Langkau ke kandungan utama

Tips Persediaan Bila Ada Orang Nak Masuk Dapur Kita





Assalamualaikum.

Meh baca sketsa ni:

 "Esok, Mak Njang nak tolong masak."

'Ha, nak tolong masak?'


Nampaknya bertambahlah tugas aku. Bukan apa, kalau kita masak sendiri, dapur sendiri tak de la kisah sangat. Tapi kalau ada yang nak tolong masak, kena la dapur lebih kemas.

Meh baca persediaan untuk dapur kita dimasukki orang.

1. Peti sejuk
 Perlu pastikan kemas dan bersih. Barang-barang perlu teratur dan tersusun. Tak boleh bersepah-sepah.


2. Kain buruk
Kain buruk kena bersih putih suci murni gitu. Kalau guna sendiri, kita tahu la kan mana satu kain buruk buat angkat periuk, lap meja dan lap pinggan.


3. Periuk belanga
Kalau guna sendiri tak kisah pun warna apa tapi kalau ada yang membantu kenalah bersinar-sinar.


4. Pinggan dan cawan
Yang ni pun kena beri perhatian jugak. Orang datang dan nak makan juga, paling tidak pun minum segelas air. Jadi kena la pastikan set peranggu meja ini sentiasa elok dan sedia untuk digunakan.


5. Lantai
Lantai mestilah bersih dan bebas habuk.


Harap tips ni membantu sesiapa yang mencari info ini. Tak la jatuh saham depan bakal mak mertua, nanti. Haha~


Kena bersiap sedia dan sediakan mental dan fizikal untuk menghadapinya. Harap-harap, tak la semacam hari tu, yang mana 5 hari. Penat gile.

P/s: Terkejut juga, ada orang puji aku rajin dalam entri ini? Rajin? Tak rajin la, dah amanah kenalah jalankan.

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:


Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker