Langkau ke kandungan utama

Kelebihan Anak Melayu Fasih Berbahasa Cina - Baki Zainal Jadi Pengacara Rancangan Cina


Baki Zainal
Baki Zainal
Kelebihan beri rezeki jadi pengacara Step Forward musim keenam

SITUASI yang sering kali terjadi kala menemani teman untuk ke sesi uji bakat mengacara, akhirnya memberi ruang kepada Baki Zainal, 28, mendekatkan diri dalam bidang pengacaraan. Sedangkan temannya yang pada mula beriya-iya mahu menjadi pengacara, tapi sebaliknya Baki sendiri yang ditawarkan mengacarakan program Teens World.

Itu kisah enam tahun lalu apabila anak kelahiran Johor Bahru itu diberi mandat mengacarakan program terbabit bersama pelakon Fazura. Malah ketika itu, mereka masih muda remaja kala mengendalikan program terbitan KRU Motion Pictures yang disiarkan di TV2.

Selepas program itu, tumpuan banyak diberinya terhadap pelajaran. Kini 2010, membuka lembaran baru buatnya apabila dilamar menjadi hos program berbahasa Mandarin bagi musim keenam yang dipanggil Step Forward. Episod pertama sudah mula disiarkan sejak 21 Februari lalu di saluran Hip, 8TV.

Kelebihan fasih berbahasa Mandarin membuka ruang baru kepadanya selepas musim pertama hingga kelima dihoskan Dylan Leong. Selain dikendalikan pengacara Melayu, penerbitnya juga orang Melayu iaitu Mas Ayu. Malah sejak kali pertama disiarkan hingga episod kedua, ia mencapai tontonan seramai 570,000 ribu orang.

Pujian wajar diberikan kepada program ini kerana ia bukan saja ditonton kaum Cina bahkan mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton Melayu. Malahan Baki Zainal juga dipuji melambung dan buktinya laman Twitter, Facebook dan sesawang 8TV dibanjiri komen positif kepadanya.

“Program ini sesuai untuk ditonton seluruh masyarakat Malaysia. Paling mengejutkan saya apabila ia ditonton orang Melayu. Malahan, ada peminat yang menggelarkan saya sebagai pengacara 1Malaysia. Itu sudah membuatkan saya tersenyum bangga.
“Ketika ini proses melunaskan baki episod yang lain sedang rancak dilaksanakan membabitkan seluruh negara. Program ini cuba meneroka tempat yang pelik atau terselindung untuk dikongsi bersama. Ia mengenai kembara yang membabitkan apa saja berkaitan manusia, haiwan atau apa saja,” katanya ketika hadir di Balai Berita baru-baru ini.

Menurut pengasas Malaysia Celebrities Go Green ini lagi, Step Forward turut memaparkan adat istiadat dan perkara menarik yang tidak diketahui masyarakat. Sepanjang penggambaran dilakukan, Baki sudah melalui pelbagai pengalaman lucu dan mengerikan termasuk mendekati ular yang ditakutinya.

“Memang bersama ular Boa ini antara kerja gila yang pernah saya lakukan. Saya belajar menangkap ular dan ‘beramah mesra’ dengannya di Damansara. Pengalaman bersama ular itu saya terima ketika diuji bakat secara spontan sebelum diterima mengacara program ini. Saya seperti dibuli produksi program ini empat bulan lalu.

“Bayangkan pula saya kena bercakap tanpa sebarang skrip semuanya secara spontan. Kalau sesuatu topik itu berkaitan perihal sejarah atau fakta, saya perlu melayari internet untuk membuat penyelidikan. Bayangkan carian yang dilakukan hasilnya dalam bahasa Inggeris, lalu saya terpaksa menterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin,” katanya yang turut melalui pengalaman menyeramkan di Gua Batu Balos kerana perlu menjejaki tanah perkuburan purba yang penuh misteri.

Kefasihan berbahasa Mandarin

Ditanya mengenai kefasihan berbahasa Mandarin, Baki memberitahu dia mendapat pendidikan di Sekolah Cina Foon Yew, Johor Bahru hingga usia 17 tahun. Namun kerana mahu mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, Baki akhirnya berpindah ke Shah Alam.

“Di Kuala Lumpur saya jarang bercakap Mandarin kerana bahasa Kantonis yang kerap digunakan. Tapi mujur juga ingatan saya masih kuat untuk berbahasa Mandarin. Selain Mandarin dan bahasa Melayu, saya juga boleh berbahasa Inggeris.

“Saya juga pernah berkhidmat di TV9 tiga tahun lalu di bawah unit Perhubungan Awam. Sebelum Step Forward, saya pernah mengendalikan program Bid To Win, Play To Win dan Celebrity Chat di bawah siaran Media Prima. Step Forward boleh dikatakan lebih dekat dengan diri saya yang suka bercakap,” katanya yang pernah berlakon dalam sitkom komedi seperti Kopitiam dan Mr Siao’s Mandarin Class.

Tambahnya lagi, dia sering mempersoalkan kenapa ibu bapanya menghantar dia ke sekolah Cina. Selepas sekian lama, hanya pada tahun lalu, Baki mengetahui alasan kenapa ibu bapanya berbuat demikian ketika penggambaran rakaman program berita berlatarkan suasana Aidilfitri di rumah keluarganya di Bukit Jelutong.

“Bayangkan selama saya belajar di sekolah Cina, tiap-tiap hari saya kena menghadiri kelas bermula jam 12.30 tengah hari hingga 7.30 petang. Sebanyak sembilan subjek atau kerja rumah perlu saya bereskan. Memang tak nafikan, saya tak ada masa untuk bersosial. Saya banyak belajar sendiri di rumah kerana ahli keluarga yang lain tak boleh cakap bahasa Mandarin. Ia memang situasi yang menyukarkan.

