Langkau ke kandungan utama

Tips Membalas Jejak Ke Blog Orang

Assalamualaikum...

Entri tips blog.

Entri emo. Kalau terasa, tanggung sendiri.

Aku mulakan entri ni dengan persoalan:

Kenapa ramai bila membalas jejak sekadar kat shoutbox sahaja?

Tak ada masa?

Entri tak menarik?

Er, habis tu ko ingat aku ni banyak masa dan entri ko tu menarik sangat ke?

Orang penat-penat komen-komen kat entri-entri ko (jamak melambangkan banyak), ko datang balik blog orang tu sekadar lepak kat shoutbox?

Aku tak kisah. Lantak ko la. Tapi ko yang tak kan maju dan aku pun tak kan jengah dah blog ko.

See, ko dah rugi pembaca dan pengomen blog ko seorang. Kalau ko amalkan lagi, ramai yang akan menyampah dengan ko.


Aku pun ada juga dulu kawan dengan seorang yang berlagak otai. Dulu ada juga dia komen entri aku di kala aku baru mencari apa itu dunia blog. Tapi sekarang ni, kalau aku komen blog dia pun, dia datang dan tinggalkan jejak kat shoutbox je.

Apa yang aku faham, dia dah tak nak kawan dengan aku. Fine! Aku pun tak kan jejak ke blog lagi.

Same goes to people who just leave their footprint in my shoutmix. Tak nak kawan dengan aku? Lantak la, ramai lagi kot yang memang ikhlas nak berkawan. Aku tak rugi apa-apa. Tapi ko yang rugi.


P/s: Nak berjaya dalam blog ni buat la dengan cara yang betul.

Happy blogging.


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!






Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.

              

Ulasan

  1. yay!
    sokong sha lelaaaajuuuuu =]
    weewiittt!

    BalasPadam
  2. erkk.. maafkan udin.. hehe..

    sowi sha, kekadang kan, sesebuah blog tu, entri dia buatkan orang speechless nak komen.. huhu.. tu yg kekadang ade yg tinggalkan jejak kat shoutbox tu.. hehe..

    BalasPadam
  3. hehe..seram baca entry ni..
    tp nice =p

    BalasPadam
  4. entry makan dlm , wuuuu , hekhek

    BalasPadam
  5. wow..mmg mkn dlm...

    BalasPadam
  6. Saya dah lama buang shout box... sbb bnyk faktor. bukan sbb komen je. sbb sy sendiri jarang menyerang kwn2 dari shoutbox :D

    BalasPadam
  7. Aimie: Selaju dan sepantas cahaya tak? Haha~

    TQ kerana sokong.

    BalasPadam
  8. Aiman: Kenapa tak setuju dik? Sila kemukakan hujah anda. Haha~ Kak Sha tak kisah, ada yang setuju, ada yang tak setuju. Adat la, pendapat dan rasa masing-masing.

    BalasPadam
  9. Udin: Dah faham sangat dengan Cik Udin tu. Nanti kalau sempat Sha up entri nak atasi masalah ni, k. =)

    BalasPadam
  10. Chi: Kenapa seram pula? Takut ek? Haha~

    BalasPadam
  11. Shah: Saya pun sama. Tapi tak buang shoutbox sebab utk memudahkan kawan2 nak tinggal jejak dan dapat trafik =)

    BalasPadam
  12. Uni: shoutbox tu sejenis makanan. Haha~

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker