Langkau ke kandungan utama

Belajar Dari Kesilapan Orang Lain

Assalamualaikum...

Entri peribadi.

Aku dah ok dari segi mental. Erk, gila ke? Aku tak gila, cuma ada yang membelengguku tapi kini dah bebas.

Syukur kerana diberi peluang untuk bertafakur dan berfikir.

Aku lambat buat entri hari ni sebab aku duk stalk blog orang. Tapi bukan semata-mata nak stalk cari kesalahan dia, aku nak tau je apa yang salah, apa yang betul.

Dia tu orang popular sekarang ni. Memang la dia kena kutuk pun. Satu negara kecoh. Dari situ, aku belajar sikit. Alamak, aku pun buat perkara yang sama.

Aku baru sedar yang betapa naifnya diri. Haha~ pape hal sikit pun nak cerita, kan? Minta maaf la, aku dalam stress.

Kini, ku temui diriku yang dulu yang hilang dalam sebulan lalu. Kini aku gembira kerana aku la diriku, tidak lagi menjadi tumpangan kepada orang lain. Haha~ Faham tak? Maksudnya, aku jadi contohnya, bersedih sedangkan diriku seorang yang happy dan optimis.

Malu juga bila memikirkan betapa nakal dan tak fikir panjangnya aku. Haha~ Umur dah banyak Sha, jangan nak buat perangai macam budak sekolah.

Namun, aku bersyukur sebab memang menjadi prinsipku untuk tidak menghebohkan siapakah nama serta gambarnya. Kalau tak, mesti la lagi orang menyampah.

Dah aku stalk blog dia, ada betul juga kalau aku pun jadi kekasihnya tak tahan jugak. Yang paling aku terkejut, boleh plak sesuka hati jer curi gambar pasangan dan letak dalam blog. Kalau satu, dua atau tiga jer tak pe la, ni lebih dari 10. Ya ALLAH, kalau ya pun, sikit-sikit sudah la..

Sape yang tak marah kalau macam tu, kan? Kalau aku pun tak tahan kalau macam tu. Dia popular pun sebab ada hubungan dengan pasangannya yang popular. Menumpang glamour orang kata. Sebelum ni dia orang biasa jer. Bila dapat tau pasangannya tu ada awek (dia la), terus popular blog dia. Naik giler-giler la..

Dari situ, aku belajar tak semua benda kita boleh revealkan kepada public. Sebab tak semua orang baik. Ada jer syaitan bertopengkan manusia yang dengkikan hubungan kita dengan seseorang.

Aku ni berpegang kepada janji. Itu tak kisah, rahsia ko memang dalam simpanan aku tanpa boleh dibuka lagi ibarat dah tak tau apakah rahsia itu. Tapi aku risau cerita lain yang orang boleh jatuhkan aku. Orang jahat ada di mana-mana.

Cerita peribadi tak elok kalau kita perbesarkan. Simpan sorang-sorang sudah la.. Jangan biar orang luar tahu.

Aku tahu, ada jugak korang menyampah dengan entri-entri aku yang entah pape. Aku akan kurangkan, insya-ALLAH =)


P/s: Gembirakan diri kita dulu, baru la ada orang akan gembirakan kita. Alhamdu lillah, aku dah jumpa diriku yang dulu, yang ceria.. Yeah! Happy =)

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. belajar daripada kesilapan dan ambik pengajaran, bukannya nak kutuk atau malukan sesiapa..

    Alam ini diciptakan utk mereka yg berfikir.

    BalasPadam
  2. btol tu kak . tp manusia selalu 'mengkritik' . salah fahaman , salah tmpat !

    BalasPadam
  3. kata pujangga:-jgn rasa diri kita sentiasa betul kerana kita akan rasa semua orang tk betul.

    BalasPadam
  4. nawal: kebanyakan manusia hanya tahu menilai kesalahan tanpa mahu tahu kenapa dia berbuat begitu.

    BalasPadam
  5. Abg Ghani: Bagus kata-kata tu...

    BalasPadam
  6. Sha fighting! Semua org ada masalah masing2. Percayalah, byk orang yg ada blog akan merasai apa yang Sha rasa baru2 ni. Kadang2 kita tak boleh kawal apa yg kita tulis dlm blog. Emosi kita pun kadang2 main peranan. Tak ramai yang mengaku salah bila diri sendiri buat silap. Saya setuju sgt. Kita jgn biar org jatuhkan kita. Byk manusia hanya tahu menilai kesalahan tanpa mahu tahu kenapa dia berbuat begitu. =D ~ Tirah rasa komen tirah mcm x related je hehehe

    BalasPadam
  7. salam alaik kak sha..macam tahu je sape yg dimaksudkan..hehe..ermm..siapa yg betul siapa salah mmg kita xtahu..tapi dua2 pihak pun ana rasa salah..huhu..

    BalasPadam
  8. Atirah: tq kerana sokongan itu..

    kdg2 emosi tak stabil.. haha~

    ya, jgn bagi laluan mudah utk orang lain menjatuhkan kita.

    BalasPadam
  9. Ana: kalau dah tau pun diam2 la..

    bukan nk cari salah siapa cuma belajar apa yg boleh kita pelajari di sini

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker