Entri Serius atau Santai | ! sha my heart

.

Ahad, 13 November 2011

Entri Serius atau Santai




Assalamualaikum.

Entri serius atau santai. Bilakah aku harus memulakan langkahnya? Aku rasa seperti janggal dan tidak rasa kebebasan dalam menulis entri. Aku nak buat blog sebagai tempat melepaskan rasa. 

 Aku lihat kawan-kawan blogger aku sudah mula berubah, daripada tulis merapu sudah mula tulis secara serius. Daripada tak tau apa itu SEO mula bermain SEO. Baguslah kalau mula mengorak langkah ke arah kebaikan, aku sokong. =)

Menulis secara serius? Tulis dengan bahasa Melayu yang betul dan semua orang faham. Nak tulis begitu boleh tapi nak kekalkan attrativeness entry tu agak susah.

Positif menulis secara serius
1. Memudahkan pemahaman pembaca terutamanya mereka yang tidak faham dengan dialek dan lenggok bahasa anak muda.

2. Orang akan hormat lebih kepada penulis disebabkan pemilihan perkataan yang digunakan dan pemikiran yang matang.

3. akan nampak kesopanan dan kesusilaan penulis

4. SEO mula lekat dari segi keywood.


Negatif

1. Penulis terpaksa bersusah payah untuk menulis- fikir perkataan yang tepat, gaya bahasa dan ayat yang bersesuaian.

2. Mengambil masa yang lebih lama untuk menaip sesuatu entri. Hal ini disebabkan proses pembacaan, editting dan preview yang mengambil masa.

3. Stress untuk menyiapkan suatu entri.


Ada apa-apa nak tambah, sila la ye =)

P/s: Korang nak aku buat entri santai macam biasa yang ada huha-huha atau entri serius yang mengupas sesuatu topik?


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

25 ulasan:

Ana Farhana berkata...

suka dua dua.. tapi jgn la terlalu seriuss.. boring jugak kn..hee

EYFAalias berkata...

dua-dua suka cuma tak suka baca entry pasal artis2 tu. semua copy paste je.

Khairil berkata...

betul tu , memang stress nak buat entry yang serius tambah2 lagi kena cari fakta utk menyokong...huhu

sha my heart berkata...

Ana: tu la, kadang-kadang terlalu serius, nak baca pun dah malas. Haha~

sha my heart berkata...

Efa; tak suka juga baca yang copy paste semata2 tanpa ada komen sikit pun

sha my heart berkata...

En Khairil: tau tak pe. mesti stress punya.

'yAnA' Cute berkata...

hehehe,...yana suke entry yg santai2 je kak sha..
tp kalu yg serius ia perlukan ayt penuh n agk lama msa penulisan sbb nk tgk ejaan btol or x..last skli mst xciap n jd draft jek..hihi...

bosan jgk wat serius..hehe..
yg santai ley tarik owg gak an.. =)

Ini Kisah Tia berkata...

tulis apa yang kamu mahu tulis ..

Ana Farhana berkata...

haha! btl3,mcm baca sejarahh,, haha :(

Pendamba Mawar berkata...

bg sy la... tengok apa tajuk yang cuba di kembangkan..:)

aimie amalina berkata...

menulis lah dari jiwa
santai atau serius mane2 pon okeh =]

ABU berkata...

itu dia.. kena sebijik kat kepala aku hahahahaha ok ok akan dipertingkatkan lagi usaha..:P

nice entry..

sha my heart berkata...

yana: erm, tu la. suka santai-santai saja tapi tulis secara serius pun okay juga :P

sha my heart berkata...

Tia: Nice. Saya suka tulis mereng-mereng, haha~

sha my heart berkata...

Ana: macam baca bahasa Melayu. hihi~

myra yusreena berkata...

me suka entry emo kowt..ahakss tak sengaje diemokan..hikhik :D

AcidFlynN Wraith berkata...

Entry serius sy - wat tutorial utk diri sendiri supaya ilmu yg ada tu tak lupa. nanti leh tgk balik kat blog.

Entry Santai - tulis je benda pe yang nak ditulis

sha my heart berkata...

PM: erm..Ok.

sha my heart berkata...

Aimie: menulis dari jiwa. Bagus =)

sha my heart berkata...

Abu: eh, terasa pula? aku tak kata kat sapa-sapa pun. Aku cuma nak tingkatkan keupayaan diri sahaja.

Entri ini muncul selepas tengok kawan-kawan aku mula mengorak langkah ke hadapan, termasuklah ko. =)

sha my heart berkata...

Myra: entri emo? itu kira santai ke serius? haha~

tak nak la emo banyak sangat, tak elok untuk kesihatan

sha my heart berkata...

Acid: tutorial tak payah nak tulis untuk diri sendiri tapi untuk orang lain yang belum tahu.

boleh jenguk menu tutorial kat atas tu. tak banyak, harap membantu. Boleh juga tengok kat tips blogging, ada tis baik punya untuk blogging.

entri santai, banyak je.. =)

MuniRAH Kadir berkata...

sedang2 boleh.x mola terlampau serius sgt...

sha my heart berkata...

munirah: boleh.. hehe~

AcidFlynN Wraith berkata...

what i mean is.. sy letak tutorial kat blog memang untuk diri sendiri supaya tak lupa tapi selalunya yg sy letak tu bukan tutorial atau tips utk blogging hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...