Assalamualaikum...
Entri peribadi.
Terlebih dahulu, izinkan aku mencoret serba sedikit perihal kita. Tapi, jangan bimbang, aku tak akan mendedahkan siapa dirimu; sama seperti dahulu, tak pernah aku tulis siapa dirimu. Bukannya aku jijik dengan namamu. Namamu seindah nama yang bergentayangan di langit. Cuma aku perlu merahsiakan siapa dirimu.
Biarlah tiada siapa yang tahu. Biar kita berdua sahaja yang faham apa yang kita alami. Aku bukannya tak mahu bercerita. Aku boleh buat entri tapi aku tak nak mendedahkan segalanya sebab internet ni bukannya bagus sangat. Senang je kalau nak jatuhkan orang guna internet ni.
Aku tak tahu apa salahku sehinggalah diberitahu.Ku susun sepuluh jari memohon ampun maafkanlah salah silapku.
Tiada niat aku untuk menghinamu. Siapalah aku untuk menghinamu? Aku tak ada sebarang keistimewaan dan kelebihan untuk menghina orang lain.
Perihal kawan-kawanku yang menghinamu, bukan aku yang menyuruh mereka menghinamu. Biasa la orang ni pelbagai ragam dan perangai. Ada yang baik, ada yang jahat. Dalam kes ni, aku nampak ada yang menjadi batu api.
Sebab tu la aku tak nak kecoh-kecoh dalam blog.
Sejak aku ditinggalkanmu, aku merinduimu. Tiap kali memandang telefonku, aku teringatkanmu. Tiap kali mesej masuk, aku berharap mesej darimu. Tiap kali call, aku harap ianya datang darimu. Tetapi semuanya hampa.
Betapa rindunya aku padamu hanya Tuhan saja yang tahu.
Aku berharap sangat kau akan beritahu aku yang kau sengaja berbuat begitu semata-mata mengujiku. Tapi aku betul-betul tersentap apabila kau menyatakan sebaliknya.
Apabila mesejmu masuk, terkesima aku. Ya ALLAH, kenapa jadi begini? Ikutkan hati mahu saja meraung waktu tu. (Eh, ye ke? Tak kot, kalau menangis tu biasa la. Lalala~) tapi aku duk bersama mak ayah dan adik beradik dan anak-anak saudara melepak di ruang tamu. Kalau nak masuk bilik untuk tidur pun jam baru tunjuk pukul 9. Tak normal la aku kalau masuk tido awal sebab aku jenis tido lambat. Mesti diorang tertanya-tanya dan hairan.
Pukul 11 malam, aku gerak masuk bilik. Kebetulan anak saudaraku tido bersamaku malam ni. Aku biarkan dia tido dulu. Then, aku melepaskan sendu di hati. Melayan perasan sedih. Sejam. Dua jam. Tiga jam. Ah, sudah! Tak tau nak henti pula tangisan bulan madu ni. Haha~
Dulu pun setengah jam je, kenapa sekarang ni lama sangat? Pedih dah mataku, jangan bengkak sudah la. Pilu di hati siapa tahu.
Pukul 3 pagi baru mataku dapat tutup. Sebelum tu, sempat aku hantar mesej kepadamu. Tapi tak ada la aku kacau sampai lewat pagi. Aku tahu kau mahu tidur. Aku terangkan segalanya. Sampai atau tidak, aku tak fikirkannya. Yang penting aku berusaha menjelaskan keadaan yang sebenarnya. Aku harap sangat ia dapat menjernihkan keadaan.
Pabila bangun pagi, aku macam tak ada masalah. Semalam seolah-olah tak pernah berlaku. Bukan aku tak terasa tapi aku kan jenis sempoi, jenis selamba. Aku ceria macam biasa. Tapi sedih di hati, hati menangis siapa tahu, kan?
Malam tiba lagi dan aku akan menangis lagi. Menangis tapi tak akan siapa tahu..
Minta maaf sebab aku tak boleh terangkan segalanya di sini. Tapi aku sudah hantar mesej kepadamu, kan? Namun, nak hantar banyak-banyak pun, aku risau ia akan menyebabkan kau menyampah dengan aku pula.
Ku kalungkan doa untukmu agar kau bahagia selalu.

Untuk mendoakan dirimu bertemu dengan seorang gadis yang baik, hatiku belum cukup kuat untuk mengaminkannya. Cemburu apabila ada gadis lain mendekatimu. Tapi, aku tidak cemburu buta. (Ye ke? Ini kena tanya pada dia la. Dia la yang lebih tahu. Hihi~ Gediks! Orang yang rapat dengan kita kan adalah cerminan diri kita).
Sekali lagi, aku mohon keampunan dan kemaafan darimu. Tulus dari hatiku. Sudikanlah memaafkan kekhilafan diriku.
P/s: TQ sudi menjawab mesej dariku pada malam raya pertama.

Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
kb lak rasa sedih bila baca ni.. :(
BalasPadamku ampunkan dosamu, keh3
BalasPadamko mengigau ke ni?
BalasPadamhaha.. ko xde dosa pun.. dgan aku..
jgnsedih2. sye plk yg sdih bce n3 nie
BalasPadamalahai,..mujur da abes air mata tengok citer industan td,..hahaha
BalasPadamjgn sedih..
BalasPadamSelamat hari raya sha..maaf zahir dan batin...:)
BalasPadam