Langkau ke kandungan utama

Muammar Gaddafi Meninggal Dunia Akibat Kecederaan Parah

Perjalanan Gaddafi berakhir...

SIRTE - Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi meninggal dunia akibat kecederaan parah, semalam, semasa pemberontak melancarkan serangan ke atas bandar kelahirannya di Sirte, Libya, sekali gus menandakan pengakhiran rampasan kuasa berdarah yang bermula di negara itu lapan bulan lalu.

Kematiannya disahkan Pengerusi Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC), Mahmoud Jibril dan disertai penyiaran gambar Gaddafi yang berlumuran darah oleh stesen televisyen Libya. Agensi berita Al-Jazeera kemudian menyiarkan gambar mayat Gaddafi yang diheret pemberontak di atas jalan raya selepas kematiannya.

Seorang pejuang anti-Gaddafi berkata, pemimpin itu ditemui bersembunyi dalam lubang di bawah tanah dan menjerit ‘Jangan tembak! Jangan tembak!’ kepada individu yang menangkapnya. Beliau dipercayai meninggal dunia akibat ditembak di perut dan kepala.

Menurut jurucakap NTC, mayat Gaddafi di bawa ke sebuah masjid di Misrata Selain itu, anak lelaki Gaddafi, Mo’tassi yang berada bersamanya turut ditangkap hidup-hidup, menurut stesen televisyen Al-Arabiya.

Pegawai NTC, Abdel Majid Mlegta berkata, Gaddafi, 69, cedera pada kedua belah kaki, tengahari semalam (waktu Malaysia) semasa cuba melarikan diri dalam konvoi yang diserang jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) sebelum beliau bersembunyi di bawah tanah.

Nato turut mengesahkan jet pejuangnya menyerang dua kenderaan tentera di Sirte, semalam.

Pembunuhan Gaddafi, yang berlaku sejurus beliau ditangkap, adalah perkembangan paling dramatik di dalam revolusi dunia Arab yang sebelum ini menyaksikan penggulingan pemimpin Mesir dan Tunisia, serta menggoyahkan kedudukan pemimpin Syria dan Yaman.

Lokasi persembunyiannya itu serupa dengan bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein yang ditangkap tentera Amerika Syarikat pada 13 Disember 2003 sebelum dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 30 Disember 2006.

Kematian Gaddafi bermakna NTC yang kini mentadbir Libya perlu memulakan tugas berat membentuk sistem demokrasi baru dan proses itu pastinya dicemari campur tangan kuasa Barat yang hanya menunggu masa untuk membentuk kerajaan pro-Barat di Libya.

Gaddafi, individu dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas dakwaan membunuh orang awam, digulingkan pada 23 Ogos lalu, selepas 42 tahun memimpin negara pengeluar minyak di Afrika itu.

Sumber: Sinar

Ulasan

  1. ya.. confirm meninggal.. aku ada baca dan tgk video kna tembak..tp.. tsk.. aku tak minat bnda2 ganas ni, so dah lupa aku tgk kat mana, padahal baru ja tadi ==''

    BalasPadam
  2. berita hot nih.. naik laa traffik kak .dah tengok video dia?

    BalasPadam
  3. Aiman: kite tak minat keganasan juga. kite tengok tv

    BalasPadam
  4. Anif: tak hot pun. trafik tak naik pun.

    orang lain buat awal, kak sha lambat

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker