Langkau ke kandungan utama

Sudah Sampai Kampung, Sudah Sihat, Yeah!

Assalamualaikum...

Entri peribadi.

Alhamdu lillah, sudah sihat. Mungkin dari doa kalian. Terima kasih semua.

Fuh, letih giler 12jam perjalanan. Letih, pening dan lapar.

Balik rumah pula bukannya dapat rehat terus. Berborak-borak dengan adik-adik memandangkan dekat sebulan tak berjumpa dan berbulan-bula tak jumpa dengan adik yang belajar kat universiti Sarawak.

Pelik la pula, bila balik terus nak tido, kan? Lagipun sampai awal malam, pukul 9 lebih. Takkan nak tido waktu tu kot? Pelik sebab aku ni jarang la tido awal. Kalau tido awal pun malam akan bangun balik dan stay up sampai pagi atau subuh. Itu la aku. Haha~

Bas yang aku naik tu tak best, berterhentak-hentak jer.. Tak boleh nak tido. Dah la malam tu aku tido 2 jam, terjaga sambung lagi tido sejam. Baru je nak tido, mamat sebelah sana tu bunyi handphone dia punya la kuat, satu bas boleh dengar.

Rasa nak jer aku sound dia tapi sabar aku masih kuat. Lagipun aku risau aku ni cakap straight to the point, tak de nya nak puji-puji.

Kalau nak puji, 'bro, handphone canggihnya tapi boleh tak soundnya diperlahankan?', aku rasa macam aku ni peramah plak sedangkan aku ni tak la seramah mana.

Minah sebelah aku ni plak sombong r. Menyampah plak aku rasa. Haha~ Lantak dia la. Aku sombong? Tak la. Aku boleh dapat kawan dengan budak tu, mukanya macam pernah nampak. Sembang dengan dia, ok jer. Tak macam budak sebelah aku ni, menjeling jer.

Balik rumah, mak ayah tak ada. Kuar dengar ceramah. Pukul 1 baru balik. Aku stay la, borak-borak jap. Then tido.

Pagi kena bangun awal, tak boleh tido lama-lama. Kena kemas rumah dan masak. Ikutkan hati nak je tak nak buat. Tapi mujur ada bisikan baik dalam kepala cakap, buat kena ikhlas atau tak payah buat langsung.

Tengah masak tu boleh pula mengantuk giler. Macam orang mengantuk disorongkan bantal la.. Er, maksudku, kalau ada bantal kat situ, memang tido.

Bila dah siap, pergi ke ruang tamu. Ada adik-adik duk lepak tengok tv. Terus rasa segar. Haha~

Petang selepas kakakku balik ke Klang, baru aku dapat masuk tido. Tu pun tak boleh lama-lama sangat.
Nasib baik aku balik sebelum puasa, kalau tak, lagi la letih..

Esok dah nak berpuasa. Selamat Menyambut Ramadhan. Semoga puasa kali ini dapat kita pertingkatkan dan mendapat berkat dari-NYA.

P/s: Mood hepi sebab dapat duk kampung dan jumpa famili. Tak ada orang nak 'kacau' hidup aku, bebas sikit. Tapi merindui mereka yang 'mengganggu' hidupku. Mak Njang dah rindukan korang, anak-anak buahku

P/s/s: Nabihah, semoga cepat sembuh..

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)