Langkau ke kandungan utama

Dilayan Dengan Baik, Terima Kasih Awak!

 


Assalamualaikum

Entri peribadi.

Semua orang suka dilayan dengan baik, kan?

Aku nak cerita pengalamanku dilayan dengan baik. Sebenarnya banyak aku dilayan dengan baik.

Tapi hari ini, biarlah aku bercerita pasal pengambilan jubah konvokesyen.

Sila baca dengan khusyuk dan tawaduk, k.

Aku dilayan dengan baik masa pergi ambil jubah. Teringat pada sedikit masa dulu ambik jubah, kakak-kakak kerani tu garang ya amat. Tapi untuk kali ini baik giler. Siap minta aku pakaikan jubah dan memberi komen bahawa jubah tu besar.

"Ambik saiz M"

Eh, aku belum cakap nak saiz apa dah ambik. Erm, tak apa la, nanti la minta saiz S ada ke tak.

"Boleh terbang ni."

"Macam dah nak terbang ni. Superman. Haha~"

Aku senyum je la. Segan seh nak borak-borak. Aku sorang jer. Diorang 4 orang, ramai.

Aku buka jubah tu dan seorang kakak tolong aku buka jubah. How nice.


"Sementara tu (kakak ambik jubah), boleh sign sini dulu. No 23 ya." Ujar sorang lagi kerani yang pegang buku daftar. Ku lihat banyak sudah kawan-kawanku ambik jubah. Ye la, hari ni kan dah hari ke-tiga ambik jubah.

Diorang minta aku pakaikan baju saiz S yang dihulurkan.

"Saiz S ni baru ni. Baru keluar plastik."

Syukur ada juga saiz S. Dulu aku dapat saiz M kalau tak silap. Memang besar la.

"Tapi saiz S ni kedut sikit. Kena iron."

"Tak pe," jawabku, angguk dan senyum.


Aku sarungkan jubah tersebut. Diorang bagi komen. Eh, dah macam cerita realiti TV  Amerika Tops Model dan Runaways pula. Hehe~
Bila dah berpuas hati dengar komen diorang, aku buka jubah. Tak sempat nak aku nak lipat tapi kakak yang jaga tu ambil. Dia kata, tak apa, dia akan uruskan.

"Biar saya yang lipat". Pergh, baik giler akak ni.

Dulu, aku kena lipat sendiri, dah la jubah tu besar, dengan selempang dan topi lagi. Memang tak cukup tangan la nak pegang. Dengan frame kayu 3 saiz: 8R, 11R dan 24R. Kayu jati pula tu. Berat giler.

Aku pula ambikkan untuk kawan aku satu set lagi. Maknanya aku pegang 2 set frame kayu. Dah la kena naik tangga. Memang berpeluh la. Kalau ikutkan hati mahu saja aku tinggalkan satu set kat sana. Tapi risau lesap pula. Ye la, mahal tu beb, beratus.


Jadi, pengalamannya amat berbeza. Dulu aku kena marah dengan akak kerani tu, entahla aku pun tak ingat sape. Sekarang ni baik pula layan aku. Adakah ini hukum karma? Haha~ Tetiba betul la aku ni. Kepala bengong. Lalalala~

Harap-harap masa konvo nanti best la macam dulu, memang terasa best. Rasa sebuah kepuasan yang tak pernah rasa. Uniknya perasaan itu. Best sangat.



Oh ya, aku ucapkan terima kasih kepada kerani-kerani tu sebelum aku berlalu. Rugi aku tak tanya nama diorang. Diorang orang baik.


So, kesimpulannya, kena la berbudi bahasa sebab orang akan ingat budi bahasa kita.

P/s: Sape yang nak rasa dihargai, sila la konvo :P


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!






Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.

              
9 ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)