Assalamualaikum.
Aku selak-selak (klik sebenarnya) akhbar hari ini dan terjumpa sebuah berita seperti di bawah.
JAKARTA: Ungkapan senjata makan tuan bertepatan dengan kejadian yang dialami seorang lelaki, nama sengaja dirahsiakan, 55, Jakarta Timur di sini, semalam.
Datuk dua cucu itu tertusuk pisaunya sendiri ketika hendak menyembelih seekor lembu di kawasan penempatan penduduk dekat kediamannya.
Pisau yang baru diasah itu menusuk perut sebelah kanannya. Akibat insiden itu, mangsa dikejarkan ke hospital dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital.
“Pisau itu diselipkan di pinggangnya dan mata pisau yang disarung dengan plastik menghadap ke atas. Belum sempat menyembelih, pisau itu menusuk perutnya,” kata anak mangsa, Gadis Ayu (nama ditukar).
Ayu berkata, bapanya ingin membantu menyembelih haiwan korban dekat kawasan penempatan penduduk di situ. Dia membawa pisau yang diselipkan di pinggang dengan mata pisau menghadap ke atas.
Mangsa bersama beberapa penduduk lain memegang kaki seekor lembu yang hendak disembelih untuk dibaringkan. Penduduk menghadapi kesukaran membaringkan lembu itu yang memiliki berat kira-kira 650 kilogram.
Tanpa disedari, mata pisau yang diselipkan di pinggang mangsa mengenai perutnya ketika dia membongkok. Mangsa terus terjatuh berlumuran darah.
Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital oleh penduduk.
Kataku:
Cerita sedih dan tragik tapi aku rasa macam lucu pula berita ni. Umur dah banyak kalau tak tau pasal dunia pun.
1. Kenapa selit dengan mata ke atas? Selalunya aku nampak orang Malaysia selit pisau dengan mata ke bawah. Selit pisau dengan mata ke atas memang la bahaya. Kalau selit mata pisau ke bawah tu kurang bahaya sikit.
2. Berhati-hati dengan senjata tajam. Balut dengan plastik je? Aku tengok orang yang datang merewang kalau lelaki siap bawa pisau yang ada bekasnya (macam pisau Rambo) atau balut dengan surat khabar yang tebal, agak tak dapat ditembusi oleh pisau.
Moral of the story: Janganlah lakukan kebodohan yang menyebabkan tragedi tetapi orang yang mendengar berita itu ketawa terkekeh-kekeh kerana kelucuan.

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.
Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

kesian pulak
BalasPadaminnalilah.. kat metro heh??? maybe dia xsempat kot nk prepare ap2.. tpi mmg sengal punya crta lah
BalasPadamdie rushing kot...
BalasPadamtak pasan...
huhuuuuuuuuuuu...
errr , berhati - hati ketika menyembelih lembu :D
BalasPadamtak tersedar kot, nak cepat. rushing
BalasPadamsadis betul huhu
BalasPadam