Langkau ke kandungan utama

19 Tips Mudah Jana Trafik Blog

Assalamualaikum.

Aku terjumpa 19 tips mudah jana trafik blog dari link ini. Aku nak tambah serba sedikit apa yang aku aku amalkan pula (sesuatu yang rugi kalau korang tiru -tak menjana trafik). Hehe~

1. Selalu BLOGWALKING dan tinggalkan KOMEN di blog tersebut.

-Seriously aku agak malas dek kerana line internet yang lembap bak unta berjalan di padang pasir yang panas.


2. Entry yang banyak MAKLUMAT atau explain sesuatu dengan BAIK. 

-Banyak maklumat tu susah nak buat tapi kalau aku tahu tentang sesuatu maklumat, aku dapat explain dengan baik. =)

Contoh blog yang banyak maklumat ialah Imbobo



3. Always PING kan entry terbaru korang. (klik sini untuk tempat-tempat ping) di http://mynadi.blogspot.com/2011/07/85-link-carian-engine-dan-blog.html

 -Ping kat fb? Kadang-kadang kalau tengok trafik masih maintain aku malas nak ping. Tapi, kalau dah menurun, mula la kalang kabut nak ping kat sana. Haha~


4. SIMPLE ENTRY.


- Susah juga nak buat entri yang simple sebab aku suka tulis panjang-panjang. Ya, memang aku belajar untuk ringkaskan entri macam Kotak Bulat tapi masih belum berjaya lagi. Hehe~
 


5. Kalau blog jenis politik. Cuba explain dari pandangan dua pihak. DONT BIAS okey!

-Ada juga aku masukkan entri berbaur politik tapi tak mendapat tempat di hati blogger daa. So, malas nak tulis lagi entri politik.

Merdeka Malaysia Bumi Bertuah

Contoh blog yang pandai buat kupasan dengan tidak bias : mai dari bendang


6. INSTALL TRANSLATOR dalam blog. Sebenarnya ia akan memudahkan orang luar untuk baca entry kita dalam bahasa yang dia  paham.

-Belum buat. Sebab ada belajar dulu kalau guna Google translator, ia tak translate betul maknanya tapi terjemahkan erti satu-satu perkataan dan maksud tak akan sampai.

Mungkin ada yang boleh dipercayai. Tapi belum jumpa lagi. Masih mencari.



7. ada FACEBOOK PAN PAGE

-Dah ada.  Sebenarnya bukan setakat ada tapi kena berkomunikasi dengan fan kita juga =)


8. TEMPLATE YANG MENARIK dan tak kusam. Warna blog jangan pucat.

- Blog aku ni pucat tak?



9. Letak SHOUTBOX

-Ada letakkan.


10. JOIN FORUM.

- Forum apa ya?

Oo, macam Sabah.net ya? Ah, malas.


11. SEBAR entry terbaru korang.

-Nak sebarkan kat mana?


12. Letak URL BLOG di comment

-Nak buat la nanti. Dulu dah buat, tapi berhenti sejak ada ura-ura dengar Google anggap spam. Sekarang nak guna semula.

Nak terjah balik blog
Ijam Nizam, dia ada ajar dulu cara-cara nak letakkan url blog yang siap jadi link.


13. Post 3-5 ENTRY SEHARI

-Banyaknya. Kite buat satu jer sehari.

Ok, nak buat 3-5 entri sehari. Chayo! =)

Macam blog redbloodsnow walaupun sibuk bekerja tapi Zie masih sempat untuk autopublish 5 entri sehari guna internet pejabat sahaja (kat rumah tak ada internet), sempat pula berblogwalking. Bayangkan lah.. Rajin dan berwibawanya beliau. =)



14. Join COMMUNITY/ BLOGLIST

-Memang join pun tapi masih tak banyak.
Bebaru ni pula, tapak blog ni ada prob, kawan-kawan tak dapat nak letak pada bloglist mereka.
Contohnya kat blog Sis Bui dan Kotak Kosong. Tapi kat blog sape ek, dah settle pun, boleh letak. Alamak, terlupa blog siapakah..



15. Join Yahoo Answers dan LinkedIn Answers. Tinggalkan URL di situ.

-Malasnya nak join. Alasan, buat blog pun tak ke mana, nak join Yahoo Answer? Oh, penat.
Mungkin one fine day, i join there. =)


16. LETAK ARCHIVES.
-Ini memang penting. Ada. Sila la pilih apa yang korang nak.
Tapi, jangan buat macam blog Peyan ni, susah nak tau entri apa yang berada di dalamnya.




17. ENTRY YANG KONTROVERSI.

- Ramai juga kawan-kawanku yang buat entri kontroversi seperti Ijam Nizam, Pendamba Mawar,

Bab ni, aku tak berani. Kalau entri SEO ok lagi. Malas nak buat entri kontroversi sebab takut menyebarkan fitnah dan memusnahkan hubungan orang lain.


18. JOIN BLOGLINKS.
- Ada juga join tapi memang masih tak banyak.


19. AUTO POST ENTRY DI FB DAN TWITTER. Daftar di networked blogs.
 -Dah ramai kawan-kawan aku buat contohnya Alien Inovation Plan.
Nak belajar pasal Networked blogs. Hari tu dah daftar tapi tak dapat. Nak explore semula.


Tambahan:

20. Letak LABEL dan PAGE
Hal ini akan memudahkan orang lain mencari dan melihatnya dalam kategori yang diinginkan mereka.


21. Bahasa dan perkataan

Entri kita mestilah boleh dibaca dengan ditaip penuh. Bukannya guna short form. Kalau ada guna perkataan jargon, mestilah diterangkan apakah maksudnya. (Jargon = perkataan yang digunakan dalam sesuatu bidang, contohnya bidang kejuruteraan, kedoktoran yang mana orang awam tidak faham).

Janganlah menggunakan bahasa rempit atau bahasa comel. Euuuwww.



22. Warna dan tulisan

Warna dan tulisan dalam blog juga penting. Kita kena puaskan semua orang. Please everybody.

-Aku tak akan singgah lama-lama kalau warna dan tulisan blog tersebut menyusuk mataku. Contohnya blog Han. Sorry, Sha tak dapat nak singgah selagi warna yang menyakitkan mata masih lagi Han gunakan.

Satu lagi, jangan banyak mainkan warna, nanti pening kepala nak membawanya.


Korang boleh ikuti apa yang disarankan. Tapi jangan ikut apa yang aku dah lakukan. Aku tak berjaya lagi dalam bidang blogging ni.

Boleh pergi ke page tips blog untuk kupasan pasal trafik, blog dan sebagainya.


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.

              

Ulasan

  1. banyaknya kriteria.. he2.
    kalau blog saya x de la akan naik trafik nih.. he3~

    BalasPadam
  2. wahhh..byk nyee..:D

    ehem..byk lagi yg xde niii..hurmmm

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Thnk krna tegur..
    Nanti saya betolkan..
    Hehehe =)

    BalasPadam
  5. arghh..banyak nye..m a l a s l a... hahaha...

    **info menarik..cikit2 ja bole ikot..yang lain x mampu

    BalasPadam
  6. byknye info dlm entry ni..yeke blog iMBobo byk info?haha.. anywy, thanks tag! :)

    BalasPadam
  7. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
    ups
    tutop mulut pat
    hehehe
    byknye tips!
    maceh!

    BalasPadam
  8. wah, thanks ats infonya :0
    masih buat penambahbaikan dlm dunia blogging :)

    BalasPadam
  9. Amna: Sha pun malas2 lagi nak buat. tapi tak pa, sekurang2nya kita tahu juga apa yang perlu dibuat untuk menaikkan trafik bila waktu terdesak nanti. Tak la kalang kelibut. Haha~

    BalasPadam
  10. En Udin: terima kasih atas pujian =)

    BalasPadam
  11. Miss Ina: Yup, banyak.. tu la namanya kena gigih berusaha.. hehe~

    BalasPadam
  12. Marliana: Jom2 improve and up grade promotion to our blog =)

    BalasPadam
  13. Peyan: sila2.. susah tau nak buka cari entri lama. dah la buat satu page untuk satu entri. terseksa jiwa raga nak cari entri lama. luahan untuk buat entri ni:

    BalasPadam
  14. chi: buat apa yg termampu saja deh.

    BalasPadam
  15. sis:marilah sama2 kita perbaiki kelemahan =)

    BalasPadam
  16. nak cuba! nak cuba! maceh sha!huhuhuhu

    BalasPadam
  17. the: sama2. sila cuba yang disarankan, bukan yg sha buat tau. =)

    BalasPadam
  18. sya kalau tak bw traffic memang merudum,heheh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker