Langkau ke kandungan utama

Rentetan Kasih : Catatan Telefonku

Assalamualaikum...

Entri peribadi.

Sekadar meluahkan sesuatu di sini..

28 Jun

Malaikat kecil.
Semakin dekat dia dengan diriku.
Tetapi kenapa aku pilihannya?
Biar apa pun, kau perlu sedar diri Sha..



Mak cik, marah tak panggil mak cik?
tak ada la, biasa sahaja.


30 Jun

Rasa sayang dia pula. Aduyai, kenapa pula ni?
Mimpi bukan-bukan tapi rasa dia ada di hati.
Malam tadi tengok cerita sedih, nangis-nangis tapi tak rasa sedih sangat sebab rasa dia ada di hati.

Risau bila dia demam. Rasa aku pun tak larat. Kenapa ek?

3 Julai

Hari ini dia dah kurang mesej.
Tak call pun.
Tak tahu ke yang aku rindukan dia, perlukan dia?

Aku dah tawar hati.
Ada je alasan.
Tak pe la lepas kursus ni, semoga dia jumpa orang lain.


Bosan la, hari-hari gaduh..
Tak suka.
Aku malas nak layan karenah orang.
Lebih baik aku duk single..

TQ sudi menjaga hatiku dengan menerangkan segala-galanya..
Aku bahagia.
Tidak pernah lagi seumur hidupku dilayan sebegini.
TQ ya, Pak Cik.


4 Julai

" Nasib baik 'orang' sabar. Kalau tak, dah lama dah..." Ayatnya termati di situ.
Itu komen dia bila aku merajuk.

"Biar la, sabar ke tak ke.." Aku balas.
Ye la, aku tak kisah. Kalau dia tak sabar, hubungan tu tak kan ke mana dan aku perlu cari orang lain atau hidup single lagi.
Tak kisah, janji aku bahagia.

Dia ketawa kecil mendengar jawapan aku.


La, dia bersabar ke selama ini? Sayang juga dia pada hubungan ini, ek..


5 Julai

Aku faham andai ko sibuk.
Aku pula banyak masa terluang.
Aku juga tak kisah andai ko sukakan orang lain.
Sebab aku bahagia dengan hidup aku.

Jadi tak perlulah nak sibuk-sibuk dalam hidupku.
Aku okay saja, macam lagu Sleeq, Cun Saja.

Aku memang sempoi, selamba je.
Jadi tak payah la nak kisah.
Ko pergi la, aku rimas.


Sentiasa berfikiran positif dan tenang.
Supaya aura itu sampai kepada si dia pula.
Tarik nafas dan senyum =)
Tak perlu fokus pada masalah.
Masalah remeh saja, janji hidup happy dan sempoi.
Berbincang tulus dari  hati ke hati.
Enjoy! =)


Aku tahu dia ada hal. Kursus.
Kalau kursus kena la fokus, kan?
Jadi aku tak nak la kacau konsentrasi dia.
Biarlah dia hepi dan tenang.
Jangan aku nak bebani ida.

Biar dia yang contact aku dahulu.
Kalau dia sukakan orang lain, aku tak kisah.
Dah tak ada jodoh dengan dia.
Cari orang lain pula.


Hari ini awal-awal malam dah contact aku.
Aku pula sibuk dengan anak saudara.
Dia nak jumpa?
Kat KL je la. Sini susah sikit.

Bahagia dengan dia =)


7 Julai

Hari ini sunyi tanpa berita dari dia.
Tapi aku tak kisah pun sebab aku tidak kesunyian.
Aku ada kawan-kawan blogger (blogger sekalian, sila angguk.. Haha~)
Ada blogger mengusik aku, terhiburlah jugak.


Lewat malam, dia mesej.
Ai, dah lewat malam baru reti nak cari aku?

Kredit aku tak ada sesen pun.
Nanti-nantilah top up.
Kalau top up awal pun tak ada sesiapa aku nak main mesej.
Nanti jadi macam handphone yang hilang tu.
Ada RM37 kredit.




Aku tak pasti apakah semua ini.
Kalau ada, ada lah..
Tapi dapatkah aku terima dia dan dia terima aku?
Yang pentingnya, famili kedua-dua pihak
Adakah mereka boleh menerima?

Aku tak tahu..
Sekarang ini, biarkan aku bermimpi indah seketika
kerana aku tahu
aku perlu bangun dari tidur yang nyenyak dibuai mimpi

Aku tahu keadaan itu
tapi izinkanlah untuk aku bermimpi sejenak
pabila aku bangun semuanya sirna
dan aku perlu berdiri sendiri
di atas kaki sendiri.

Aku akan kuat
aku tahu, aku boleh

Two is better than one
but a reasons sweet to be single


Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)