![]() |
Bunga ini adalah cerminan diri kita terumatamanya sebagai blogger, "Dah OK ke aku ni? Apa yang kurang? Apa yang perlu ditambah?" |
Assalamualaikum.
Apa khabar readersku? Haha~ Bajet je ada readers.
Sejak dua menjak ni, aku banyak masuk ke blog otai. Ops, bukan bermakna aku tak masuk ke blog-blog picisan. Salah tu. Dengar dulu apa yang aku nak cakap.
Aku secara kebetulan masuk blog otai dan blog yang mempunyai entri berkualiti. Cara balas komen aku pun, skema-ayat-standard-Bahasa-Melayu. Fuh, aku respeks gile r.. Korang bayangkan lah, aku komen dengan gila-gila aku la. sekali dia balas macam tu. Terkesima dan malu la jugak.
Ye la, aku bukannya tak tau berbahasa formal tapi masih guna bahasa pasar. Bila kena macam tu, memang aku malu la. Korang malu tak kalau macam tu, in my shoes?
1. Perkataan
So, kalau nak buat blog secara serius, please la tulis perkataan tu bagi lengkap. Jangan buat short form. Orang menyampah dnegan short form. Aku pun dulu tulis guna short form juga sebab dah terbiasa tulis mesej handphone dan time tu line slow giler, kalau aku tak tekan publish, kang terlekat tak dapat nak publish langsung. Lebih baik ada daripada tak ada.
Tapi aku berubah bila blogger yang aku rapat, Ariff Shah (serius aku rapat dengan dia dulu, bulan Puasa tahun lepas tapi sekarang dah tak rapat- bukan bergaduh tapi bawa haluan masing-masing. Haha~) tegur cara penulisan yang guna short form, terus aku tukar. Tulis mesej handphone pun kadang-kadang tulis penuh (tapi tak la tulis sepenuhnya).
Kalau korang masih lagi tulis pendek-pendek, sila la tulis bagi penuh ya. Korang akan rasa nikmatnya menulis dalam tulisan yang penuh. Percayalah.
Tapi kalau perkara yang semua orang faham macam fb =facebook, hp= handphone tak apa la..
2. Fraud click
Isu lain, aku jumpa yang Nuffnang tu haram kalau kita buat fraud click. Macam mana? Kita klik sendiri iklan atau kita minta kawan -kawan kita klikkan. Aku pun memang terfikir juga halal ke duit yang aku terima kalau minta kawan-kawanku klik iklan?
Jawapannya haram. Kenapa? Sebab kita dah langgar perjanjian. Perjanjian yang kita tak akan buat fraud click.
Lagi satu, kita tak boleh letak ayat minta simpati untuk orang klik iklan tu. Bacaan lanjut, boleh rujuk sini, korang akan faham apa yang aku faham sebab beliau menerangkan dengan jelas.
3. Aurat
Isu tudung dan aurat. Aku dah berjaya buang gambar dan letakkan entri kat dalam draf kalau ada gambar yang tak menutup aurat walaupun dia bukan orang Islam. Aku tak nak kalau aku mati, saham dosa aku bertambah. Dosa yang telah ada pun tak tertanggung, inikan pula nak menambah dosa.
Memang la bukan kita yang tak menutup aurat tapi kita yang siarkan, kita yang tunjuk pada orang lain. Maka, kita la yang layak mendapat dosanya. Sebab tu aku tak letak ada sorang kenalan blogger di bloglist yang free hair sebab aku tak nak tanggung dosa.
Lagi satu, gambar perempuan. Gambar perempuan tak boleh letak kat internet yang saiznya lebih besar dari satu ruas jari *kelingking kalau tak silap. Cuba bayangkan kalau ada orang buat naya kat korang. Dia superimposekan gambar korang dan sebarkan. Apa korang nak kata? Salah sendiri jugak. Isk, menakutkan..
Usaha masih perlu untuk aku buang gambar-gambar yang tak menutup aurat.
Korang macam mana? Aku bukan nak tunjuk baik, tapi kalau ada jalan baik, kenapa tak nak kita sama-sama ikut, kan?
Terima kasih sudi sokong aku. Sayang semua.
Sila la 'like' kalau suka. Kalau tak suka, dislike. Haha~
ada yg datang kat blog saya buat macam tu..dia dah clik tp suruh membalasnya..huhu
BalasPadamgood tazkirah ni....bagus...
BalasPadamnever know this before.. huhuhu.. nicely done.. thanks~
BalasPadamnice entri..
BalasPadamtentang perkataan tu pendamba setuju ,dulu pernah gak ditegur oleh blogger lama
nuffnang entah la..tak pikir plak..sekadar pasang..haha
isu aurat tu,hurm saya rasa seorang blogger da pndai menilai sendiri apa ye boleh.apa yang tak boleh
waaaa
BalasPadamgawat nih
dah la selalu tulis jek..hihihi
tanx yep!
peringatan yang baik. untuk click fraud tu memang saya tak layan kalau ada yang cakap dah click iklan saya.sebab tak penting dan takut nuff marah.hheheheheh
BalasPadamcik kak..ni sy jumpa entry wanita yg x tutup aurat dengan sempurna dalam blog akak
BalasPadamhttp://sha-myheart.blogspot.com/2011/03/tolonglah-pakai-baju-yang-sesuai-masa.html
sila buang..
sy cme nak tlg jerk.. :)
tulis penuh? ikut DBP? bagus.. satu langkah martabatkan bahasa kita sendiri kan. :)
BalasPadambagus entri ni sbg peringatan.. blogger mcm ni lah yg kita cari hehe.. :)
BalasPadamhehe...dulu pown suke tulis pendek2 jugak..tp rasa macam xbest je tulis macamtu..hoho
BalasPadamLuqeem: tak perlu ikut diorang.. buat tak tau jer
BalasPadamEncik Khairil: Hehe~ jadi ustazah sekali sekala.. =P
BalasPadamMay Lee: No worries.
BalasPadamnow u know =)