Langkau ke kandungan utama

Ko Ingat Cool Ke Maki dalam Blog?

Assalamualaikum.

Tips Blogging: Ko Ingat Cool Ke Maki dalam Blog? Fuh, tajuk tak kalah. Hehe~ Dalam dunia blogging ni ada macam-macam jenis orang yang kita jumpa. Ada yang sombong (memilih kawan), ada yang ego (pantang ditegur), ada yang nak jatuhkan orang lain dan macam-macam la.

Itu la menggambarkan betapa melalui penulisan juga orang boleh tahu siapakah diri kita sebenarnya.


Kisah tauladan

1. Ingat kisah Apek (Khairul Fahmi-Penjaga Gawang Gol Bola Sepak Kebangsaan Malaysia) dengan bekas tunangnya, Elia si Jejari Runcing? Dan perbalahan peminat dengan kakak si Elia?

Semuanya kerana apa? Semuanya kerana sikap yang mahu menceritakan segala-galanya kepada tatapan umum.

2. Satu lagi kisah aku jumpa, blogger bergaduh. Kerana apa? Kerana mulut jugak, perkataan makian yang dicanai ke dalam tulisan di blog.


Kenapa berlaku?

Hal ini berlaku kerana seorang blogger tidak pandai untuk mengawal emosinya dan menghamburkan caci maki.

Aku juga belajar dan berhati-hati dengan ini. Aku risau kalau-kalau ada yang salah faham dengan aku. Dulu, aku selalu memasukkan emosi secara berlebihan dalam blog.

Contohnya, aku cerita pasal kesedihan, pembaca pun terasa sedih dan menangis serta bersimpati kepadaku. Sebenarnya, aku biasa-biasa sahaja. Keadaan aku tetap maintain biasa, tak ada la sedih-sedih.


Kisah Benar

Bebaru ni, aku jumpa sebuah blog pemiliknya perempuan, namanya sedap dan ayu. Tapi bila aku pergi ke blog tu, aku mengucap panjang. Entri-entri yang ada, penuh dengan makian. Ya ALLAH, beginikah akhlak seorang gadis?

Aku bukan nak tunjuk baik. Aku pun sempoi juga, cakap aku agak kasar (orang Utara) tapi tak de la aku nak tulis maki-maki semua. Aku bukan jenis suka maki seperti x-bf aku tuduh aku. Memang pedih dengar tuduhan macam tu. Macam la aku pernah maki dia. Dia maki aku ada la. Aku rasa dia tak dapat berfikir secara rasional.

Kalau nak kenal aku, cuba la add aku kat fb. Tengok macam mana wall aku. Tengok entri-entri aku, ada ke aku maki orang? Eh, lari tajuk pula.

Aku rasa nak je cepat-cepat keluar dari blog macam tu. Tapi sebab dia dah komen blog aku, maka aku pun kena la bayar hutang. Ikut hati nak je blah terus. Tapi nanti dia kata aku sombong plak. No, no, no. Ahaks!


Kesimpulan

Tak elok maki-maki. ALLAH tak suka. Malaikat tak suka.
Kan lebih manis dan afdal kita berzikir, bertakbir, bertahmid =)

Maruah kita akan jatuh kalau amalkan makian. Apa ko ingat ko cool ke maki-maki?

Hey Lady, jagalah adab dan sopan berbicara, k. =)


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 
Kalau rasa entri ni amat berguna dan bernilai, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Ulasan

  1. Hey, lady jangan dibiar lemah kamu juga bisa menipu dan mendua kan.. Eh, terbabas sudah... Ya kak Sha.. skrang ppuan pon dah ganas.. Tkot pon ada jgk.. Huhuhu~~

    dlu ada tgok vdio ppuan gadoh kat dpan kedai kasut gara-gara krna lelaki.. Ayooo.. xmalu la.. gaduh dpan orng awam.. klu nk gdoh pon p la gdoh kat pdang merdeka ke bru nmpak bergaya skit.. ad bran.. huhu~~

    klau dpt gfnd cm tu cpt2 la putus.. huhu~~ xsgop la.. sukasukihatimaktirilakibini dia je maki orng.. choyyy ~=P

    P/s : don't maki-maki..
    elakkan kntvesi tgkatkan prestasi.. hehe =) MAMPU?

    BalasPadam
  2. Aiseh, boleh jatuh saham seseorang gadis bila suke maki-maki ni.. ehek! ^_^

    BalasPadam
  3. insyaAllah tak akan bermaki-makian di blog atau fb :) hihihi
    huduh kut bila baca.. nmpk unmatured :P

    BalasPadam
  4. manusia ni cepat melatah
    cepat nk marah, cepat nk memaki
    sekarang perempuan pun sama je..
    bkn ajar utk jadi hipokrit dlm blogging tapi entri2 yg dibaca, cara perwatakan kita mggambarkan siapa diri kita..
    buat masa ni ada satu je kot entri emo sis ..pasal org tipu sis ..grr

    BalasPadam
  5. memaki adalah pembuka selera kemarahan..bila dah tak terkawal bisa dimulakan dengan pergaduhan fizikal..malah lebih ekstrem ada yang nyawa melayang..mintak dijauhi..

    kita nasihatkan dia dan kita doakan dia supaya diberi hidayah..orang yang maki2 ni akan stop bila makian itu memakan dirinya..

    BalasPadam
  6. ade gurl yg rase dowg cool n cun bile maki2 nie...dgn harapan owg akan kate "wowww..hebat lah gurl nie..."...

    mintak dijauhkan....:))

    BalasPadam
  7. Peyan: amalkan akhlak mulia. Tak senonoh la perempuan macam tu. Bajet bagus kot. Haha~

    BalasPadam
  8. Fara: itu la pasal.. jatuh harga hantaran. Haha~

    BalasPadam
  9. pasti syok: ayat yg berbelit dan ada double meaning.

    thanx for ur comment =)

    BalasPadam
  10. Amna: bagus2.

    Haah, nampak tak berapa cukup matang bila maki-maki segala. Sekali sekala tak apa tapi kalau selalu, sorry la. Tak nak kawan, tak nak sifat negatif masuk dalam diri =)

    BalasPadam
  11. mungkin dia rasa dengan buat entry maki-makian akan ramai orang pergi singgah kat blog dia

    BalasPadam
  12. Shikie: kat bawah tu kan ada. google +1 pun ada. Klik je =)

    BalasPadam
  13. Sis: tak salah nak luahkan perasaan. Tapi agak-agak la. Jangan sampai orang lain pula rasa tak selesa.

    Kak Sha tak selesa klu nak kena hadap 24-7 perkara negatif. Boleh cabut salah satu sel neuron. Hikhik~

    BalasPadam
  14. bethoi2...lidah kena jaga lau x kena kerat....huuhuh...
    Rupa cantek..kata2 kotor wat pee..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker