Langkau ke kandungan utama

Tips Cara Nak Tambah Duit Dalam Akaun Nuffnang

Assalamualaikum...

Entri tips.

Lama rasanya tak mengarut kat sini. Sebelum ni, dua-tiga entri yang ditulis adalah telah lahir dan dicatatkan dalam Ms Word dulu disebabkan aku kesibukan. Tetapi sebenarnya aku lebih selesa buka blog dan taip kat situ. Baru rasa kebestan dalam berblog. Hihi~ (Korang macam mana? Taip dulu atau taip kat blog?)

Memang itulah amalan aku selama ini. Baru la entri yang terbit tu adalah entri terbaik dari ladang. Hehe~ Entri aku pun pernah menjadi entri terbaik dari ladang dari blog seseorang, bulan Mac kalau tak silap. Aku malas nak belek balik. Korang belek la sendiri. Haha~ apa la punya blogger ni, pemalas kan? Wakaka~ Nasib la korang dapat kawan blogger yang pemalas ni.

Erm, apa aku nak merapu kali ni? Sebenarnya banyak jugak yang bermain dalam kepala aku.. Tapi aku kena saring dulu la, apa nak kongsikan kepada korang.

Sekarang ni, ramai sudah adik-adik junior yang mendapat BE (Buffered Earning) dari Nuffnang. Malam semalam, line kurang elok, aku ternampak Setiap klik, buffered earning AriffShah.com ialah RM20. Wow, masyuknya! Tapi Ariff pakai Nuff jugak ke?
Aku? Line internet yang teruk tahap chimpazhi tidak memungkinkan aku untuk buka akaun Nuff pun. Laman web Nuff agak berat.

Jadi no wonderla korang dah lama tak nampak iklan nuff dalam entri aku..

Apa? Korang tak tau apa itu Nuffnang? Meh klik sini Nuffnang.com.my. Nuffnang adalah agensi pihak tengah dengan pengiklan. Kalau ada blog adalah amat rugi kalau tak letak Nuff ni.

* Teringat pula, ada orang tanya aku dalam mesej facebook, Nuffnang itu apa? Nampaknya dia juga seorang blogger. Aku pun tak kenal siapa dia. Tetiba dia tanya aku. Aku jawablah sejujurnya..

Ok, sambung balik. Aku sudah layak (bukan nak berlagak) mengeluarkan duit dalam akaun Nuff. Tak banyak pun tapi nak dapatkannya, susah jugak.

Apa-apa pun terima kasih kepada para pengikutku kerana setiap minggu walau aku tak up date blog, tak on line, akaun Nuff aku akan bertambah RMx. Aku bersyukur dengan rezeki Tuhan ni. Ini mungkin jugak kerana jumlah Unique  Visitor (UV) yang banyak.

Untuk makluman, aku tak main (Search Engine Official) SEO. Dulu ada la dalam 5 kali je aku ping entri. Aku ni malas sikit. Aku nak rasa hidup sebagai blogger newbie yang noob.  Wahaha~ Padahal, pemalas!

Kalau korang nak entri korang mendapat tempat dalam carian orang lain, silalah ping entri korang kat sini.

Aku ping dulu kat Pingler je. Yang lain, aku malas. Korang boleh la cuba banyak lagi SEO ni..

Entri korang biarlah power.. Macam aku. Eh, bukan aku nak kata entri aku power tapi aku cuba tak main SEO untuk tengok sama ada entri aku power ke tak. Itu juga salah satu cara untuk cabar diri sendiri supaya menghasilkan entri yang menarik.

Kalau korang nak dapat BE, kena la rajinkan diri join apa sahaja yang Nuff anjurkan. Aku ni pernah la dapat tiket wayang percuma tapi tak pergi sebab tak sempat. Rugi woo..

Korang juga kena la berbaik-baik dengan Nuff, bodek-bodek sikit. Ops, bukan bodek ye tapi kena la korang menunjukkan minat dengan Nuff. Macam orang juga la. Kalau kita tanya macam-macam, join apa yang dianjurkan, beri sokongan, dia akan suka kita kan? Aha, begitu juga Nuff.

Sekarang ni, nak aktif dengan Nuff tapi tak dapat pula sebab line ni yang buat aku angin.. Oh, no!

Lagi satu, Nuff ni pantang kalau diduakan. Korang bayangkan Nuff ni macam isteri la. Isteri memang tak suka kalau didua-tigakan, kan? Kalau nak kahwin, sorang je k. Better korang setia la dan berbaik-baik dengan Nuff, memang akan dapat ganjaran punya la.. Percaya la.

Ok, aku simpulkan dan ringkaskan kepada korang, kalau nak dapat pendapatan dengan Nuffnang:

1. Mendaftar dan lengkapkan semuanya
2. Join apa saja yang dianjurkan
3. Berbaik dengan Nuff
4. Main SEO dan entri yang power.

Macam mana nak buat entri yang power? Kena la tulis sesuatu yang menarik perhatian orang dan masukkan emosi sikit. Emosi tu biar sikit jer k. Jangan banyak sangat, nanti menyampah pula. Wakaka~

Apa yang aku tahu, kalau nak dapat BE ni kena la rajin promotekan iklan Nuff atau aktiviti Nuff. Aku? Aku malas nak bodek-bodek. Wakaka~ Aku jujur dalam penulisan aku. Cuma kadang-kadang aku mainkan emosi atau cerita aku lain, tapi mesej aku sama.

Ok, marilah menjana kewangan sambil berblog. Yang penting utamakan entri dari niat nak cari duit sampingan. Nama pun sampingan, bukan utama, okay. Happy blogging ya =)

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




   

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)

Open Tracker