Langkau ke kandungan utama

Petknode Bunuh Binatang Kesayangan - Kenapa Sampai Buat Begitu?

Assalamualaikum...

Korang suka binatang tak? Kalau pun tak suka, korang pasti tak akan bunuh sesuka hati melainkan bintang itu adalah yang boleh dibunuh, sebab membawa ancaman kepada kita. Contonhnya, ular, lalat, dan tikus.

Tapi aku yakin, korang tak kan sesuka hati nak bunuh burung, rama-rama dan lebah. Kalau ada orang dengan rela menyebabkan binatang 'baik' ini terbunuh, korang boleh terima tak? Contohnya sengaja langgar kucing sampai mati. Mesti korang juga tak boleh terima kan?

Aku nak bercakap pasal rencana kat bawah ni. Sedih giler membacanya. Maka sediakan baldi di sebelah ye..

Rencana ini agak panjang. Dah nama pun rencana, mesti la panjang. Hehe~


Kucing mangsa ketamakan manusia


“SEMUA kucing yang berada di premis Petknode itu kelihatan sangat teruk, ia diselaputi dengan najis dan kencing sehingga saya boleh memerah keluar air kencing daripada bulu haiwan itu.

“Mata kami kemudiannya tertangkap dengan beberapa tubuh kucing yang kaku di dalam sangkar. Di dalam sebuah sangkar itu, seekor ibu kucing dengan anaknya yang sudah tidak bernyawa, mati dalam keadaan saling berpandangan. Ia membuatkan hati kami bagaikan dihiris-hiris.

“Namun, airmata kami deras mengalir apabila melihat enam ekor anak kucing yang baru lahir sudah mati dan melekat pada lantai premis tersebut. Uri kucing masih lagi ada bersama-sama dengan tubuh yang tidak bernyawa itu. Kami cuba untuk mengangkat anak kucing itu dari lantai, tetapi kerana ia sudah keras dan melekat, tubuhnya berkecai.”

Demikian ungkap Bazilah Bahrin, sesekali menangis cuba menggambarkan betapa kejamnya perlakuan pengurusan Petknode yang telah menggemparkan negara baru-baru ini.

Gadis berusia 24 tahun itu, merupakan salah seorang daripada puluhan sukarelawan daripada komuniti Facebook, Kucing Terbiar dan Anjing Jalanan yang telah meredah masuk ke sebuah premis hotel kucing, Petknode di Petaling Jaya, Kuala Lumpur pada 4 September lalu.



KUCING yang ditemui berada dalam keadaan menyayat hati. Selain kurus kering, bersalut dengan kencing dan najis bahkan, ada juga yang mati akibat kelaparan atau penyakit.



Dalam misi menyelamatkan lebih 90 kucing yang dihantar pemilik ke Petknode sempena cuti perayaan Aidilfitri baru-baru ini, sukarelawan Kucing Terbiar dan Anjing Jalanan menemui 16 bangkai kucing yang mati akibat kelaparan, dehidrasi dan penyakit berjangkit.

Bazilah berkongsi kisah tragedi hitam bagi pencinta haiwan itu di Hotel Armada, Petaling Jaya dalam satu sidang akhbar tergempar yang mengumpulkan ratusan hadirin.

Menceritakan lanjut mengenai penemuan menyayat hati sukarelawan Kucing Terbiar dan Anjing Jalanan itu jelasnya, hasil aduan yang diterima di Facebook menyebabkan sukarelawan dan pemilik kucing berkenaan menyerbu premis Petknode.



DEWAN di Hotel Armada, Petaling Jaya dipenuhi oleh pencinta haiwan yang prihatin dengan kekejaman ke atas 'sahabat' manusia itu.



“Bayangkan bagaimana dua atau tiga ekor kucing berusia tiga tahun dengan berat kira-kira empat kilogram dapat hidup dalam sebuah pet carrier bersaiz sederhana?” soal Bazilah.

Seorang lagi sukarelawan yang dikenali sebagai Shahrina berkata, di luar premis terdapat lebih kurang 10 ekor kucing yang kelihatan tidak terusik kerana masih lagi berada dalam pet carrier.

“Pada sebelah petang serbuan itu, 60 ekor lagi kucing ditemui dari sebuah banglo di Desa Moccis, Selangor,” ujarnya.

Malah menurutnya, para sukarelawan dan pemilik-pemilik kucing lain percaya terdapat lebih 100 ekor lagi masih tidak dijumpai berdasarkan kepada aduan beberapa pemilik yang masih tidak menemui kucing mereka.


Tertipu




SUKARELAWAN komuniti Kucing Terbiar dan Anjing Jalanan dan pemilik kucing memenuhi premis Petknode Ahad dua minggu lalu selepas mendapat berita kucing di situ tidak diberi penjagaan sepatutnya.


Pada sidang akhbar yang sama, salah seorang pemilik kucing yang menghantar kucingnya ke pusat penjagaan kucing tersebut tidak menyangka akan terjadi tragedi seperti itu.

Hanya mahu dikenali sebagai Wani, wanita berusia 20-an itu tidak menghantar kucingnya ke Pektnode secara semberono. Dia terlebih dahulu membuat kajian dengan melayari Internet selain melawati forum-forum membincangkan perkara tempat itu.

“Semua maklum balas yang saya terima adalah positif malah, saya sendiri pergi ke Petknode untuk melihat suasananya.

“Kedua-dua pemiliknya kelihatan sangat sayang kepada haiwan terutama kucing. Dia menyarankan kami menambah rakan di Facebook dan menjadi follower di Twitternya,” ujarnya yang menghantar tiga ekor kucing.

Tambah menyakinkan kami sekeluarga, pusat itu hanya menerima kucing dan umum mengetahui haiwan berbulu itu pasti akan mengalami trauma jika berkongsi tempat dengan anjing.

Selepas tujuh malam ditinggalkan di situ, Wani yang perlu mengambil kembali kucing pada hari kejadian dikejutkan dengan suasana kelam-kabut mengatakan pusat tersebut mengabaikan kucing.

“Salah seekor kucing saya hilang mujur ada orang yang prihatin mengambil dan membela kucing saya,” ujar yang memiliki kucing daripada baka semi-parsi.

Seorang lagi pemilik kucing, Abdul Azim Abdul Rahim, 30, turut tidak menyangka hotel kucing yang sudah beberapa kali menjadi kediaman kucing kesayangannya sebelum ini bertukar menjadi seperti sebuah ‘neraka’.



SUASANA pada sidang akhbar oleh komuniti Kucing Terbiar dan Anjing Jalanan penuh dengan emosi.



“Saya sudah menggunakan perkhidmatan mereka lebih kurang lima kali. Selama tempoh tersebut, kucing saya berada dalam keadaan baik dan sudah pasti pelanggan pertama kali turut percaya dengan Petknode jika mendapat maklum balas yang baik,” ujarnya kepada media ketika disoal kenapa dia memilih Petknode.


Tiada pembelaan

Apa yang pasti, di sebalik minat orang ramai untuk memelihara binatang peliharaan seperti kucing dan anjing yang semakin meningkat, timbul persoalan sejauh mana kesedaran masyarakat mengenai kekejaman terhadap binatang yang didakwa telah menjadi sebahagian daripada keluarga kita?

Melihat kepada kes tersebut, Pengerusi Persatuan Melindungi Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA), Christine Chin berkata, terdapat satu akta yang boleh menyabitkan pesalah mendera binatang.

Aktanya adalah Seksyen 44(1)(d) Ordinan Binatang 1953 yang memperuntukkan denda maksimum RM200 atau penjara enam bulan atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

“Tetapi sehingga kini hanya seorang sahaja yang pernah disabitkan dengan akta tersebut,” ujarnya yang telah lebih 20 tahun memperjuangkan nasib haiwan jalanan.

Pada tahun 2005, seorang jurutera dari Subang Jaya, Lien San Chong, 46, dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM100 dan dua hari penjara kerana mengabaikan anjing peliharaan daripada jenis German Shepard bernama Sheena.


KEADAAN premis Petknode yang menempatkan hampir 100 ekor kucing yang dihantar ke sana sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.


Seorang lagi individu, Abdul Rashid Othman, 53, pula terlepas daripada dakwaan mengabaikan anak-anak kucing jenis Parsi miliknya pada tahun 2009.

Sudah menjadi adat manusia, apabila berlaku sesuatu kejadian yang menggemparkan barulah pelbagai peraturan mula diperkenal dan diketatkan.

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abd. Aziz Jamaluddin, mengeluarkan kenyataan bahawa hukuman yang lebih berat terhadap mereka yang disabitkan dengan akta tersebut akan dibentangkan di parlimen.

BAYANGKAN enam ekor kucing diletakkan bersama dalam satu sangkar sempit yang menyukarkan pergerakan dan membuatkan haiwan itu tertekan.


“Antara hukuman yang dicadangkan dalam rang undang-undang itu ialah denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum enam bulan,” ujarnya dalam sebuah laporan akhbar.
Bagi kes Petknode pula, pengasas Malaysian Dogs Deserve Better, Wani Muthiah berkata, tindakan yang boleh dikenakan kepada pemilik serta-merta adalah dakwaan melakukan penipuan.

“Denda yang dikenakan untuk dakwaan ini adalah RM200 bagi setiap ekor kucing namun, ia memerlukan kerjasama semua pihak. Semua pemilik kucing perlu membuat laporan polis yang sama bagi memastikan kes ini berjalan lancar,” ujarnya sambil menunjukkan contoh laporan polis.

Menurutnya, ia adalah langkah awal sementara dakwaan mengikut Akta Ordinan Haiwan 1953 dibuat.


Sumber: Kosmo
Oleh ADLAN JAAFAR


Aku kesian giler kat kucing tu. Dah la tuannya hantar dengan duit yang banyak. Alih-alih bila balik dari cuti raya tengok kucing dah mati. Sedih woo.

Saman-saman, jangan tak saman. Haha~ Zalim gile aku.

Tapi perbuatan mereka juga adalah zalim.

Isk, tak puas hati betul aku dengan diorang ni tau..



Apa kata korang?


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!






Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.

              

Ulasan

  1. Sungguh kejam manusia sekarang ne !
    saman je !

    BalasPadam
  2. kejam nya T__T sedih btol! kejam btol petknode nie! demi duet semua wat mcm nie~ kesian kucing2 tu! mmg tak de hati petknode nie!

    BalasPadam
  3. Peyan: a ah.. kejam betul.

    tak patut buat mcm tu..

    BalasPadam
  4. ehaminni: kadang kala demi duit, manusia tak nampak dah nilai2 keperimanusiaan..

    kesian kat kucing tu kan..

    BalasPadam
  5. org kata perkhidmatan dia seblum ni ok.. npe tetibe jadi teruk plak?

    BalasPadam
  6. pelik betul, atas alasan apa mereka abaikan amanah tu?mmg wajib saman tu..

    BalasPadam
  7. Rasulullah bersabda maksudnya

    "Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah." [Shahih al-Bukhari – no: 3318]

    bunuh hanya dibenarkan dengan cara yang baik sahaja - korban..

    sabda Rasulullah maksudnya

    "Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan ke atas setiap sesuatu. Maka apabila kamu membunuh maka perbaikilah cara membunuh dan apabila kamu menyembelih maka perbaikilah cara sembelihan. Hendaklah salah seorang daripada kamu mengasah pisaunya dan biarkan haiwan sembelihan mati tanpa terseksa." [Shahih Muslim – no: 1955]

    wa Allah hu alam

    semoga mereka yg berlaku kejam tersebut bertaubat, dan berdoa untuk keredhaan Allah..

    amin.

    BalasPadam
  8. KB: sebelum ni ok.. mungkin sebab raya kot.

    diorang (majikan) tinggalkan amanah kat pekerja. mungkin pekerja la yg nak balik kerja dan abaikan..

    wallahu alam.. sekadar andai. tak tahu cerita sebenarnya.

    BalasPadam
  9. mr Bobo: entah.. mungkin balik raya sama kot..

    BalasPadam
  10. aiman: betul tu.
    tak boleh membunuh binatang.

    kalau nak bunuh pun dengan cara yg baik. tak boleh seksa binatang.

    BalasPadam
  11. Han sedih baca entri ni..kejam betul...

    BalasPadam
  12. sungguh tak puas hati dengan isu nii
    huuuu =(

    BalasPadam
  13. aimie: tak puas hati dgn isu ni jugak.. haha~ tiru ayat.

    BalasPadam
  14. sedeyh :( nasib ad y membela wuuu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker