Langkau ke kandungan utama

Hati Ini ‘Kuat’ Kepadamu





Assalamualaikum...

Entri sajakku.



Hati ini ‘kuat’ kepadamu
-“mainan syaitan saja tu”
kata-katamu itu masih lagi melekat di dadaku
ada benarnya ayatmu
mungkin banyak syaitan yang bertenggek di kepala aku ni

Kadang kala aku dipuput angin rindu
tapi untuk ku rembeskan kepadamu, sia-sia.


Terkadang, telepati menjengah gegendang telingaku
“Abang rindu Sha,” acap.

Aku tak tahu siapakah dia
cuma aku yakin dialah bakal suamiku
pemilik tulang kiri yang bengkok ini.


Aku cuma ada hati
yang masih kuat ingat kepadamu

Aku sudah berjaya melupaimu
tapi kadang-kala aku menangis merinduimu!


Sha,
5:01 pm
Kedah.



P/s: Kalaulah dia baca.. Tapi dia tak akan baca. Siapalah aku untuk singgah di hatinya. Aku tak ada tempat.  Kau baca kau akan faham. Tapi fahamkah kau?

P/s/s: Kepala mereng. Layan je la. Haha~


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!






Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.

              

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)