Langkau ke kandungan utama

Saya Tahu Awak Benci Saya, Semoga Awak Bahagia

Assalamualaikum.

Fikiran aku tak menentu saat aku menaip ini. Ada sedih, ada sedikit pengharapan.

Aku menulis entri ini untuk seorang yang aku amat rindu. Aku tahu, aku salah dan dia membenci diriku. Bayangkanlah orang yang kita amat sayang, membenci diri kita. ;( *tears rolling.

Awak, ya perangai saya sangat teruk. I am so bad. Saya boleh cakap macam tu pada awak, malam tu, kan? Tak patut. Memang tak patut.

Sedangkan sebelum ini, awak selalu berada di sisi saya, menyokong tindakan saya dan  menenangkan saya.

Saya tak percaya ianya akan berlalu begitu sahaja. Tapi apabila awak cakap awak serius, air mata saya meluru turun. "Takkan semudah tu?"

Tapi awak buang saya semudah tu je. Ya, saya tak berguna. Awak benci saya. Jadi, awak boleh buang saya sesuka hati awak saja. Awak langsung tak ingat pada saya.

Awak juga larang saya cari awak lagi. Ya, saya memang akur. Sebab saya takut dan hormatkan awak. Mungkin ini awak tak tahu, memang saya hormatkan awak. Cuma awak sahaja yang tak tahu.

Saya tahu awak membenci saya. Saya tahu awak terasa dengan entri tu.

Teruskanlah membenci saya kerana kesalahan saya ini.

Hanya satu saya minta, maafkanlah saya. Saya akan pergi (eh, memang saya sudah pergi) dari hidup awak.

Jadi, saya mohon, jangan rindu saya lagi. Jangan ingat saya lagi. *Saya dapat rasa awak rindukan saya, saya jadi sedih sangat. Saya tahu awak tak kisah pun semua ni. Saya tahu awak menyampah dengan saya. Jadi, biarlah saya hidup tenang.

Awak boleh bahagia dengan perempuan lain. Saya doakan awak. =)

Saya cumalah seorang perempuan biasa yang tiada apa-apa keistimewaan. Saya tak pernah menyenangkan hati awak. Saya tak pernah menggembirakan awak. Saya tak pernah menghiburkan awak. Saya buat baran awak naik je. Tentulah awak menyampah dengan saya. Saya tahu awak benci saya.

Jadi, tak perlu cari saya lagi kerana saya tak berguna. Saya teruk. Saya perempuan perangai huduh. Saya tak sedar diri. Awak meluat dengan saya, awak menyampah dengan saya.

Terima kasih untuk segalanya.

Saya nak tengok awak kahwin dulu daripada saya.

Ok, awak nak kutuk saya, kutuklah.. Awak nak maki saya, makilah. Sebab saya memang layak terima semua kutukan, makian, hinaan, kejian daripada awak. Sebab awak benci saya, saya tak berguna.

Untuk lebih tag dan link yang berkaitan, baca ini.


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

15 ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)