“Berbalik kepada alasan kenapa saya dihantar ke sekolah Cina, ibu saya memberitahu saya mungkin tak berapa bijak, jadi kalau saya tak belajar tinggi, saya boleh bekerja di kedai runcit mengangkat gas memasak. Difikirkan balik, tergelak juga saya dengan alasan itu,” katanya yang tidak mempunyai kerja tetap dan rezekinya semua berdasar kepada permintaan.

Step Forward musim keenam disiarkan sebanyak 15 episod di 8TV setiap Ahad, jam 9.30 hingga 10 malam. Ia juga boleh ditonton menerusi telefon bimbit di mobile.8tv.com.my.

Profil: Baki Zainal


  • Nama penuh: Zahamin Baki Zainal



  • Nama komersial: Baki Zainal



  • Tarikh lahir: 16 Mei 1981



  • Usia: 28 tahun.

    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BakifasihberbahasaCina/Article

    Baki fasih berbahasa Cina
    Oleh Zaidi Mohamad
    zaidim@bharian.com.my
    2010/03/24

    Aku memang suka tengok rancangan Step Forward dari musim pertama. Waktu tu disiarkan pada pukul 7 malam, tahun 2004 kalau tak silap. Aku suka cara dan konsep rancangan tu. Pengacara dia pun okay. Walaupun rancangan tu berbahasa cina tapi okay sahaja, ceria =)

    Episod pertama sahaja aku boleh tengok dengan jayanya. Episod selepas tu, dah kurang tengok sebab agak bizi, al-maklumlah maghrib dan melanjutkan pelajaran. Memang rindu juga la nak tengok cerita tu masa duk campus, tapi apa kan daya TV ada sebiji sahaja untuk satu blok yang mana 300 orang penghuni dan banyak hal lain yang perlu diuruskan.



    Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 




  • Ulasan

    1. Rasa bertuah kalau pndai ckap mndrin ne.. Tmbah2 orng mcm saya ne.. Huhu~~ selamat la anak saudara dterima masok ke sek jnis kebgsan cina... boleh bljar dari dya nanti... Hehee


      P/s : klu anak orng melayu yang beljar di sek tadika swasta cina mesti lulus ppriksan dulu baru boleh msok sek jenis kbgsan cina..klu gagal exam msok sek biasa je.. ayooo..

      now .. hnya pndai mengira dalm bhsa mndrin antara 1-10.. huhu~~

      bljar bhsa asing mmg best.. huhu~

      ~bahasa Kantonis mmg susah sikit dari mndrin~ xsemua orng cina pndai berbahasa Kantonis... mjriti yg pndai berbahasa Kantonis ne berada di Penang dan melaka.. Hehee~~

      Amat cemburi pada kawan yang pndai bbhsa mndrin.. terutamanya kawan saya yang berbangsa india.. kelas gitu.. eng, malay, mndrin, tamil.. semua di boleh.. jlesss2x.

      BalasPadam
    2. waktu birthday Baki, dia dapat hadiah hammer yg comel dihadiahkan oleh peminat dia. kalau perasan, ada waktu iklan tu dia akan pegang hammer tu n ketuk2 sebab bila ketuk ada bunyik hahahah tapi memang best. Rancangan Step Forward tu pon memang best. pastu dia ada berlakon dalam sitkom bahasa cina tu. dah lupa tajuk sitkom tu dimana melayu, india belajar bahasa mandarin. hahaha

      BalasPadam
    3. memang beruntung dan bagus sekali kalau mahir dan fasih berbahasa selain bm..

      sis pun msih belajar mandarin :)

      BalasPadam
    4. Peyan: Oo, ada juga ya ujian sebelum layak. Kira diorang nak orang yang betul-betul berminat dan boleh menguasai bahasa Cina.

      Kak Sha pun teringin nak belajar bahasa mandarin jugak. Setakat sekarang ni boleh BM, BI dan Thai je. Tulisan Korea. Itu jer. Semuanya asas la, tak fasih sangat. Nak kena praktis lagi =)

      Bahasa Cina, keliru antara Mandarin dan Kantonis. Tu tak termasuk Hokkien lagi.

      Masa form 6, Kak Sha cakap je cina dengan adik-adik. Asas je la.

      Sekarang ni cakap Thai dengan mak pula. Asas jugak.

      Mula-mula, memang diorang tak faham. Tapi lama-lama, diorang pun cakap juga. Haha~ terpengaruh.

      Peyan pun cuba la. =)

      BalasPadam
    5. Acid:

      1. hammer budak2 ke? yg bila ketuk tu akan berbunyi.

      2. Step Forward memang best. Baki pula yang hos, lagi best. Haha~

      3. Kelas Belajar Mandarin

      BalasPadam
    6. Sis: memang sangat beruntung.
      otak pun jadi makin cerdik bila belajar bahasa asing ni =)

      Itulah hikmah yg ALLAH jadikan kita ni berbangsa-bangsa, maka berkenal-kenalanlah antara kamu =)

      BalasPadam
    7. bagus jugak kadang2 kita disindir oleh bahasa asing tp kita tak paham tp dengan kelebihan ni bagus jugak.

      BalasPadam
    8. wahh bestlah . kalau lah saya dapat ckp bnyk bahasakan best. huhuhu

      BalasPadam
    9. wah bestnye.klu lh sy sekolah cina smpi sek men mest lg mntp mndarin n kantonis sy.nyesal nye msk sek melayu ms sek men.

      BalasPadam

    Catat Ulasan

    Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
    Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
    Happy blogging.

    Catatan popular daripada blog ini

    Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

    Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

    Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

    Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

    Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

    Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

    Open Tracker