Langkau ke kandungan utama

Membuka Akaun SSPN PTPTN



Syarat-syarat pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
  • Pendeposit dan penerima manfaat hendaklah warganegara Malaysia
  • Pendeposit hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas
  • Penerima manfaat hendaklah berumur sehari sehingga genap 28 tahun
    Deposit serendah RM20
  • Salinan kad pengenalan MyKad/MyKid/Sijil Kelahiran untuk anak
·salinan sijil Perakuan atau Sijil Anak Angkat (bagi ibu bapa yang ingin membuka akaun bagi anak angkat di bawah jagaan sah mereka.


Pembukaan dan penutupan akauan SSPN
  • Pendeposit SSPN boleh membuat pengeuaran pada bila-bila masa.
  • Lengkapkan Slip Pengeluaran Deposit/Tuntutan Geran Sepadan (PTPTN-S-01/2-2005pin.2) atau borang pengeluaran/Penutupan Akaun/Tuntutan Geran Sepadan (PTPTN-S-01/15-2010) yang boleh diperoleh di kaunter perkhidmatan PTPTN di One Stop Center, KL Sentral atau mana-mana ejen SSPN beserta dokumen:
·                       Salinan MyKad/Kad Tentera/Kad polis Pendeposit yang disahkan oleh pihak yang diberi kuasa.
·                       Salinan kad SSPN yang disahkan oleh pihak yang diberi kuasa
Sal                 Salinan muka hadapan buku akaun simpanan penyata akau pendeposit sekiranya ingin wang simpanan tersebut dikreditkan ke akaun pendeposit

·        Serahkan borang yang lengkap diisi di kaunter perkhidmatan PTPTN di One Stop Center, KL atau mana-mana ejen SSPN atau diposkan kepada PTPTN di alamat seperti berikut:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan, Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur.
(u.p: Unit Pengeluaran dan Tuntutan SSPN)

·        Pemprosesan pengeluran adalah dalam tempoh 14 hari bekerja selepas penerimaan boring permohonan yang lengkap.

Tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh PTPTN dari semasa ke semasa. Untuk keterangan lanjut, sila tujuk laman web PTPTN – www.ptptn.gov.my

(Peringatan: Penamatan potongan gaji perlu dibuat sebelum permohonan penutupan akaun SSPN dilakukan dengan melengkapkan Borang Kebenaran atau Penamatan Potongan Gaju Bulanan SSPN)

Kelebihan potongan gaji
·        Memudahkan simpanan secara tetap
·        Menjimatkan masa dan kos
·        Tiada caj dikenakan atas potongan gaji
·        Melayakkan tuntutan pelepasan cukai secara konsisten
·        Potongan serendah RM20 sebulan bagi setiap akaun SSPN
·        Pendeposit mempunyai pilihan untuk membuat potongan gaji bagi kesemua atau salah satu akaun yang telah dibuka
·        Potongan gaji SSPN boleh dibuat untuk diri sendiri, ahli keluarga dan rakyat Malaysia yang lain
·        Menanam sikap berjimat cermat serta melahirkan budaya menabung.

Bagaimana hendak membuat potongan gaji?
Lengkapkan boring Kebenaran  atau Penamatan Potongan Gaji Bulanan SSPN yang boleh dicetak melalui laman web PTPTN atau diperolehi di kaunter perkhidmatan PTPTN di One Stop Center, KL atau mana-mana ejen SSPN dan serahkan satu salinan boring kepada majikan dan PTPTN.


Kelebihan SSPN

Pelepasan cukai sehingga RM 3,000 setahun
Diberikan mulai taksiran cukai tahun 2007
Jumlah simpanan adalah mengikut taksiran tanpa mengira bilangan akaun SSPN di bawahnya
Diberikan kepada ibu bapa atau penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun SSPN untuk manfaat anak
Perlepasan sehingga maksimum RM3,000 setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa iaitu simpanan ditolak dengan pengeluaran


Insentif perlindungan insurans, khairat kematian atau pampasan

·                  Simpanan terkumpul pendeposit tidak kurang dari RM1,000 pada setiap masa
·                  Perlindungan Insurans (Ringgit ke ringgit) jika pendeposit meninggal dunia atau ilat kekal
·                  Pemberian khairat kematian untuk pendeposit dan penerima manfaat
·                  Dibayar sekali sahaja jika pendeposit atau penerima manfaat meninggal dunia atau liat kekal.


Penyata akaun SSPN

Semakan penyata akaun SSPN boelh dibuat melalui e-SSPN di laman web PTPTN atau khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip: PTPTN SSPNNo.Akaun dan hantar ke 33199.
Caj yang dikenakan adalah sebanyak RM0.50 bagi setiap transaksi.


Maklumat terkini

Untuk semakan baki akaun SSPN boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-20804455
Mulai 1 Januari 2012 permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN diwajibkan mempunyai akaun SSPN dengan simpanan minimum RM20.
Digalakkan membuka akaun SSPN di kaunter Maybank untuk proses yang lebih mudah dan cepat (masa proses adalah sehari) manakala pembukaan akaun di kaunter Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat), Agro Bank, Bank Simpanan Nasional (BSN),  CIMB dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).



Tag: Macam mana nak buka SSPN PTPTPN, syarat pohon pinjaman PTPTN 2012, PTPTN Januari 2012, Skim Simpanan Pendidikan Nasional
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.


Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker