Langkau ke kandungan utama

Tips Pilih Baju Raya yang Murah


Assalamualaikum.

Entri tips.

Raya dah semakin dekat. Macam mana dengan persiapan raya? Baju raya dah ada belum?

Jom la tengok tips dari Cik Sha My Heart sempena hari raya.


1. Tunggu Masa Sale-Jualan Murah


Awas, ini adalah untuk pasaraya besar sahaja. Kedai runcit Pak Mat, tak ada ye diskaun-diskaun macam tu.


2. Buat sendiri

Asal kapas jadi benang. Mesti korang pernah dengar kan? So, bila lagi nak gunakan kemahiran kemahiran hidup (KH) tu? Kapas-benang-kain-jahit-hias.

Ada sesiapa sanggup ke?


3. Bodek

Korang boleh bodek sesiapa sahaja, ibu, ayah, adik, abang, kakak, mak cik, pak cik, tok wan, nenda, tak ketinggalan tuan kedai. Tak pun mengorat anak dia.

Silap-silap boleh dapat penampar atau beraya di hospital atau di lokap. Haha~


4. Cari Sponsor Anda

Berbaik-baik dengan orang. Cari anak-anak ikan, sugar dady, sugar mummy. Silap-silap boleh tempah neraka. Nauzubillah..


5. Beli Masa Malam Raya

Tapi kalau tak ada saiz, jangan la menangis tak berlagu ya. Tapi menangis la lagu raya yang sedih seperti lagu M. Nasir..


6. Bundle

Bundle pun ok apa. Tapi aku tak perasan pula ada baju Melayu kat bundle.

7. Semulajadi (Nature)

Korang tak payah beli tapi pakai je baju yang diperbuat daripada daun-daun, kulit pokok atau barangan terpakai. Haha~

Boleh pakai tak otak geliga aku ni? Haha~


Jemput komen. Nak tau pandangan korang pula. Korang suka beli masa last minute atau siapkan awal-awal?

P/s: Tak best shopping time tak de duit. Window shopping je la..


Kalau suka, sila ‘like’. Kalau tak suka, suka hati korang la. Haha~

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)