Langkau ke kandungan utama

Bab Mati Jangan Buat Main, Weh

Petang tadi, aku dah la kalut nak siapkan assignment yang cari bahan tapi tak jumpa ni, tetamu pula tak putus kunjung tiba. Kena buat sedikit hidangan. Eh, bukan sedikit, banyak kerana ramai yang bertandang. Ada pula yang mengetuk rasaku bab mati jangan main, weh.

Dalam kalut-malut tu, aku sempat lagi melarikan diri dalam bilik dan online. Hehe~ Tetiba nampak ahli Malaysian Blogger Unite (MBU)seperti kalut dan menyatakan owner, Ezad Amir (http://remajapower.blogspot.com/) yang juga kawan kami sudah meninggal dunia.

Biar betul? Diorang pun masih tak percaya dan ragu-ragu, sibuk mencall sana sini tapi tak dapat. Aku nak juga turut serta tapi komitmentku pada rumah dan family lebih besar. Lagipun waktu tu, aku sangat sibuk dan Maghrib menjengah.

Ini link  pasal kematian Ezad.
http://iekasayanggkamo.blogspot.com/2011/10/al-fatihah-untuk-ezad-amir.html

Aku memang sentap juga la kalau dia dah pergi tetiba je.. Teringat balik pasal perkara yang pernah dia ceritakan kepadaku.

Pesanan ringkas

Aku dapat tahu ada pesanan ringkas (SMS) a.k.a mesej disebarkan.

Mesej tersebut berbunyi begini:

Assalamualaikum awak kawan Ezad ya.
Diharap banyakkan bersabar.
Ezad dah meninggalkan kite semua tepat pukol 5.05 petang semalam.
Kami sekeluarga masih tidak dapat menerima kenyataan ini sebab sebelum ini dia kelihatan sihat je.
Diharap awak semua maafkan segalan kesilapan dia sepanjang dia hidup dan halalkan makan minumnya.
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 beriman. Maaf juga dari saya sebab tidak mendapat panggilan dari awak tadi. Kami sekeluarga masih terkejut dengan pemergian arwah. Maaf dari sy.
Al-fatihah

Mesej tu ada juga yang datang dari no handphone Ezad dan ada juga tak tahu siapa pengirim mesej atau pesanan ringkas tersebut tetapi sound like family members.

Memandangkan aku dan Ezad satu universiti dan aku ada kawan yang sama kursus a.k.a coursemate dengan Ezad, maka aku pun tanya la.

Meh baca ni, buktinya.

(Untuk paparan lebih jelas, sila halakan cursor atau klik pada gambar, k)


Kenapa aku nak sibuk-sibuk dalam hal ni?

Aku tak sibuk. Aku cuma nak tahu kesahan berita. Dia juga seorang kawan aku yang pernah rapat. Kesian juga aku tengok mereka yang juga kawan-kawan (bloggers) aku tak tentu arah dan menangis bagai nak rak (mendengar cerita dari kawan bloggerku yang lain).

Tak de la, kalau nak gurau boleh. Tapi jap-jap dah la.

Ezad, kalau nak orang sayangkan ko, memang diorang sayangkan ko pun, ada yang admire pun ada. Siapa? Rahsia. Hehe~

So, kesimpulannya, jangan mudah percaya. Kaji dulu. Selidik dulu.


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.            

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:


Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker