Langkau ke kandungan utama

Hipokritnya Blogger yang Bajet Bagus Ni


Assalamualaikum...

Entri blogging.


Aku  tak tau la korang pernah rasa tak yang aku pernah rasa. Rasa terhina. Rasa benci dengan blogger tu. Ah, tak baik aku nak benci pada orang lain, kan? Okay la, tak benci tapi sayang. Haha~


Dia boleh duk pung pang, pung pang kata dialah blogger yang terbaik. Dia suka baca blog blogger lain yang follower dia kurang dari 2 ribu follower. Bajet bagus kalau bagus tak apa la.

Tapi aku bengang bila aku komen kat blog dia, boleh dia buat tak tau jer. Nak kata kenal dengan dia, tak pun. Tak pernah lagi masuk blog dia, dia pun sama, tak pernah datang ke blog aku.

So, rasanya tak ada masalah.

Aku dah komen kat entri dia. Bukan satu jer, banyak. Kalau nak tau, tengok cara aku pergi ke blog yang aku berminat nak berkawan, aku akan komen banyak-banyak. Kalau tak percaya, tanya Saizuan dan Imbobo. Sampai tak terbalas, kan? Haha~

Macam tu jugak la aku buat pada blog dia ni. Aku komen-komen. Tapi jangan kata nak balas komen, nak jejak ke blog aku pun tak..

Kalau dah macam ni terjadi, sorry la aku nak pergi ke blognya balik. Nampak sangat tak hargai pengomen blog dia, kan?

Nak kata dia bizi, tak pun. Nak kata ramai sangat yang komen blog dia, tak jugak. Ala kalau setakat 30-40 komen tu mampu dibalas lagi. Tapi pengomen blog dia setakat 5-6 orang je.

Apa pun, aku dapat rumuskan okay jugak aku buat komen banyak-banyak tu. Sekurang-kurangnya, aku tau kalau diorang tak datang balik ke blog aku, maknanya dia tak ikhlas nak berkawan dengan aku.

Aku tak tau la apa sebab dia. Aku masih lagi nak fikir positif. Lalalala~


Apa komen korang?


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!






Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.

              

Ulasan

  1. apa kata kalau fikirkan.. yg dia datang baca entri.. tp shout pun tak komen pun tak...

    macam yg aku buat.. haha!

    u know... komen.. komen~ haaa.. XD

    positif2 ;p

    BalasPadam
  2. mybe dy ad dtg... tp setakt baca je..or mybe dia mmg tol2 bz.. ad msa tok publish entri je.. think psitif ye..

    BalasPadam
  3. taktau nk cment ap..
    hehehe .. diam je =P

    BalasPadam
  4. agak sakit ati juga lakan..hehehe.. sellunya bloger yg dah fofular ni..jarang dah nak mengfollow blogger yg baru2..lagi2 nak komen..(x semua..tapi kebnyakkannya..-sy bercerita dr penglamn..heheheh)sbb sypun bloger baru..hehehe..x pela..blogger baru kena berusaha lebih..;-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker