Langkau ke kandungan utama

Duit Hilang! -Tak Tau Nak Tulis Tajuk Apa Lagi

Assalamualaikum...

Entri peribadi.

Sila baca dengan sedih sambil diiringi oleh lagu Aishah-Pulanglah Di Hari Raya.


Duit aku hilang.

Sedih juga, tapi.. Nak salahkan siapa? Nak tuduh siapa?

Aku tak boleh salahkan sesiapa kerana ianya juga salah aku. Letak duit dekat dengan laluan ke dapur dan sesiapa sahaja boleh mengambilnya.

Nak tuduh sape? Erm, mula-mula rasa seperti mahu menuduh. Tapi aku tak tau sape yang ambik duit tu.

Aku letak kat dalam bekas alat mekapku di ruangan tengah menghubungkan ruang tamu dan dapur. Raya kan orang ramai datang, ada masuk sampai yang ke dapur.

Aku tak tuduh atau syak. Sekarang ni aku pun tak tau sape yang ambik. Kalau famili aku, aku yakin diorang tak ambik sebab dari dulu lagi aku letak kat situ tak pernah hilang pun.

Salah aku jugak la letak duit rata-rata. Kan dah kena kebas.

Aku perlu redha dengan musibah ini, dan duit tu bukan rezeki aku. Cuma singgah kat aku jap jer.

Memanglah tak banyak sangat tapi bagi aku yang tak de pendapatan tetap ni, agak lumayan duit tu. Aku boleh beli perkakasan mandi (toiletry), belikan top up handphone atau bayarkan bil broadband.

Tapi apabila sudah hilang tak berganti ni, kena la usaha cara lain.


Apa-apapun, aku perlu tabah menghadapinya. ALLAH nak uji hamba yang terpilih.

Aku yakin, ganjaran pasti ada. Hehe~ Tau nak ganjaran jer. Hikhik~


Moral of the story:
1. Simpan duit elok-elok dan di tempat yang selamat
2. Ikhlaskan diri menghadapi ujian-NYA.




Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!











Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.

Ulasan

  1. jgn bwk duit bnyk sgt.. :)

    btw thanks bnyk drop komen kt my blog smpai tak trbalas..

    i am uitm student, blk kedah rumah nenek.. :)

    BalasPadam
  2. woah, duet hilang time hari raya? dasat gilaaa. takpa2, maybe bukan rezeki u kot kan? redhakan ajeee laaa :)

    BalasPadam
  3. saya bukan sedih malah gembira sbb awak redha :')
    alhamdulillah.. insyaAllah rezeki ada dimana-mana. hilang sekali ada panggal ganti. dont be sad ^^

    BalasPadam
  4. lain kali simpan elok2 yer sha..sabar..dh bukan rezeki..

    BalasPadam
  5. wawawawa....
    jgan sdih2...
    bukan rezki kak sha tu...

    BalasPadam
  6. saiazuan: ia, tak ada la banyak sangat..tapi boleh tahan la banyaknya. haha~

    ala, tak terbalas? balas satu jer? tak pe la, tak nak komen bnyk2 lagi kat blog awak.

    org komen bnyk2 dia bls satu jer..

    ic..

    BalasPadam
  7. Rara: tak dasyat la.. biasa la tak semua org jujur.

    yup, bukan rezeki i.

    BalasPadam
  8. amna: terima kasih dear

    tq jugak atas kata2 smgt tu =)

    BalasPadam
  9. sis Bui: ye la sis.. uwaaa, sedih pula.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker