Langkau ke kandungan utama

Tips Bila Dilanda Kebosanan

Assalamualaikum...

Entri peribadi lagi. Haha~ Kesian kat pembaca blog aku.. Tapi ini saja yang terlintas di serebrum aku. Hehe~ Jangan marah ye.

Sebenarnya entri tips.

Selepas aku mengepos entri Pergilah Si Dia Menantimu, aku pun lepak la kat facebook. Sekali nampak someone duk komen-komen kat facebook. Ah, jeles gile! Rasa nak jer menyampuk. Dua-dua lelaki dan perempuan tu kenal aku. Tapi aku sabarkan diri. Rilekskan hati..

Rahsia nak tenangkan hati yang tengah berserabut?

1. Dekatkan diri dengan Tuhan.
Dia yang cipta kita, maka kena la kita bergantung harap kepada-NYA.

2. Sibukkan diri
Apa? Tak ada benda nak buat? Meh aku bagi korang idea..


Korang mesti ada facebook, kan? Facebook korang mestilah ramai (terutamanya blogger, memang ramai friends kat fb). Ok, kalau ramai, korang pergi je home dan tengok status orang. Komen-komen. Kalau rajin, baca komen setiap satu status. Aha, korang kan sudah ada perkara nak buat.



3. Tengok cerita
Ikut suka korang la nak tengok cerita apa..
Kalau aku, suka layan Korea sehubung dengan era zaman K-Pop ni.


4. Up date blog
Ini untuk blogger sahaja. Bila lagi korang nak update blog korang yang telah bersawang tu? Tak la pembaca dihidangkan dengan berita lama yang basi.


5. Cipta aktiviti baru

Aktiviti apa? Fikir sendiri. Haha~ Tak la, aku gurau jer.
Beriadah ke tanam pokok ke, cabut rumput ke, cuci bilik air ke.. Kan ada jugak aktiviti nak buat tu..


Ok la, itu sahaja untuk kali ini. Release jugak tension aku. Haha~



Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. selalu kalau bosan...kita tidur dulu...:)

    BalasPadam
  2. sha dok tengah boring le tu....hahaha

    BalasPadam
  3. bila banyak aktiviti macam tak de masa la pulak nak rasa bosan... hehehe

    BalasPadam
  4. 1-layan korea
    2-makan durian
    3-edit picture
    4-blogwalking n balas2 komen
    5-bc magazine lama
    hehe.. terlebih suda kak:)

    BalasPadam
  5. Bigdaddy twin: bukan stiap masa boleh tido ma..

    BalasPadam
  6. Jer: itu sudah tentu.. tapi kalau dah bosan main game? haha~ kena la buat cadangan kak sha tu. hihihi~

    BalasPadam
  7. Kak haniey: a ah, sebab tu kita kena banyakkan aktiviti, tak sempat rasa bosan terus.. haha~ mujarab.

    BalasPadam
  8. anip: wah, idea yg bagus tu..

    makan durian? mana nak cari dik oi.. ada dusun ke?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker