Langkau ke kandungan utama

Oh Ye Ke? Tak Nak La



Assalamualaikum.

Aku agak sibuk sehari dua ini.

Fikiran dan emosi pun kurang stabil. Eh, artiskah aku nak cerita pasal peribadi? Er, aku bukan artis. Kalau artis pun, aku bukan popular. :P

Sebut pasal artis ni, teringat pula pada kelab tarian. Adik-adik dalam kelab sibuk sekarang ni. Aku pun malas nak menambah beban diorang lagi. Kalau macam tu tak dapat jumpa dan beramah mesra. Tak suka la..

Kalau annual grand dinner kelab tarian yang formal yang menteri datang, artis-artis, penuh dengan protokol, gambar pun tak boleh ambik suka hati, nanti pak guard marah, mana ada masa nak  berborak. Ah, tak suka. Eh, suka hati aku jer nak condemn, padahal diorang yang bersusah payah dan stress. Sebenarnya, aku nak jadi salah seorang daripada mereka. Tapi tak boleh, aku ni tetamu. Argh, tak best..

Nak berborak selepas tu? Erm, diorang memang sibuk sebab uruskan majlis. Berborak dengan orang lain? Aku rapat dengan majlis tertinggi (MT) je. Nak berborak dengan orang lain tu boleh tapi tak best la baru kenal.

Lepas tu, adik-adik kelab tu jugak terlibat dengan pertunjukan tarian. Ada yang in charge baju, mekap, gerak tari, muzik, makanan, pengurus pentas dan macam-macam la. Maknanya diorang sibuk. So, diorang takkan nak layan aku. Pasti aku akan kebosanan.

Hari tu, ada event yang diorang buat untuk membolehkan aku dan ahli yang lain beramah mesra. Alih-alih, postpone. So, aku rasa aku malas nak pergi untuk event kali ini sebab aku tak penting untuk event ni, ada tak ada nampak sama je. Nanti aku pula rasa sebal bila tak dilayan dengan elok. Eh, divanya aku. Haha, lantak la, diva ke tak, diorang harus hormat aku, aku orang penting kot. Hahaha~.

Lain kali je la aku jumpa diorang semua, kalau ada masa dan  one fine day. Hehe~

Apa pendapat korang?

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker