetik beberapa nama blogger hebat yang menulis perihal peribadi.
(Kalau blogger SEO, terlalu ramai. Blogger hiburan pun ramai juga, sama seperti blogger agama. Semua itu susah nak ukur kejayaan mereka kerana trafik banyak mungkin disebabkan carian dalam SEO).

Dunia Sesawangku, Ijam Nizam, Jer Azhar, Anif Abdullah (AA), Aynie, Mizmarmalade, korang kenal tak? Tak ramai yang kenal sebab mereka hanyalah kawan-kawan sekampusku dan merupakan blogger meningkat naik.

Apa rahsianya mereka yang top top ini terus mendapat tempat di hati ‘pengusaha blog’?
(boleh pula cakap blogger sebagai pengusaha blog? Hentam sahaja Labu.. Haha~ )


1. Aura

Setiap daripada kita mempunyai aura sama ada aura positif mahupun negative. Masihkah ingat kepada juara Akademi Fantasia musim ke-tiga, Mawi? Beliau banyak dikatakan mempunyai aura. Aura mawi, orang kata.
Nak buat blog pun kena ada aura juga. Aura inilah yang menarik minat orang untuk terus melekat dan dilekatkan ke blog mereka. Blogger otai memang memiliki aura ini. Macam mana nak dapatkan aura? Mungkin boleh perbaiki hati dengan berzikir, betulkan niat, bersangka baik dengan orang lain, jaga percakapan dan apa sahaja yang relevan untuk menenangkan dan mendamaikan hati. Ceria.


2. Penulisan

Kebanyakkan mereka ini mempunyai gaya penulisan yang memikat hati. Bahasa yang digunakan juga mudah untuk difahami. Ketulusan dan kejujuran mereka menulis dapat dirasai.

Ada juga blogger yang mengakui dan terus promosi bahasa Melayu penulisannya dapat A1 tapi bila tengok penulisannya kalah dengan orang yang dapat BM B je. Tulisan kita penting kerana medium penyampaian maksud dan melancarkan pembacaan khalayak kita tanpa ada gangguan di minda mereka perkataan apakah yang dipilih dan apakah maksud yang hendak disampaikan.



3. Blog


Teknikal blog mereka sudah semestinya tip top. Mereka pandai dalam bab nak lajukan blog walaupun macam-macam disumbatkan ke dalam blog diorang tu tetapi load blog masih maintain laju. Ye la, tak ada siapa mahu masuk ke blog yang loadnya lembap. Jenuh nak tunggu, siot.

Kebanyakan blogger yang top-top ini menggunakan warna latar putih sebagai latar blog, dan warna tulisan hitam solid (macam aku la, haha, perasan). Warna putih dan hitam adalah asas, semua orang suka, paling tidak pun semua boleh terima kerana warna hitam dan putih adalah earth color
Ada juga yang aku jumpa blog (bukan blog ternama) menggunakan warna tulisan kelabu muda dengan latar belakang warna putih. Aduh, sakit mataku. Silalah edit di design>template>pilih warna hitam pekat.


4. Promosi

Ramai yang menggelarkan Ben Ashaari (BA) sebagai raja segmen. Beliau selalu membuat segmen untuk blogger baru. Ramai lagi blogger top-top ini yang membuat contest-contest dan give away (GA) yang berhadiah lumayan yang ditaja.

Selain itu, ramai yang meletakkan blog mereka dalam bloglist. Ini adalah salah satu promosi affialate yang sangat berkesan.


5. Peribadi dan keperibadian

Peribadi mereka sudah tentulah terbaik. Keperibadian pula, mereka bukannya jenis suka memaki dan menceritakan keburukan orang.

 Ada juga aku jumpa blog yang duk perli-perli entah siapa. Adoi, ko cerita pasal sape? Ini memberi tanggapan tak elok kepada orang lain. Sekali sekala tak apa. Tengok blogger ternama, mereka bukan tidak ada masalah tetapi mereka bijak mengawal keadaan.

Mereka juga ramah-tamah walaupun mereka sibuk dengan kehidupan seharian, tetapi kalau ada masalah mereka akan tetap menolong. Contohnya, Ariff Shah (orang lain, aku tak tau sebab aku tak rapat sangat, sekadar kenal blog mereka sahaja). Orang cakap Lyssa Faizureen pun ramah.


Kesimpulan

Banyak yang kita boleh belajar dari blogger ternama ini. Janganlah ambil langkah mudah dengan copy paste entri mereka tetapi belajarlah dari otai dunia blog (mereka tak kedukut ilmu). Kalau mencuri hak orang lain, kita tidak akan berjaya mencipta jalan kejayaan kita sendiri.


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.


29 ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)